Dinner di D'Kayangan Steamboat and Grill Shah Alam - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Tuesday, January 8, 2019

Dinner di D'Kayangan Steamboat and Grill Shah Alam

Malam tahun baru merangkap birthday mama minggu lepas mama sekeluarga telah pergi Dinner di D'Kayangan Steamboat and Grill Shah Alam. Dah lama usha tempat ni sebab kami selalu ke area Seksyen 13 ni dan mama memang perasan D'Kayangan Steamboat ni sentiasa dipenuhi dengn orang termasuklah sekali bulan puasa memang sentiasa padat. Patutlah sentiasa ramai, memang berbaloi pun Dinner di D'Kayangan Steamboat and Grill Shah Alam ni. Nak tau kenapa? Meh baca sampai habis..

Penuh meja you! Haha. Ni baru round pertama tau!

D'Kayangan Steamboat and Grill

D'Kayangan Steamboat and Grill adalah restoran yang menyajikan makanan laut berkonsepkan buffet. Kalau datang sini makanlah banyak  mana tiada siapa yang larang pun tapi janganlah sampai membazir pula ye.  Terdapat pelbagai pilihan makanan laut yang ada di  ni antaranya udang, ketam, kupang, fillet ikan, tiram, kerang dan banyak lagi. Selain makanan laut ada juga disediakan makanan lain seperti daging, ayam, nasi spagetti dll. Kesemuanya segar-segar belaka dan sedap pula tu. 


Pilihan Menu


Antara menu pilihan kami. Rambang mata nak pilih lauk mana. Tapi ni yang mama ambil dulu.

Pilihan Sup

Terdapat 2 pilihan sup rebusan yang boleh dipilih iaitu sup biasa dan tomyam. Kami pilih sup biasa kerana consider Syafi budak yang tak tahan pedas tu. Not bad juga sup dia especially kalau letak noodle dlm tu mmg sedap.

Terdapat banyak pilihan bebola seperti fishballss, crabballs, sosej Dan pelbagai lagi menu. Tengok saja di area tengah ni utk menu bebola saja Ada lebih 20 jenis.

Di sebelahnya pula boleh nampak lebih 20 menu makanan laut seperti kepah, kupang, kerang Dan makanan yang sudah diperap dengan bahan perapan istimewa. Bahan perap dalam daging dan ayam mmg sedap. Beberapa kali jjugalah kami ulang alik ambil ayam dan Daging perap tu.

Sayur-sayuran.. Don't forget your serat and vitamin C juga ye. Pilih saja mana yang berkenan di hati.

Bagi sesiapa yang tak suka grill atau masak sup boleh aje makan makanan yang sedia dimasak diruangan ini. Ada nasi lemak, nasi goreng, mee kari, spaghetti pun ada... 

Bagi melazatkan lagi makanan grill dan sup kita bolehlah mengambil pencicah. Bertambah lagi selera jadinya. Ada Cili Jeruk, Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili dan macam-macam lagi. Mix and match lah ikut kesesuaian.

Minuman Dan Pencuci Mulut

Terdapat minuman panas Dan sejuk di sini. Semuanya buffet juga.

Buat ABC sendiri.


Selepas makan korang boleh mencuci mulut dengan pelbagai pilihan buah-buahan, kek, bubur, aiskrim dan ABC. Semua self service. Kalau nak makan rojak buah pun boleh.


Air minuman yang disediakan di sini. Selain minuman sejuk ni Ada juga disediakan teh tarik tau.


Yummy! Lapar pulak bila tengok gambar ni



Ruang Makan

Tempat duduk di restoran ini memang banyak. So, walau ramai macam mana pun korang tak perlu risau sebab kalau perlu menunggu tempat pun mama tengok takdelah lama sangat masa menunggu. Kerana bila dah ramai ni akan sentiasa ada yang habis makan dan kita kenalah tunggu meja tu. So, kalau terpaksa menunggu silalah bersabar ye.

Ruangan makan outdoor. Boleh ambil angin sambil cuci mata tengok pemandangan luar restoran.


Kalau nak makan di dalam restoran ada aircond. Pilihlah mana yang korang suka. Indoor atau outdoor..


Ada rupa muka orang kenyang tak? Hihi

Harga per Pax

Harga per pax adalah seperti berikut. Pada mama ini adalah antara harga paling murah bagi makanan buffet. Korang setuju tak?
  • Dewasa RM33.00 
  • Kanak-kanak RM12.50 
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun : Free je 

Promosi Terbaru

Honestly pada pandangan mama D'Kayangan ni memang sangat pemurah. Korang kena selalu masuk FB dia disitu selalu update promosi terkini contohnya early bird get 10% diskaun. Best kan! Dah lah harga sekepala pun dah kira murah dah.

Loyalty Program bagi pengunjung setia. Boleh collect point dan dapatkan benefit dari point tu.

Cabutan Bertuah D'kayangan Steamboat Shah Alam

Selain dari Loyalty Program, sekarang ni sedang berlangsung Acara Cabutan Bertuah yakni Lucky Draw di D'Kayangan Steamboat ni. 

Pinjam jadi model sat..

Hadiah yang ditawarkan tersangat menarik iaitu


Hadiah Pertama : Skuter
Hadiah kedua : TV 60 inci
Hadiah ketiga : Basikal Mountain bike
Hadiah Saguhati : Voucher dinner steamboat


Kalau nak sertai, syaratnya tersangat mudah. Cuma berbelanja RM 100 sahaja dan dapatkan borang Penyertaan dan boleh sertai lucky draw. Best kan..

Tempoh peraduan :31hb Disember 2018 hingga 29hb Mac 2019


Maklumat Lanjut D'Kayangan Steamboat and Grill Shah Alam

Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke sini bolehlah refer di bawah.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Alamat: Sri Acappella, 1,
Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon: 012-297 1091
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari 5:00 petang – 1:00 pagi


Sambil-sambil tu jemputlah layan Movie yang mama buat ni. Tengok sambil makan popcorn tau hihi

Movie Dinner di D'Kayangan Steamboat and Grill Shah Alam

27 comments:

  1. menarik nampaknya tu banyak pilihan makanan, selalu juga tengok pasal d'kayangan ni tapi tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk pilihan makanan kan sampai x tau nak pilih hihi

      Delete
  2. tempat ni famous kan ? selalu ramai. tengoklaaa choices diaaa banyaknyaaa pilihan. lemah betol kalo ada food mcm ni..

    ReplyDelete
  3. sedap makan kat sini.. paling suka ayam tandoori dia. memg sdap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ayam tu tu sedap kitaorg topup beberapa kali

      Delete
  4. Bila la akak nak pi makan kat sini...masih dalam pantang lagi ni payah betul la...tempat ni hari2 penuh orang tau...mesti sedap ni...semua bahan- bahan yang disediakan pun segar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantang dulu yr kak. Nanti dah sihat Kita dtg sini nak?

      Delete
  5. Sedapkak.. Dh 3x kami dtg ni ha hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow byk Kali dah tu. Akak pun maunya repeat lagi nanti

      Delete
  6. Menarik juga tu dan harga pun berpatutan
    boleh la try kalau ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. rasanya ni first time mama dgr buffet harga 20++

      Delete
  7. Best2, banyak pilihan makanan kat sini. Harga pun terbaik!

    ReplyDelete
  8. Murah sangat harga tu dengan pelbagai pilihan makanan. Berbaloi nak belanja kawan2 atau family ni. Boleh join contest sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli rm100 dah boleh join lucky luck. Point pun dot. Mmg berbaloi ana

      Delete
  9. sekali sekala boleh layan untuk makan steamboat...

    setiap hari boleh rabak juga poket ..

    maklum sahaja kos hidup semakin 'keras' sekarang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada betulnya mrhanafi. Dtg kalau ada special occasion mcm mama yg nyambut birthday ok la kan

      Delete
  10. nampak fresh semuanya...harga pun berpatutan sangat...wajib pegi ni nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg fresh. Buktinya saya yg selalu allergic seafood ni xde app tindakbalas lepas makan sini

      Delete
  11. Replies
    1. Sedap.. tetiba terasa mcm nak repeat plak haha

      Delete
  12. Wah, harga pun menarik dan berbaloi dengan menunya

    ReplyDelete
  13. Tak sempat nak repeat makan steamboat dekat sini!.. Plan nak pergi dgn family nanti... makan dengan tenang, baru menikmati Kan! seafood segar suka sangat!

    ReplyDelete
  14. menariknya.. bru jer bt homemade steamboat 2-3 hri lps. skrg dh craving blik. haha. jemput singgah http://duniataipmenaip.blogspot.com/

    ReplyDelete

Words of wisdom