Segala Persoalan Akhirnya Terjawab Selepas Menonton Operasi X Movie 2018 - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, November 8, 2018

Segala Persoalan Akhirnya Terjawab Selepas Menonton Operasi X Movie 2018

Jika entry sebelum ni mama dihujani pelbagai tandatanya setelah melihat trailer Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 (Boleh baca di sini http://www.mamapipie.com/2018/11/operasi-x-movie-filem-terbaru-2018.html), maka hari Selasa lepas Segala Persoalan Akhirnya Terjawab Selepas Menonton Operasi X Movie 2018.  Mama sekeluarga menonton Operasi X Movie di MMCineplex Damansara semasa cuti Deepavali yang lepas. Lega rasanya kerana Segala Persoalan Akhirnya Terjawab Selepas Menonton Operasi X Movie 2018. Bertambah lega sebab selepas menonton wayang kitorang lepak makan karipap Ikea yang sedap hihi..

Segala Persoalan Akhirnya Terjawab Selepas Menonton Operasi X Movie 2018
Menonton Operasi X Movie 2018 yang gempak ni wajiblah ada popcorn

Filem arahan Sandosh Kesavan ini adalah antara filem melayu  yang gempak dan best kerana tak terasa boring pun sepanjang 1 jam 47minit menonton. Tak terasa pun masa berlalu. Ia padat dengan adegan dan scene Yang menarik. Mama suka sangat dengan pemandangan di Pulau Aman dan sekitar Pulau Pinang. Ditambah pula dengan pergerakan kamera yang cun dan smooth. Mama dapati satu scene akan menggunakan beberapa kamera dan bila menonton kita akan melihat sesuatu scene itu melalui posisi yang berbeza. 

Watak-watak Dalam filem ni semua hebat-hebat dan setiap watak dibina dengan karakter tersendiri yang amat menarik dan tentu sekali mama sukakan watak Belut lakonan Dato' Awie yang mantap dan bersahaja. Boleh menang anugerah ni Dato' Awie!!

Team Operasi X yang terdiri dari ASP Redzuan, Pablo, Ali Mat, Nash & Janggut. Lakonan mantap dan setiap mereka mempunyai kepakaran masing-masing.

Team Belut terdiri dari Belut dan orang kuatnya Bashah dan Lady Lion. Tak kurang hebat juga gabungan penjahat dalam cerita ini. Suka tengok Lady Lion sebab dia adalah seorang wanita kuat yang tak gentar dengan bosnya yang garang dan kejam tu. Apa akan terjadi pada mereka? Korang kenalah tengok sendiri cerita ini di pawagam.

Pengalaman Menonton Operasi X Movie

Pelbagai perasaan menyinggah dalam diri mama semasa menonton Operasi X Movie ini. Sehinggakan hampir menitiskan air mata juga pada satu scene dalam filem itu tau. Jom tengok apa yang mama rasakan sepanjang menonton Operasi X Movie di pawagam. Memang perbagai perasaan menyinggah sepanjang menonton cerita ini which is very good kerana sesuatu movie itu perlu berwarna-warni bagi membuatkan penonton merasakan tidak jemu dengan sesuatu perkara.



Sedih

Adegan yang hampir membuatkan mama menitis air mata adalah berkenaan dengan hubungan Belut dan Mat Bong. Sedih masa adegan Belut flashback masa hadiahkan cincin pada Mat Bong dan betapa rapatnya hubungan mereka sebagai adik beradik. So what kalau mereka jahat pun, mereka tetap menjaga hubungan adik beradik dengan baik.

Excited

Mama jadi excited semasa adegan memperkenalkan  ahli Operasi X kerana mama dapati gabungan mereka amat menarik dan tak sabar rasanya nak tengok bagaimana mereka menewaskan Belut.

Kelakar

Sesungguhnya banyak adegan kelakar  dalam filem ni. Paling tak tahan gelak masa Belut call radio dan menyanyi dengan tak sedapnya lagu Awie si Jantan Poyo di radio.  Sempat lagi dia tujukan  lagu buat Bashah dan Lady Lion siap dengan ucapan "Tengah buat apa tu?" Bashah dan Lady Yang tengah stalk Cikgu Ayu pun layankan aje lah..

Banyak adegan kelakar datang Dari scene Belut tapi walaupun kelakar si Belut tu anak-anak buah dia tak berani naik tocang sebab dia pun kejam juga oo.. Untuk pengetahuan korang  Belut ni rupanya peminat fanatik Awie aka Jantan Poyo.. 

Ada satu adegan Yang membuatkan mama tergelak bila Bashah hampir kantoi Dan masa Tu Belut nak masuk bilik dia untuk tengok kiriman video dari ASP Ridzuan. Selamba aje Belut cakap "Aku nak berak.. berak pun nak ikut" bila Bashah nak ikut masuk bilik.. lawak betul haha.. Banyak lagi scene menarik kalau korang nak tau kenalah tengok sendiri.

Happy

Tentulah happy bila melihat cinta antara ASP Ridzuan dan Cikgu Ayu berhasil dan ternyata masing-masing  tak bertepuk  sebelah tangan.
Sweet aje diorang berdua ni Kan. Suka tengok Cikgu Ayu. Manis mengenakan baju kurung cotton dan penuh dengan kriteria gadis melayu terakhir.

Kagum

Sepanjang menonton filem ini  mama memang kagum dengan pemandangan yang cantik Dan menghijau especially di Pulau Aman. Sebelum ni tak pernah dengar pula nama Pulau Aman ni sampai membuatkan mama bertanya pada Pakcik Google tau. Rupanya Pulau Aman merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di dalam daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, Malaysia. Ia merupakan sebuah perkampungan nelayan perlu menaiki bot yang berpengkalan di Bukit Tambun. Ia Sesuai sebagai tempat perkelahan dan memancing serta mempunyai tempat-tempat yang bersejarah. Kalau korang nak tau kat sini ada pokok sukun tertua di Malaysia tau. Menarik, kan!

Gerun

Seperti yang mama katakan sebelum ni walaupun Belut tu kelakar tapi mama sebenarnya gerun dengan watak Belut. Selamba je dia bunuh orang dan gitar tak  bersalabh pun  Ada menjadi korban si Belut.



Pengajaran dalam Operasi X Movie

Kalau korang nak tau, melalui pemerhatian mama sebenarnya filem ini penuh dengan pengajaran dan dan nilai-nilai murni yang boleh kita jadikan iktibar dan amalan. Kiranya filem ni takde lah kosong tanpa ada apa-apa isi untuk penonton tatap dan ingat. Antaranya mama senaraikan di bawah ye

Hubungan Persahabatan dan Kekeluargaan

Tak kiralah sama ada seseorang itu baik atau jahat dalam cerita ini hubungan persahabatan dan kekeluargaan diutamakan dan mereka saling hormat-menghormati dan berkasih sayang dengan baik.

Hidup Harmoni dalam Masyarakat

Ada satu scene bila mereka ambush kedai emas seorang Cina. Disebabkan Cina tu terlalu kalut dan susah nak jawab soalan yang diberikan dalam bahasa melayu konco Belut suruh kawan dia cakap dgn apek tu. Maka soalan itu ditranslate kepada bahasa cina oleh konco yang seorang lagi. Dan konco itu seorang India. Wow terasa hebat dan berbangga pula mama melihat filem ini tidak mengenal kulit dan bangsa. Semuanya sama saja.

Akhlak

Filem ini juga ada menerapkan akhlak dan adab yang baik contohnya semasa Belut marah ASP Ridzuan kerana tak memeri salam semasa memulakan bicara.


Persoalan Yang Akhirnya Terjawab Selepas Menonton Operasi X Movie

Kalau korang ingat sebelum ni mama ada senaraikan apakan persoalan yang mama inginkan jawab. Dan hanya setelah menonton Operasi X Movie sahaja baru segala persoalan terjawab. Ternyata semuanya terjawab selepas itu. Inilah jawapan bagi segala tandatanya mama;

Adakah Operasi X Movie Filem Terbaik 2018 Gabungan Dato' Awie dengan Dato' Aaron?

Tentu sekali. Gabungan yang mantap disertakan dengan watak yang hebat. Confirm menang award nanti.


Adakah aksi bertarung dalam filem ini memang hebat seperti dalam trailer?

Memang hebat. Nampak smooth dan tak kaku.

Adakah keseluruhan sinematografi adalah sebaik yang mama tonton dalam trailer?

Yes, seperti yang mama cerita di atas.. memang mama suka  pergerakan kamera dan sounds effect dalam filem ni.


Sejauh manakah jahatnya si Belut? Nampak macam ada sisi kelakarnya bila lihat si Belut buka cermin mata depan perempuan dalam trailer.

Belut memang jahat dan kejam. Pada masa yang sama dia juga seorang manusia yang sayangkan keluarganya dan seorang peminat fanatik Awie. Memang banyak sisi kelakar Belut tapi jangan sesekali berani cari pasal dengan dia tau!


Macam mana ada watak Wak Doyok dalam Movie ni?

Rupanya mama salah faham Watak yang ada dalam filem ini adalah Pak doyok bukannya Wak Doyok. Apapun watak Pak Doyok dilakonkan dengan baik oleh Zaidi Omar.


CGI best tak?

Best.. Tengok lah sendiri kalau nak tahu hihi..


Adakah sepanjang filem ini mama akan dipamerkan dengan pemandangan yang cantik seperti dalam trailer?

Yes.. and very yess.. Best sangat tau!


Dato' Yusof Haslam masih lagi berbisa ke lakonannya?

Tentu sekali. Bila lihat lakonannya mama teringat cerita-cerita lakonan Dato' Yusof Haslam seperti Gerak Khas, Wira Angkasa, Gangster Celup, KL Gangster dan sebagainya.. Memang mantap Dato'


Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Gempak Macam Trailer tak?
Best lah terasa nak tengok lagi cerita ni.. Tahniah kepada Operasi X Movie 2018! Untuk maklumat lanjut, silalah klik di pautan rasmi Filem Operasi X di bawah ye. Jom sokong filem Malaysia! 

10 comments:

  1. Perghhh rasa macam tgk cerita ni pula baca review akak. Menarik sgt. Nak tgk juga lah.

    ReplyDelete
  2. Banyak pelakon hebat ada dalan filem ni

    ReplyDelete
  3. Belum tengok lagi. Tapi review mama ni best!

    ReplyDelete
  4. Rugi sape tak tengok cite nie..best sebab ade 2 pelakon hebat nie awie n aaron aziz

    ReplyDelete
  5. Kan, saya suka elemen keluarga dalam filem ni. Tersentuh hati huhu

    ReplyDelete
  6. Fuh, best ni ! Nak kena tengok nanti...

    ReplyDelete
  7. wah movie bagus nih
    jadi ingin menontonnya

    ReplyDelete

Words of wisdom