Permohonan Tingkatan 1 ke Maahad Tahfiz Kerajaan / Yayasan 2019

Permohonan Tingkatan 1 ke Maahad Tahfiz Kerajaan  / Yayasan 2019.. Tahniah kepada semua anak-anak tahun 6 Yang baru saja berjaya menjawab peperiksaan  UPSR. Tentu sekali sekarang ibu bapa sedang sibuk membuat permohonan ke sekolah menengah buat mereka. Tak kiralah sekolah agama atau sekolah SBP menjadi pilihan asalkan ianya adalah  terbaik untuk anak kita. Sekolah tahfiz adalah antara sekolah yang menjadi pilihan. Di sini mama nak share link bagi ibubapa Yang sedang ingin membuat Permohonan ke Tingkatan 1 Maahad Tahfiz Kerajaan  / Yayasan 2019.

Gambar dari En Google


Senarai Permohonan Tingkatan 1 Maahad Tahfiz Kerajaan  / Yayasan 2019:



1) Tahfiz Ulul Albab KPM: Muat Turun Borang KPM

2) Tahfiz MRSM: Online MRSM at https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

3) Maahad Tahfiz Negeri Pahang: Buka permohonan selepas result UPSR, info at www.tahfizpahang.edu.my

4)IMTIYAZ TERENGGANU: Antara pelopor konsep Ulul Albab di Malaysia. Info at http://myimtiaz.com.my/v5/

5) MITS Selangor: Permohonan melalui JAIS

6) SMISTA MAIWP: Permohonan slps result UPSR, info at https://www.smista-maiwp.edu.my

7) Tahfiz di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK): YIK antara yg memiliki plg banyak Maahad Tahfiz pelbagai jenis. Info at http://www.yik.edu.my/v3/index.php/my/hebahan/304-permohonan-masuk-ke-tingkatan-1-sesi-2019-mulai-dibuka-1-oktober-2018

8) Maahad Tahfiz Darul Ulum Basariah: Berstatus SABK yg terletak di Kuantan. Permohonan di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdafYc5cEAvjkMhXR1g1tt-_CHrcSjAnDhMsi68GNNJyM0jRA/closedform

9) Maahad Tahfiz ad- Din: Antara Maahad Tahfiz swasta yg mempunyai banyak cawangan terutama di Perak. Permohonan di http://maahadtahfizaddin.edu.my/pendaftaran-pelajar-online/

Semoga bermanfaat kpd pelajar dan ibubapa yg mencari Institusi Tahfiz sebagai hala tuju mereka. Ini adalah antara Maahad Tahfiz milik kerajaan (Pusat/Negeri)atau Yayasan yg terkenal. Namun terdapat banyak lagi Maahad Tahfiz swasta yg blh menjadi pilihan. 
Sumber: Us Shahrulkarnain


Panduan Sebelum Memohon Sekolah Tahfiz.

Mula-mula sekali kita sebagai ibu bapa kita perlu tahu apa target kita terhadap anak-anak. Setiap anak mempunyai kebolehan yang berbeza, jadi jalan pengajian mereka juga tidak akan sama.

Ada dua senario bagi Pengajian Tahfiz.

1. Menghafaz Al-Quran semata-mata, tanpa ada pengajian akademik, dan tanpa menduduki apa-apa peperiksaan awam, ini yang telah diikuti oleh empat orang anak lelaki saya.
 2. Pengajian Tahfiz dengan Akademik, dan melalui semua peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM dan seumpamanya.

Kedudukan atau Geografi 


Pilih sekolah tahfiz yang kedudukannya agak jauh dari kesibukan kota. Misalnya di kawasan kampung atau sedikit pedalaman. Keadaan ini membantu anak-anak anda memberi fokus lebih maksima dalam usaha mereka menghafal al-Quran.


Latar belakang
Sebaik-baiknya carilah tempat yang lebih ‘veteran’ yang telah banyak melahirkan huffaz yang berjaya. Tidak menjadi masalah jika lebih berminat kepada sekolah-sekolah tahfiz yang lebih baru, namun sebaik-baiknya selidiklah prestasi sekolah tersebut terlebih dahulu.


Guru
Pilihlah sekolah tahfiz yang mempunyai guru tahfiz berpengalaman. Sebuah sekolah yang mempunyai bilangan guru tetap lagi berpengalaman menunjukkan kecemerlangan serta iltizam sekolah yang tinggi dalam misi dan visi mereka.


Sistem
Pilih sekolah tahfiz yang mempunyai sistem pengajian yang baik. Sistem yang dimaksudkan adalah sistem tahfiz yang tersusun dan konsisten.


Bi’ah Tarbiyyah
Berilah keutamaan untuk memilih sekolah tahfiz yang mempunyai suasana mendidik atau bi’ah tarbiyyah yang baik.

Kebanyakan sekolah tahfiz – terutama yang 'veteran' – sudah sebati dengan keadaan ini. Pelajar dibiasakan berjubah, berserban, wajib solat berjemaah dan sebagainya. Ini penting bagi menjadikan jiwa anak-anak terdidik dan lembut seterusnya memudahkan al-Quran mendiami hati-hati mereka. Sebaik-baiknya, 40 hari pertama jangan benarkan mereka balik ke rumah.

Biarkan mereka benar-benar sebati dengan keadaan madrasah, Insya-ALLAH mereka akan lebih mudah melalui proses seterusnya.


Sumber: http://www.myilham.com

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. Melalui tempat yang baik seperti inilah lahirnya manusia yang boleh jadi pemimpin, pendakwah dan yang baik-baik je.

    ReplyDelete
  2. Didoakan semua para pendidik dan penghuni tahfiz sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah Taala. Aamiin

    ReplyDelete
  3. info baik untuk ibu bapa yang nak hantar anak ke sini ^^ nice sharing mama pipie :)

    ReplyDelete
  4. teringin nak hantar anak ke sek tahfiz tp anak2 abe kie semuanya perempuan.

    ReplyDelete
  5. Good sharing Adda.. membantu pada ibu bapa yang nak hantar anak-anak ke Tahfiz. Alhamdullilah, Kak Sue ada rezeki nak hantar anak ke Tahfiz tapi hantar sekolah swasta ja Adda..

    ReplyDelete
  6. Dah buka ye permohonan tahfiz. I fo bagus utk ibu bapa yang cari maklumat tabfiz ni utk masukkan anak anak.

    ReplyDelete
  7. aida sgt harap one day, bila sampai masa, Izzat layak utk ke skola tahfiz.

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang ohsem sis.. Memang membantu..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post