Tak Takut Pun Tengok Munafik 2

Tak Takut Pun Tengok Filem Munafik 2 ni. Alhamdulillah kami survive tengok movie Munafik 2. Mula-mula Tu memang tak berhajat langsung nak tengok Munafik 2. Seram tau. Dah le mama ni memang sejenis species penakut takkan nak tengok kat wayang Yang screen besar Dan bunyi nya kuat Tu?. Tapi akhirnya berjaya juga mama menonton Munafik 2 ni. Rupanya Tak Takut Pun Tengok Filem Munafik 2 ni sebaliknya banyak pengajaran Yang Kita boleh dapat melalui Filem ini.


Ni lah 2 budak Yang nak sangat tengok Munafik 2. Mula-mula mama was-was nak bawa budak2 pergi tengok takut diorang tak faham tentang baik buruk dah tersalah faham mengenai Munafik Dan syariat Islam.

Kerana itulah  sebelum mama menonton mama dah terangkan pada mereka berdua tentang apa itu Munafik Dan inilah sifat2 Yang perlu Di elakkan. 

Overall, Filem Munafik 2 ni pada mama adalah satu Filem Malaysia Yang bagus Dari segi jalan cerita,, cinematography, dll. Memang setanding Filem oversea. Takde Rasa boring pun Dan setiap saat memang menarik untuk ditonton. Overall, filem ni takdelah Seram cuma banyak babak terkejut tapi Syafi Dan sepupunya Ada juga terjerit Dan terkejut. Bak kata si Yasmin sepupu  Syafi, boleh agak jumpscare dia. Cuma agak merisaukan mama cerita ni agak ganas banyak adegan pukul Dan berdarah2 macam tak berapa sesuai nak bagi anak mama tengok. Walau bagaimanapun, Mama Rasa bangga sebab mama dapat tengok cerita ni straight tanpa perlu tutup muka atau menyorok belakang ayah Syafi hihii..

Munafik 2 Dan Munafik 1 berlainan sekali dengan watak Ustaz Adam dimana Munafik 2 Ustaz Adam menghadapi cabaran Dan perjuangan lebih hebat berbanding Munafik 1. Di sini Kita boleh ambil iktibar beginilah keadaan pejuang kebenaran Di caci Dan dipandang rendah Dan bagaimana perlunya kekuatan Iman bagi menghadapi ujian ini, Dan situasi dimana segala Yang berlaku perlu diberikan penyerahan kepada Allah Dan perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah walau atas apa saja Yang berlaku. Tengok endingnya Mungkinkan tiada Munafik 3?




Sinopsis Munafik 2.


Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. 

Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. 

Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina. Sakinah terpaksa menjaga ayahnya yang mengidap penyakit misteri. Kehidupan Sakinah yang daif memberi tekanan padanya ditambah pula dia dan anaknya beberapa kali diganggu syaitan. 

Sakinah percaya apa yang dihadapinya berpunca dari Abu Jar (Nasir Bilal Khan), seorang munafik dan ketua ajaran sesat di kampung yang sama. Abu Jar mempunyai pengikut yang ramai dan digeruni penduduk kampung. Sakinah atau sesiapa sahaja yang masih berpegang pada Islam adalah musuh Abu Jar. Abu Jar menggunakan sihir/jin untuk menghancurkan sesiapa yang tidak mengikut ajarannya. Ini memaksa Sakinah untuk mencari Ustaz Adam. 

Kedatangan Ustaz Adam ke kampung seberang telah menimbulkan kemarahan Abu Jar. Adam bukan sahaja terkejut dengan apa sebenarnya berlaku pada keluarga Sakinah tetapi juga dengan ajaran sesat Abu Jar yang memesongkan akidah orang Islam di kampung itu.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Kan, sebab lebih kepada ajaran sesat

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya filem Munafik ni bila fikir2 macam sedih pon ada, sebab yang nak menegakkan agama islam tu mati (ustaz adam) dalam Munafik 2.. tapi tak tahulah kalau ada sambungan Munafik 3.

    ReplyDelete
  3. yay! saya pun dah tengok munafik ni..hihi memang best pun banyak pengajarannya.. :)

    ReplyDelete
  4. Kak Sue belum sempat lagi nak tengok Munafik 2 nie Adda, semua kata best kan..

    ReplyDelete
  5. X tengok lg..n mungkin x tgk kat cinema sebab ad baby

    ReplyDelete
  6. Teringin nak tengok tapi takut balik tak boleh tidor. Hahaha...

    ReplyDelete
  7. Pertama kali tengok kaella tak faham langsung citer ni, dua kali tengok kaella takut dengan cabaran dunia yang semakin ke hujung ni hmm semoga kita semua di lindungi Allah

    ReplyDelete
  8. Wah tahniah kak berjaya tgk munafik 2.ana tggu kat wayang astro first je lah nampak nya. Nak ke wayang macam lambat lagi je ni.

    ReplyDelete
  9. Sinopsis menarik...tp belum ada kekuatan nk tgk 🤣

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Nak sangat tengok tapi suami tak bagi. Filem ni best. Cerita realiti cuma mungkin ini nampak macam terlalu woww sangat. Sedih sebab part yg nak tegakkan agama islam meninggal. Seoalah² yang jahat lagi berkuasa. Tapi realiti pun ade mcm tu kan. Seram bg saya.

    ReplyDelete
  12. Teringin nak tengok tapi tak ada geng nak pergi...

    ReplyDelete
  13. dua2 munafik lum tengok..hahaha tkthu la nak nengok bila

    ReplyDelete
  14. asben ajak jugak nengok citer ni..tapi tue la, tak baper gemor citer seram2 ni..tau jalan citer dia bagus & islamik..cuma part keseraman tu tak baper gemor..yg terkejut2 tu..haih..dah la jenis cepat terkejut...

    ReplyDelete
  15. para pelakon kali ni pun semua mantop.
    aida lom dpt tgk. nak tunggu kuar netflix or astro first.
    tak sabar nak tgk :)
    ramai kata best sesgt!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post