Tips Membeli Kereta Pertama

Tips Membeli Kereta Pertama. Membeli Kereta Pertama sama Ada kereta baru atau kereta secondhand sebenarnya adalah antara satu keputusan besar dan perlu mengambil kira banyak faktor. Jika tersalah pilih takut merana hidup selama beberapa tahun. Kerana itu Kita kena tahu mengenai kos, kemampuan, perlindungan dan penyelenggaraan apabila membeli kereta pertama – baharu atau terpakai. Jom baca Tips Membeli Kereta Pertama..


  Jumlah Kos Pemilikan kereta jadi faktor membuat keputusan
  Faktor liberalisasi tarif seperti usia kenderaan, buatan dan model dan jantina tentukan premium insurans kereta anda.
  Memilih bengkel kereta biasa dan menggunakan jenama alat ganti dikenali mampu optimum bajet penyelenggaraan anda


29 August 2018, Petaling Jaya, Malaysia – Memiliki sebuah kereta menjadi satu daripada pembelian terpenting dilakukan oleh rakyat Malaysia dan ia mungkin perkara paling besar dilakukan oleh kebanyakan belia di negara ini.

Dalam situasi masa kini, kebanyakaan rakyat di negara ini memperolehi gaji permulaan antara RM2,500 hingga RM3,000 dan ditambah dengan kos hidup yang tinggi terutama di bandar ia menjadikan keupayaan membeli sebuah kereta sama ada baharu atau terpakai adalah sukar.

Sebagai pakar dalam bidang automotif, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch) bertindak menganjurkan satu sesi meja bulat komprehensif bersama RinggitPlus dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad bagi membincang dan memberi pandangan mengenai perancangan kewangan, skim perlindungan dan penyelenggaraan kenderaan serta perspektif kos faedah apabila membeli kereta pertama.

“Apabila anda membeli kereta pertama, terdapat dua soalan perlu ditanya pada diri sendiri – Adakah anda memerlukan kereta baharu? dan Adakah anda berkemampuan?. Kesilapan paling besar dilakukan kebanyakan pembeli kereta pertama ialah jika anda mampu membayar wang pendahuluan dan ansuran bulanan anda selamat,” kata En. Hann Liew, Pengasas dan Pengarah RinggitPlus Malaysia.

From left: Sazali Abdul Rahman, Head Franchise & Special Scheme, Allianz General Insurance, Go Boon Wah, Marketing Manager, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Liew Ooi Hann, Founder & Director, Ringgitplus Malaysia

Masuk ke topik insurans kenderaan, En. Sazali Abdul Rahman, Ketua Francais, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad berkata, “Sama ada ia kereta baharu atau terpakai, faktor liberalisasi tarif perlu diambil kira bagi menentukan jumlah premium insurans. Faktor liberalisasi tarif ini termasuk usia kenderaan, tahun dan model dikeluarkan, jantina, umur, kenderaan berisiko dicuri dan kapasiti enjin.

En. Sazali berkata, kereta terpakai kebiasaan memiliki premium insurans lebih rendah jika dibandingkan dengan kereta baharu. Sebagai contoh, sebuah kereta berusia 3 tahun berbanding kereta baharu, perbezaan premium ialah 4.4% untuk kereta nasional, 13% kereta buatan Jepun dan 22% untuk kenderaan Eropah.


From left: Sazali Abdul Rahman, Head Franchise & Special Scheme, Allianz General Insurance, Go Boon Wah, Marketing Manager, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Liew Ooi Hann, Founder & Director, Ringgitplus Malaysia

Kedua-dua mereka sama ada En, Hann dan En, Sazali turut menekankan bahawa terdapat banyak kos tersembunyi yang perlu kita letak sebagai faktor dalam menentukan keupayaan membeli kereta. Kos tersembunyi ini menghasilkan jumlah yang dipanggil Jumlah Kos Pemilikan (TCO) yang meliputi susut nilai, faedah, bahan api, parkir dan tol, insurans, cukai jalan dan penyelenggaran serta ditambah wang pendahuluan dan ansuran bulanan. Syarat utama, TCO bulanan anda tidak boleh melebihi 20% daripada pendapatan kasar dan perlu mengikut jumlah 36% hutang kepada nisbah pendapatan.

Bagi mengelakkan peningkatan TCO kereta anda dalam beberapa tahun akan datang, penyelenggaraan kereta adalah faktor kos yang penting.

From left: Sazali Abdul Rahman, Head Franchise & Special Scheme, Allianz General Insurance, Go Boon Wah, Marketing Manager, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Liew Ooi Hann, Founder & Director, Ringgitplus Malaysia

“Apabila melibatkan penyelenggaraan dan alat ganti kereta,  buat pilihaan terbaik untuk poket dan kereta anda. Jika anda ingin mengoptimumkan bajet penyelenggaraan, ganti sendiri beberapa bahagian alat ganti seperti menukar bilah pengelap atau memilih menggunakan jenama dikenali kerana ia mampu menurunkan kos sehingga 25-50%,” kata En. Go Boon Wah, Pengurus Pemasaran, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.

En. Go merumuskan sesi tersebut dengan menekankan bahawa penyelenggaraan yang betul penting untuk jangka hayat kereta dan adalah wajar untuk mengetahui maklumat berkaitan ekosistem seperti mengetahui mekanik yang boleh dipercayai, bahagian alat ganti mana yang perlu dikekalkan atau ditukar, pinjaman terbaik dan insurans apakah sesuai dengan anda.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. Thank you sharing info ni. Sbb tak pernah tahu pun. hehhehe

    ReplyDelete
  2. Thanks sharing..sebelum buat keputusan beli kereta banyak benda kena fikir dan kaji kan

    ReplyDelete
  3. kereta arwah bapa sahaja..saga lama, kenderaan sendiri motor Honda Wave 100

    ReplyDelete
  4. kereta pertama abam kie ialah proton wira. beli pd 2001. thanks for the tips.

    ReplyDelete
  5. Saya pun belum beli kereta lagi. Dah baca info ni sedikit sebanyak bagi tips untuk saya bila nak beli kereta nanti

    ReplyDelete
  6. thnks mama...walaupun sye lmbt lgi nk beli kereta..kekeke

    ReplyDelete
Previous Post Next Post