Kenapalah Awak Masukkan Pemadam Dalam Telinga hai Anak - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Tuesday, September 18, 2018

Kenapalah Awak Masukkan Pemadam Dalam Telinga hai Anak

Beberapa hari ni Kami sibuk menguruskan masalah telinga si Syafi. And yes, masalah ni memang dicari sendiri oleh budak bertuah Tu. Kenapalah  Awak Masukkan Pemadam Dalam Telinga hai Anak.. Alahai anak..


Mama pun tak tau bila Syafi masukkan pemadam Tu tapi tindakannya  terkantoi bila ayah  Syafi suluh telinga Dan nampak benda  putih dalam telinga dia. Memang menyegankan bila mama kena bagitau doktor apa Yang budak bertuah ni buat tapi nampaknya Kami tiada pilihan bila pemadam Tu masuk terlalu Dalam. So, terpaksa menyerah diri ke klinik. 


Nampaknya doktor di klinik tak dapat nak buat sebab tiada equipment. Maka, pergilah Kami ke emergency hospital Shah Alam Hari sabtu lepas. Habis berdarah2 telinga anak mama dikerjakan bila doktor Cuba keluarkan. Akhirnya doktor Di emergency pun surrender dah rujuk kepada pakar harini.

So, pagi2 lagi harini Kami dah check in sini Dan akhirnya alhamdulillah dapat juga doktor pakar keluarkan pemadam Tu. Guna vakum saje tak perlu korek pun. Cuma pemadam Tu dah berlumuran darah sebab pendarahan sabtu lepas ..

Apapun alhamdulillah setel juga. Dah mama harap selepas ni Syafi jadikan iktibar Dan tolonglah jangan buat lagi ye nakkk..

13 comments:

  1. moga Syafi sembuh dengan cepat...

    ReplyDelete
  2. Allahu anak.. semoga cepat sembuh ya Syafi..

    ReplyDelete
  3. ya Allah, seram ray dengar. bila masukkan benda dlm telinga ni, ray trauma betul

    ray here | imperfectly perfect

    ReplyDelete
  4. Benda kecik, sampai jadi kes besar.
    Mudah2an dah sembuh.
    Jadi pengajaran buatnya.

    ReplyDelete
  5. Aduuuhaiii, naiya kalo tak keluar, tapi akk dulu masa kecik pun pernah tau, akk sendiri masukkan span dlm lubang hidung, pun kena gi hospital kuarkan, ingat lagi mgkn umur dlm 4,5 tahun kot.

    ReplyDelete
  6. Alahai syafie...nape buat macam tu huhu... Alhamdulillah dah setel. Moga takde effect apa2lah ye...

    Kawan anak ada juga buat macam ni, masukkan pemadam dlm telinga kawan. Jenuh juga Cikgu korek, keluar jugaklah. Mujur tak kena ke hospital, kalau tak panjang pula ceritanya :(

    ReplyDelete
  7. sampai berdarah tu... kena jaga tempat luka. moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  8. yaallah takutnya mama...haish budak2 ni kan..camne lah boleh masukkan pemadam dlm telinga...mujurlah takde apa yang serious..

    ReplyDelete
  9. kesiannya...

    teringat saya dengan kisah adik saya suatu ketika dahulu..

    pemadam termasuk dalam lubang hidung...

    masuk dapat dan keluar pulak tak dapat..

    last-last hantar sahaja ke klinik dan berjaya dikeluarkan

    ReplyDelete
  10. Alahai.. Sabar jelah.. Semoga telinga Syafi pulih dari kecederaan..

    ReplyDelete
  11. Syukur Alhamdulillah dah dapat selamat dikeluarkan.

    Risau pula dengan doktor emergency tak boleh fikir countermeasure/troubleshooting nak keluarkan pakai vakuum pun boleh.

    ReplyDelete
  12. Aduhai ngeri fikir, nasib baik lah dpt dikeluarkan, Alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. alahai syg.
    sure sakit ekk bila korek berdarah2 tu.
    nak kena ke pakar juga ye kes gini.
    nampak kecik, tapi tu la, sukar dan rumit.

    ReplyDelete

Words of wisdom