Anak Soleh Dan Solehah Bermula Dengan Kesolehan Ibu Dan Bapanya

Korang percaya tak Anak Soleh Dan Solehah Bermula Dengan Kesolehan Ibu Dan Bapanya? Mama memang percaya pada hal ini. Kerana ibu bapalah contoh dan tauladan anak-anak. Anak soleh dan solehah adalah saham tak ternilai buat kita sebagai ibu bapa. Merekalah yang akan membela danmembantu nasib kita setelah kita tiada. Antara amalan anak soleh dan solehah yang menguntungkan kedua ibu bapanya sama ada ibu bapanya masih hidup mahupun telah meninggal dunia adalah, setiap kali dia bersedekah, sedekahnya itu diniatkan bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk kedua ibu bapanya juga. Anak Soleh Dan Solehah Bermula Dengan Kesolehan Ibu Dan Bapanya.


Cuba kalian bayangkan, selama anak anak yang soleh dan solehah itu hidup mungkin sahaja 20 ke 30 tahun, lalu setiap sedekahnya pula tidak pernah lupa untuk diniatkan untuk kedua ibu bapanya, betapa beruntungnya kedua ibu bapanya kerana ''akaun akhiratnya'' sentiasa mengalir pahala yang mampu menyelamatkan dirinya dihadapan Allah nanti.  Dan pahala itu jugalah akan membantu ibu bapanya masuk ke dalam syurga.

Malangnya, kesedaran untuk memperolehi anak yang soleh dan juga solehah ini bukanlah satu target utama yang ingin dicapai oleh sesetengah ibu bapa. Kalaupun mereka menginginkan anak mereka menjadi soleh dan solehah tetapi tingkahlaku dan kehidupan ibu bapa itu sendiri tidak menjadi pendorong kepada anak anaknya untuk menjadi soleh dan solehah.

Ya, memang benar islam tidak mengenepikan ilmu keduniaan yang perlu dipelajari oleh anak anak, tetapi ibu bapa perlu sedar bahawa mendidik anak itu menjadi soleh dan solehah lebih utama berbanding dia dididik menjadi orang berjaya di dunia semata. Amatlah mengundang bahaya apabila anak anak itu hanya berjaya di dunia lalu kejayaan akhirat diabaikan.

Mungkin kita berjaya mendidik anak anak menjadi orang yang hebat semasa hayatnya, tetapi apakah ia bermakna sekiranya dia tidak pandai mendoakan kita, tidak pandai memandikan kita ketika kita tidak berupaya untuk mandi dek kerana sakit, meninggikan suara ketika bercakap dengan kita, menengking kita kerana memarahi kita, tidak mengendahkan kita ketika kita memerlukan pertolongan mereka?

Cuba kita bayangkan, ketika kita nazak hendak mati, anak anak yang kita harapkan untuk membacakan Al Quran disisi kita tidak pandai membacakan ayat ayat suci Al Quran. Lalu  dipasangkan sahaja youtube atau audio Al Quran sebagai gantii. Itukah yang kita mahu dan harapkan? Lebih teruk lagi, jika mereka langsung tidak mempedulikan kita walaupun kita sedang nazak. Wal'iyyazubillah!

Justeru, mulakanlah mendidik anak anak untuk menjadi soleh dan solehah dengan kita sebagai ibu bapa menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu. Mulakan dengan memperbaiki solat, membaca dan memahami isi kandungan Al Quran, meningkatkan kefahaman terhadap ilmu ilmu agama dan sehinggalah mampu berdisiplin melakukan amalan soleh.

Kita sama samalah memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menggalas tugas ini. Wallahu'alam

Sumber: Tazkirah Ringkas

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. Betul tu kak saya setuju sangat. Kita sebagai ibu bapa nih menjadi contoh dan cerminan pada anak anak

    ReplyDelete
  2. sha sokong! semuanya brmula daripada ibubapa

    ReplyDelete
  3. lamanya ray x singgah blog mama

    ReplyDelete
  4. setuju. anak2 dibentuk dari rumah bukan pi sekolah suruh cikgu polish. baik didikan di rumah baik la budaknya dan sebaliknya =)

    ReplyDelete
  5. betul,segalanya bermula dari rumah.

    ReplyDelete
  6. Good sharing Adda.. betul tu, semuanya bermula dari rumah..

    ReplyDelete
  7. Betul tu sis.. Sha sangat bersetuju..

    ReplyDelete
  8. aida setuju.
    aida pun sedang cuba perbaiki diri sendiri.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post