Ketika Dirimu Diuji Tuhan - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, August 10, 2018

Ketika Dirimu Diuji Tuhan

Ketika dirimu diuji oleh Allah, maka ingatlah bahawasanya itulah sunnatullah kehidupan manusia. Tidak ada seorang manusia pun yang akan terlepas daripada ujian ujian kehidupan ini. Maka bersedialah kerana Kita semua Akan diuji cuma apakah tindakan Ketika Dirimu Diuji Tuhan.



Dalam surah Al Baqarah, Allah SWT menjelaskan bahawa Dia akan menguji hamba hambaNya.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" [2:155]

Lalu ketika dirimu diuji oleh Allah, bersabarlah!.

Teruskanlah bersabar! kerana Allah SWT telah berjanji tidak akan menguji dirimu melebihi kemampuan yang ada pada dirimu.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." [2:286]

Dalam ayat yang lain pula di dalam kitab suci Al Quran, Allah SWT ada mengatakan bahawa, "Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah"[39:53]

Ya! Jangan sekali kali dirimu berputus asa dengan Rahmat Allah. Ada manusia yang hilang pertimbangan akal lalu menyalahkan Allah ketika dia diuji dan akhirnya menjadi kufur lagi tidak mempercayai Tuhan. Wal'iyyazubillah!.

Sebenarnya, ketika dirimu diuji Allah,  percayalah bahawasanya Dia sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk dirimu. Dia mahu memberikan kebaikan kepada dirimu.

Rasulullah SAW ada mengatakan "sesiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan, maka akan ditimpakan musibah (ujian) keatasnya" [HR Bukhari]

Pujuklah lagi dirimu dengan jaminan Rasulullah SAW ini, "sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya ujian. Dan sekiranya Allah mengasihi sesuatu bangsa, maka Allah akan menguji mereka" [HR Termidhi]

Hidupmu hanyalah sementara. Begitu jugalah sementaranya ujian ujian kehidupan yang dilalui oleh dirimu dan setiap manusia pada setiap detik dan waktu. 

Maka, bertabah dan bersabarlah dirimu dengan ujian Allah. Kelak apabila dirimu telah berjaya melepasi ujian ujian kehidupan ini, maka akan muncul pula banyaknya kebaikan demi kebaikan yang memenuhi segenap ruang kehidupanmu. Wallahu'alam

Sumber: Tazkirah Ringkas

9 comments:

  1. nice sharing. sha pun pernah nak giveup dengan life sendiri, tapi bila pujuk hati sendiri balik alhamdulillah lama lama ok

    ReplyDelete
  2. Allah bagi ujian tanda dia ingat pada kita..

    ReplyDelete
  3. Good sharing Adda.. rasa lega baca entri nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Ujian yang di beri tentulah bertujuan untuk membina karektor manusia kepada yang lebih baik.

    ReplyDelete
  5. Ujian yg bt kita kuat.ad jugak ujian yg bt kita kenal sapa kawan2 kita yg sebenar.yg peliknya kwn yg sentiasa ad disisi jugak lari bl kita diuji..tp kawan yg kita x berapa kenal..sanggup tolong dan bg semangat

    ReplyDelete
  6. point penting di sini ialah bersabar...

    ReplyDelete
  7. Redha dengan setiap ujian walaupun sebesar mana dugaan melanda. Memang pedih tapi harus ada kesabaran.

    ReplyDelete

Words of wisdom