Pergi Rumah Terbuka Schawalara 2018 - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, July 2, 2018

Pergi Rumah Terbuka Schawalara 2018

Assalamualaikum semua. Sebenarnya mama dah masukkan gambar-gambar semasa mama Pergi Rumah Terbuka Schawalara 2018 hari Sabtu yang lalu melalui FB dan Ig Mama. Cuma nak masukkan dalam blog aje yang terlewat sikit. Alhamdulillah berjaya juga menghadirkan diri Pergi Rumah Terbuka Schawalara 2018 tahun ni. Tahun lepas pun kami dapat pergi juga.. Tahun lepas rumah terbuka dibuat serentak dengan sambutan hari lahir si comel Lara Alana yang ke-3 tahun. Boleh baca di sini http://www.mamapipie.com/2017/07/open-house-schawal-dan-sambutan.html

Salam Semua keluarga La Banjaris,
Awal / Scha menjemput keluarga semua yg berkelapangan utk hadir ke Majlis Rumah Terbuka mereka Sabtu ni ditempat yg sama seperti tahun lepas tapi waktu malam lepas maghrib sehingga 11mlm.

Jemputan dari Kak Lynn iaitu kakak kepada Awal mama terima melalui group whatsapp keluarga. Ramai juga yang bertanya apakah hubungan mama dan Awal atau Scha. Rasanya sebelum ni mama pernah bagitau yang Awal itu adalah sepupu kepada ayah Syafi. Mak mertua mama dan ayah Awal adik beradik. Peluang rumah terbuka sebegini mama memang nantikan kerana tahun ni kan mama beraya di Johor. So, sanak saudara di KL & Selangor tak habis jumpa lagi. Ini adalah platform terbaik untuk jumpa mereka kan.. OK, jom layan mama nak bom gambar ni..

 Mama dan Scha. Maafkanlah mama yang pendek dan gumuk ini. Jauh beza dgn Scha yang macam anak patung ni haa

Sempat selfie dgn Awal dan kak Ita, biras mama. Awal kena tunduk sikit nak bagi masuk dalam frame camera mama..

Lara Alana yang comel. Sepanjang majlis rumah terbuka seronok mama tengok dia berlari dan bermain dengan kawan-kawan sampai dah berapa puluh kali juga diorang tawaf satu dewan. Dah namanya budak-budak memang gitu la kan.. Masa Awal menyanyi sibuk dia bawa sudu acah-acah nak menyanyi sama dan bagi bunga pada Awal. Cute, kan?

Antara makanan yang mama sempat sedut.. Tak dapat nak makan banyak pun sebab rambang mata.. Ada sate, nasi beriani, lemang, ubi rebus, kambing bakar, soto dan bermacam lagi.

Karaoke Sherry Al-Hadad dan Awal yang happening dan gila-gila haha. Terhibur mama dengar dan lihat keletah diorang

Nyanyi lagu Anuar Zain pula dengan abang ipar mama yakni ayah long Syafi.. yang tengah tu kakak ipar mama. Lara Alana enterframe

Sherry Al-Hadad yang comel dan cun

Anak sedara mama nak bergambar sangat dgn Nazim Othman tapi dia malu, maka bertigalah kita wefie.. Sorry Nazim awak kena tunduk nak muatkan diri dalam kamera mama ni.. Ye lah mama rasa mama ni dah tinggi 160cm macam dah cukup tinggi tapi bila bergambar dgn retis2 ni pelik juga kenapa mama tetiba jadi pendek.

Lara Alana dah penat.. Nak balik titun dah.. Tu la berlari lagi tawaf dewan ye nak.. Mesti balik titun lena ni. Sebelah mama ialah kak Lynn kakak kepada Awal.

Dalam kesibukan ber open house Ayah Syafi dan sepupu serta anak saudaranya sempat pula tengok World Cup kat sini.. Nasib baik jerit "Goll!!" perlahan aje.. Apa-apa saje lah korang ni haha..

Last sekali, bergambar bersama keluarga.. Korang nampak mama tak? Sebenarnya ini baru beberapa percent je yang hadir. Keluarga besar sebelah husband memang besar dan kalau kumpulkan semua memang boleh penuh dewan ni tau. Belah ayah mertua dan mak mertua mama keluarga mereka memang keluarga yang besar.

Apa-apa pun mama nak ucapkan terima kasih kepada Awal dan Scha atas jemputan dan layanan baik korang. Semoga korang bertambah murah rezeki. Insya Allah tahun depan kalau buat open house lagi kami akan datang kalau takde aral melintang. Sebab mama masih ingat kata-kata Awal sebelum kami balik "Next year datang lagi tau. Ini saya dah jemput awal-awal"




24 comments:

  1. Laaa..akak baru tau la husband Adda ngan Awal sepupu..best la kalau mcm tu sebab every year dapat attend majlis diorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupanya kak SA tak tau ye.. seronok gak kak sekali sekala berjumpa keluarga dalam dewan.. selesa dan meriah

      Delete
  2. mamapipie raya dgn retis gituu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..kemain si cilik Lara..hehe..

    ReplyDelete
  4. Bestnya mamapipe. Sepupu ngn artis gituu

    ReplyDelete
  5. Bestnyer mamapiepie ada sangkut paut dgn artis.
    Thn ni saya x sempat g rumah terbuka pun sebab dapat baby baru.alhamdulillah beraya dlm pantang ler kite

    ReplyDelete
  6. Selamat pagi sis mamapipie. Rajin pergi open house

    ReplyDelete
  7. waaa.. terbaek.. untung la dpt jemputan :)

    jemput join segmen ejulz kalau sudi :)

    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  8. Ibu singgah blog walking, apa khabar hari ni mamapipi. Meriah raya tahun ni ya

    ReplyDelete
  9. wow mama, sedara retis rupanya. glamer mama ni

    ReplyDelete
  10. Meriah haa open house schawalara tu. Masa ni lah nk jumpa sedara mara semua kan.

    ReplyDelete
  11. Kemain Lara berkebaya nyonya si Joyah pun bergambar sama hehehe...

    ReplyDelete
  12. meriah nampaknya sambutan hari raya =)

    ReplyDelete
  13. Nice sharing sis, Mama singgah pagi rabu.

    ReplyDelete
  14. meriahnya kak.... walaupun ramai yg kutuk pesen rambut scha... tp bg dana comel je pesen rambut scha tuh... sesuai n dia nampak muda remaja... kalu kite bt pesen rambut gitu... compom buruk hahahha

    hehehe... nk wat camne kak, dh akak jenis yg kecik comel itu yg masing2 kene tunduk klu nk gambar sekali

    ReplyDelete
  15. wahhh meriahnya! Yag bestnya dapat bergambar dengan satu family. Comel sangat Lara :D

    ReplyDelete
  16. geramnyaa tengok pipi si Lara tu.. gebs gebs hehehe..

    ReplyDelete
  17. Wah..mama sedara artis. Hehehe. Comelnya lara. Geram tengok

    ReplyDelete
  18. Syoknyaaaa dapat beraya dengan artis. Heheh :)

    ReplyDelete
  19. Laaa.. baru tau suami Adda sepupu Awal. Best dapat jumpa Lara ya, geram tengok dia.. comel sangat..

    ReplyDelete
  20. Br tau asben akk sepupu awal..hehehe..ni open house tertutup la ye

    ReplyDelete

Words of wisdom