Media Sosial vs Anak - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, July 27, 2018

Media Sosial vs Anak

Mama terbaca artikel ni semalam Dan ia menggambarkan senario Di zaman cyber sekarang. Ada juga Yang terkena batang hidung sendiri. Renung-renungkanlah..  Media Sosial vs Anak manakah keutamaan Dan priority hidup Kita sekarang. Sedangkan anak-anak adalah bekalan Dan saham kita bila kita sudah tiada nanti. Dimanakah terletaknya Media Sosial Di Dalam hidup Kita. Boleh bawa mati ke? Media Sosial vs Anak..



Kita mengharapkan anak-anak besar esok jadi anak soleh, huffaz quran, orang berjaya, taat mak bapak., pemimpin negara... Tapi hari-hari dalam hidup kau mengadap handphone lebih lama daripada masa kau mengadap anak-anak. Kau senyum depan gajet lebih banyak daripada kau senyum depan anak. 
.
Pergi kedai makan sama-sama dengan anak, tapi kau mengadap Telegram sepanjang waktu. Anak yang duduk berhadapan dengan kau terpinga-pinga tak tau nak buat apa sementara tunggu makanan yang dipesan sampai. Kalau dia meragam sikit, kau jerkah dia depan orang ramai. 
.
Anak kau demam, kau bawa pergi klinik. Sementara tunggu no.giliran naik, kau layan Insta sampai terabai anak yang sedang menahan sakit. Terkapai-kapai anak tu takda kawan nak bersembang. Paling kuat pun kau bagi dia tengok Youtube atau main game dalam handphone. Janji kau tak terganggu. 
.
Hari sukan sekolah, anak kau semangat berlari, melompat, bersaing dengan kawan-kawan. Dapat pingat dan piala nak tunjuk kat mak ayah dia. Tapi anak tengah berpanas, berentap di padang, kau berteduh bawah khemah layan Whatsapp sambil tersenyum sorang-sorang. 
.
Bawa anak pergi taman permainan, anak-anak kau lepaskan main sendirian. Main papan gelongsor, jongkang-jongket, buaian... Kau di mana? Duduk atas bangku sambil kemas kini status Facebook, "Petang ni seronok bawa anak-anak bermain di taman mainan" dan tunggu komen rakan-rakan. Anak-anak menunggu kau turut serta, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian. 
.
Kau letakkan harapan pada masa depan anak kau setinggi gunung, nak dia jadi anak soleh, insan berjaya dunia akhirat, tapi nilai gajet kau letak jauh lebih tinggi. Komunikasi dengan anakpun melalui "perantaraan" Youtube dan Ipad. Kalau takda gajet, kau pun buntu macam mana nak melayan karenah anak dan berkomunikasi. 
.
Hakikat yang pahit, tapi senario harian yang boleh diperhatikan di sekeliling kita. Sekarang anak masih kecil mungkin kau tak nampak kesannya. Tapi setelah 20 tahun akan datang baru kau nak sedar, setelah kau nampak kesannya depan mata, ketika itu nak patah balik pun dah tak dapat. Jadi sementara masih punya masa dan kesempatan, gunakan peluang sebaiknya. 
.
Kau adalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak kau...
.
‎كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَاْلأَمِيْرُ رَاعٍ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ، فَكُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ.

Kamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu sekalian bertanggung jawab atas orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluarganya, dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggungjawabannya atas kepemimpinannya. (HR al-Bukhari dan Muslim. Ini adalah lafaz al-Bukhari)
.
‎إِنَّ اللهَ سَائِلٌ كُلَّ رَاعٍ عَمَّا اسْتَرْعَاهُ أَحَفِظَ ذَلِكَ أَمْ ضَيَّعَ؟ حَتَّى يَسْأَلَ الرَّجُلَ عَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ.

Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin tentang apa-apa yang dipimpinnya. Adakah ia pelihara atau ia sia-siakan, hingga seseorang ditanya tentang keluarganya. (HR an-Nasaa'ie dan Ibn Hibban, daripada Anas bin Malik. Ibnu Hajar mensahihkannya)

Kredit: Ahmad Hisyam Sabrani
(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)

20 comments:

  1. sedihnya. thanks for the reminder

    bab playground selalu memang I alert. pernah lah ter scroll hp , pastu tgk tgk dia hilang. nak gugur jantung jap

    so sekarang mmg perhatikan je. hp sentiasa kat tangan jugak sebab nak amek gambar. hahahaa

    ReplyDelete
  2. Ya kak, hidup ni bab seperti agama ckp jgn lelebih. Biar sederhana. Laki saya mmg pantang kalau saya lebihkan phone dari anak. Si Daim pun pandai, suka rampas hp mummy dia hahaha. Tepukkkkkkk

    ReplyDelete
  3. alahai. sungguh terkesan dgn sharing mamapp ni :(
    aida skang cuba utk tak melekat dgn phone sgt.
    memang akan mengabaikan anak kalau kita melekat dgn phone.

    ReplyDelete
  4. Kan...Sebab itu kalau boleh memang Safiena akan elakkan diri dari menghadap henpon kecuali jika perlu. Kesian anak-anak minta perhatian. Tanya itu ini tapi parents buat selamba je. Mata merenung henpon 24/7. Inilah penyakit orang2 zaman sekarang. Mohon dijauhkan.

    ReplyDelete
  5. Deep kak. Banyak yang kita terlepas pandang. Moga jadi pengajaran.

    ReplyDelete
  6. sangat kesian dalam situasi begini..

    kita akan rugi masa yang berharga dengan mereka..

    dah lah masa membesar mereka sangat cepat

    ReplyDelete
  7. setuju sgt, kita sbg ibu bapa tak boleh leka kan.. mereka belajar dengan melihat setiap perlakuan kita

    ReplyDelete
  8. Nampaknya Semakin canggih dunia komunikasi, bukan semakin mesra sebaliknya setiap hari ia menjauhkan/ merenggangkan hubungan ibu dan anak, suami dan isteri serta anak dengan ibu bapa.

    ReplyDelete
  9. Setuju sangat apa yang diperkatakan..

    ReplyDelete
  10. Sangat setuju dengan perkongsian ini mamapp..
    Itulah realiti zaman sekarang.. Dalam diam anak terabai..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih untuk peringatan ini. ada jugak satu dua yang terkena pada diri sendiri. hehe

    ReplyDelete
  12. peringatan yang bagus ni adda.. aku la tu kdg2.. Allah.. Dia hantar kawan2 utk menyedarkan.. terima kasih

    ReplyDelete
  13. parent kena ambil tahu banyak pasal anak..jangan diserah je tepon atau gadget nak diamkan anak..aduih

    ReplyDelete
  14. Hmmm, semoga jadi pengajaran bila ada anak nanti.

    ReplyDelete
  15. rugi sebenar nyer kalau asyik dgn handphone time anak masih kecil. time dia still kecil la kita boleh main-main dengan anak. nanti dah besar, dah sekolah, anak-anak pun dah tak spend time sangat dengan ibu bapa sebab diorang pun dah mula ada dunia masing-masing.

    so sementara anak masih kecil, kena enjoy main & communicate dengan diorang.

    ReplyDelete
  16. Perkongsian yang betul dan bagus.. Memang ramai dari kita sekarang terleka dengan gajet sehingga mengabaikan anak anak..

    ReplyDelete

Words of wisdom