Western Platter Di Windmill Bukit Raja


Sempena birhday ayah Syafi baru-baru ni kami sekeluarga makan Western Platter Di Windmill Bukit Raja. Mama beli kupon voucher dari fave (dulunya dikenali sebagai Groupon) kerana tertarik dgn diskaun voucher dan harganya yang boleh tahan. Makanannya pula memang berbaloi kerana banyak sangat yang kita boleh makan bila order Western Platter Di Windmill Bukit Raja ni. Hidangan ni boleh dimakan untuk 4-6 orang tau. Mama ke sini berlima orang dan memang perut sangat kenyang lepas makan hidangan ni.

Jom kita tengok apa yang ada dalam Western Platter Windmill.

Inilah hidangan Western Platter tu.  

Antara menu Wester Platter adalah Norwegian salmon steak, Half spring chicken, English fish & chips, Sizzling chicken fillet, Lamb loin, NZ fillet steak Four dan 4 homemade mushroom soups. Untung, kan! Dalam satu platter ni kita boleh makan semua jenis protein ayam, ikan, daging lembu dan daging kambing sekali..

Manalah larat nak makan semua. Larat ambil sikit-sikit tu pun dah penuh dengan segala platter tadi. kenyang woo..

Mushroom soup ni sedap tau.

Antara air minuman yang mama order.




Kami yang kekenyangan.. Alhamdulillah..

Pemandangan Restoran Windmill Bukit Raja dari luar. Tempat ni di area rumah kedai. Mesti banyak pelaburan yang tuan kedai ni dah keluarkan untuk majukan bisnes. Semoga terus maju & boleh selesaikan loan tu.. Not bad jugalah deco di dalam kedai tapi mama rasa windmill di shah alam lagi cantik deco dia. Walau macam manapun mama puas hati dengan makanan dan layanan di sini. Serving di sini laju juga tau.

Kepada korang yang nak singgah di sini bolehlah ikut alamat berikut

Restoran Windmill Bukit Raja

Alamat: 20, Lorong Tiara 1a, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor
No Telefon: +60333449780
Waktu operasi : Dibuka Setiap hari dari 11.30 pagi hingga 10.30 malam





mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

22 Comments

Words of wisdom

  1. nyesal baca entry ni..kan dah lapar..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama pun nyesal tgk balik gambar ni ciknor. Dah teringin dah ni haa

      Delete
  2. tengok deco luar kedai pun dah menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebangayan restoran windmill mmg cantik2 deco dia aswadz

      Delete
  3. Selamat bercuti di hujung minggu, Ibu singgah blogwalking pagi ahad di blog sis mamapipi. Ada kedai seaput sedap ya kat shah alam

    ReplyDelete
  4. Selamat pagi, nice sharing sis. Dekat dengan rumah mama ni

    ReplyDelete
  5. Selamat pagi isnin, Ibu datang bertandang ke blog sis. selamat makan sarapan

    ReplyDelete
  6. Banyak jugak potion dia. Boleh tahan kenyang nak habiskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan byk chiktie.. kalau perut kecil baik bawa ramai2

      Delete
  7. sedapnyaaa.. potion dia bnyk sngt. tetiba teringin pulak ni. hehe

    ReplyDelete
  8. cantiknya deco, unik dan menarik! Makanan pun banyak memang berbaloi kalau makan dekat sana kan

    ReplyDelete
  9. Tunggu bukak braces. Sabar Sal sabar..

    ReplyDelete
  10. Western platter menarik.. Brp harga bli thru fave tu..dh lama xsinggah windmill

    ReplyDelete
Previous Post Next Post