Gejala dan Kesan Penyakit Diabetes - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, June 6, 2018

Gejala dan Kesan Penyakit Diabetes

Diabetes atau selalu dipanggil penyakit kencing manis adalah satu penyakit yang semakin ramai hidapi sekarang. Antara punca diabetes adalah kerana tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat selain dari kurangnya ilmu pengetahuan tentang penyakit ini. Faktor keturunan pun merupakan salah satu punca diabetes. Gejala penyakit diabetes pula sebenarnya pada peringkat awal tidak terlalu ketara. Kerana itulah penting bagi kita mengetahui Gejala dan Kesan Penyakit Diabetes. Kat sini mama nak share Gejala dan Kesan Penyakit Diabetes.

Gejala dan Kesan Penyakit Diabetes

Arwah mak mama dulu adalah seorang penghidap diabetes. Memang simptom di bawah ni dia alami tapi biasalah orang tua kan, tak mau diceritakan kepada anak-anak sehinggalah luka dikakinya tak sembuh dan menjadi semakin teruk. Bila dipaksa barulah nak dibawa ke klinik. Masa tu tahap kencing manis dia 19 tau. Tinggi tu. Bapa mertua mama pun sama juga kesnya. Bila yang disangka nanah diperut tak baik2 rupanya dapat tahu luka diabetes dah masuk jauh ke dalam perut dan terpaksa dilakukan operation. Nasib baik tak terkena organ dalaman. Masa tu bacaan kencing manis dia 26 sedangkan bacaan orang normal sepatutnya kurang dari 6. Sebenarnya sangat bahaya penyakit diabetes ini sebab tu kita kena aware dengan segala simpton penyakit ini. Jom baca apa dia Gejala dan Kesan Penyakit Diabetes.

Sentiasa merasa haus dan buang air kecil secara berlebihan.

Pada umumnya penderita diabetes mengalami masalah membuang air kecil secara berlebihan kerana kadar gula dalam darah yang berlebihan. Disebabkan gula berlebihan maka tubuh dirangsang untuk mengeluarkan lebihan gula tersebut melalui ginjal bersama air kencing. Biasanya penderita diabetes buang air kecil secara berlebihan pada waktu malam terutama sewaktu tidur sehingga menjejaskan kualiti tidur. Hal ini disebabkan oleh kadar gula dalam darah pada malam hari relatif tinggi dibandingkan siang hari. 

Gejala rasa haus yang berlebihan pula disebabkan oleh tubuh terlalu banyak mengeluarkan urin. Namun sebenarnya hal ini merupakan usaha tubuh untuk menghindari kekurangan cairan (dehidrasi). Selama kadar gula dalam darah belum terkawal baik, maka akan timbul keinginan berterusan untuk minum. Sebaliknya dengan minum yang banyak akan menimbulkan hasrat untuk buang air kecil.

Penurunan Berat Badan secara Mendadak

Tanpa disedari penderita diabetes akan mengalami penurunan berat badan tanpa diketahui penyebab yang jelas. Pada penderita diabetes, turunnya berat badan disebabkan kerana proses penyingkiran sebahagian gula dalam darah ke sistem ginjal melalui urin. Akibatnya berapa pun jumlah makanan yang dimakan akan menjadi sia-sia kerana insulin tidak mampu menyalurkan gula sebagai sumber tenaga bagi tubuh.

Penglihatan Kabur

Gangguan penglihatan kabur ini sering disebut katarak dan biasanya dialami penderita diabetes yang sudah tua. Katarak timbul kerana gula membentuk suatu lapisan yang menutupi lensa mata. Hal inilah yang menyebabkan lensa mata menjadi suram sehingga menghambat masuknya cahaya ke bola mata dan akibatnya mengganggu penglihatan. Gangguan ini dapat diatasi dengan cara melakukan pembedahan mata dengan menggantikan lensa mata yang rosak dengan lensa plastik.

Peningkatan Nafsu Makan

Pada umumnya penderita diabetes mempunyai nafsu makan yang besar, namun berat badannya tidak naik. Peningkatan nafsu makan didorong oleh kurangnya gula dalam tubuh meskipun kadar gula dalam darah tinggi sehingga membuat tubuh merasa lemah seperti kurang tenaga dan akhirnya timbul keinginan untuk makan. Padahal jika diperiksa, kandungan gula dalam darahnya sudah cukup tinggi.

Disfungsi Ereksi

Dalam jangka waktu yang lama, penderita diabetes lelaki juga mengalami risiko disfungsi ereksi, iaitu berkurangnya jumlah sperma yang dihasilkan oleh hormon testosteron. Disfungsi ereksi ini disebabkan terjadinya kerosakan sel saraf akibat diabetes. Diabetes dapat mengakibatkan terganggunya sistem aliran darah di sekitar sel-sel saraf seperti pada ginjal dan alat kelamin. Jika tidak segera ditangani, maka dapat mengganggu hubungan keharmonian rumah tangga.

Luka lambat sembuh

Apabila terjadi luka, sering kali penyembuhan atas luka tersebut sangat lama. Hal ini disebabkan kerana berkurangnya aliran darah akibat menyempitnya pembuluh darah.Untuk pencegahan, disarankan agar penderita diabetes selalu menjaga dan merawat kulitnya meskipun tidak terjadi luka.

Kerosakan Saraf

Penderita diabetes juga mengalami kerosakan saraf kerana diabetes dapat merosakkan sistem saraf. Rosaknya sistem saraf mengakibatkan terganggunya sistem aliran darah di sekitar sel-sel saraf seperti halnya pada mata dan ginjal. Kerosakan sel saraf akibat diabetes disebut juga neuropati.

Mengah, mulut kering dan sakit kepala

Akibat kekurangan oksigen untuk membakar gula menjadi tenaga, maka pesakit akan merasa kelelahan, mulut terasa kering dan sakit kepala juga melanda. Berkurangnya jumlah oksigen di dalam darah disebabkan gula bergumpal di pembuluh darah sehingga alirannya lambat. Akhirnya jantung akan bekerja lebih keras (berdebar-debar), sakit kepala, mulut kering dan mudah merasa lelah.

Kepada sesiapa yang ada mengalami simptom-simptom diatas maka korang segeralah pergi ke klinik dan check tahap gula ye. Seeloknya kalau dah ada beberapa simptom dah boleh start pergi klinik. Detection yang lebih awal akan memudahkan penyakit ini dirawat dengan lebih awal.

19 comments:

  1. emak aida diabetes tapi mild.
    abah kronik.
    both insulin.
    so, memang aida da lama hidup dgn 'diabetes'.
    kami adik-beradik skang berhati-hati dgn pemakanan.
    bcoz ia adalah dlm keturunan, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah aida.. kena hati2 bagi kita yg ada family history penyakit ni.. kena ubah gaya hidup dan berdoa byk2 semoga dijauhkan

      Delete
  2. alamak, saya bulan puasa ni memang banyak minum air manis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah dgn mama.. masa berbuka ok kut cuma lepas tu bilas banyak2 dgn air kosong la pulak ye

      Delete
  3. seram lak kan.... aritu masa msk ward cek nsb lah ok... klu tak mcmne lah agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mmg scary penyakit ni dana

      Delete
  4. Salam ramadhan dari Ibu, singgah blog walking blog sis mamapipie. Jangan maian main dengan diabetes. Baik jaga kesihatan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. betul tu ibu syurga, tq singgah blog mama

      Delete
  5. Saya pernah kn diabetis time preggy ank no 1 dan 2.setiap kali bt BSP bacaan mesti 5 ke atas.itu pun kena admit wad dan jumpa pakar pemakanan.preggy yg no 3 ni alhamdulillah..x de sebab saya hati2 bab makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke putri.. mmg bahaya diabetes masa preggy tu yg perlu pemantauan

      Delete
  6. takutnya abam kie. sbb ada gak tanda2 yg disenaraikan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abam dah pergi check kat klinik?

      Delete
  7. Assalamualaikum & selamat pagi jumaat Mama ucapkan kepada sis mamapipie. eloklah kita beringat sebelum kena kan. Mama pun selalu tulis tentang ni dalam blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. mama punya tulisan lagi detail compare to mamapipie

      Delete
  8. Selamat pagi. Ibu singgah blog walking. Makanan melayu memang banyak manisnya.

    ReplyDelete
  9. Simptom di atas semua ada pada ayah saya, pengidap diabetes. Sekarang kena jaga makan untuk kawal gula. LZ kena beringat selalu supaya dapat cegah sebelum terlambat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul LZ.. kita yg ada history macam ni dah kena start beringat

      Delete
  10. Memanglah kena jaga makan dan minum sekarang ini.. Arwah mak Sha kena diabetes ini sampai potong jari, dan tak boleh nampak.. huhuhu..

    ReplyDelete

Words of wisdom