Jom Pergi Pasar! Tips Beli Ikan Segar - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, May 3, 2018

Jom Pergi Pasar! Tips Beli Ikan Segar

Jom Pergi Pasar! Tips Beli Ikan Segar. Siapa kat sini suka pergi pasar? Mungkin kah mama sorang yang suka pergi ke pasar? Antara sebab mama suka pergi ke pasar adalah kerana barangan yang dijual sangat fresh berbanding jika beli di pasaraya. Selain itu suasana di pasar sedikit sebanyak membuatkan mama terimbau kenangan masa kecil-kecil dulu bila mengikut arwah nenek ke pasar di Muar. Cuma, korang kena hati-hati bila berjalan di dalam pasar terutama di bahagian jualan ikan kerana di situ selalunya lantai dia berair. Licin tau! Hari ini mama nak ajak Jom Pergi Pasar! Tips Beli Ikan Segar.

Di Shah Alam ni mama selalu ke pasar yang berdekatan dengan rumah iaitu pasar  moden Seksyen 6. Pasar moden ni tak macam pasar di kampung mama. Pasar Seksyen 6 ni memang sangat selesa, bersih dan takde bau pasar pun. Seronok bila beli barang dapur di sini. Ikan, ayam dan daging memang terasa lemak bila dimasak kerana masih segar semasa di beli. Sayuran pula menghijau dan segar-bugar. Waima bawang pun berkilat-kilat tau. Memang bawang di sini dipilih dan dijual yang elok-elok sahaja kepada pelanggan. Cuma kadang-kadang tu termenung juga setiap kali bila nak membayarnya. Boleh tahan juga harganya walaupun beli kat pasar je. Huk.. huk..

Gambar credit to utusan

Untunglah orang yang menetap di Kuala Lumpur kerana di Wilayah Persekutuan ada program Jom Pi Pasar, satu program inisiatif dari kerajaan dan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 


Jom Pi Pasar!

First time dengar ke Program ‘Jom Pi Pasar’ ni? Sebenarnya program ini Program ini telah dilaksanakan sejak April 2017. Mama rasa ia sangat bagus kerana ia dapat membantu golongan berpendapatan rendah terutamanya yang menetap di bandar. Duduk di bandar ni tau-tau je lah, kos sara hidup memang tersangat tinggi. Beli nasi putih je pun RM1.50 tau. Kerana itu, program sebegini seharusnya di beri sokongan kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat. RM20 yang tak beli barang dapur tu boleh digunakan untuk beli barang yang lain yang mungkin lebih penting. 



Dalam program 'Jom Pi Pasar', setiap bulan 150 pengunjung di pasar terpilih akan menerima kupon RM20 untuk mendapatkan barangan keperluan mereka. Jadinya kalau jumlah barangan yang kita beli tu RM80, bila guna kupon kita cuma perlu bayar RM60 sahaja. Banyak juga kurangnya tu dengan kupon RM20 kan. Mama berharap semoga program yang bagus macam ini diteruskan. Jika tak dapat tolong banyak, dapat bantu kurangkan beban pun jadilah kan.. Tahniah kepada DBKL dan pihak terlibat yang menjayakan program ini. Thumbs up!



Tips Memilih Ikan Segar Di Pasar

Cerita tentang pergi pasar kat sini mama nak bagi tips sedikit semasa membeli ikan. Ada beberapa perkara yang boleh kita boleh buat supaya kita mendapat ikan yang segar semasa membeli di pasar.. Jom baca..

Jom Pergi Pasar! Tips Beli Ikan Segar

1. Mata Ikan
Biasanya mama akan memilih ikan yang bermata jernih, bulat, nampak berkaca/ berlendir dan masih kebiruan. Kalau mata ikan tu dah nampak kusam, merah dan tak jernih mama tak ambil.

2. Badan Ikan
Langkah kedua, selalunya mama tekan sedikit bahagian perut ikan. Kalau lembik dan dah tak pejal maka itu tandanya ikan dah tak segar. Make sure warna permukaan kulit ikan adalah terang dan nampak segar.

3.Insang Ikan
Kuak sedikit insang ikan dan lihat warnanya. Kalau senang diregangkan dan berwarna merah serta nampak basah maka itulah ikan segar. Kalau berwarna kecoklatan janganlah diambil ye.

4. Sisik Ikan
Perhatikan sisik ikan. Jika banyak yang tertanggal-tanggal maka ikan itu tak segar. Tarik ikit sirip dia. Kalau masih kukuh tandanya ikan itu segar.

5. Bau Ikan
Cuba bau sedikit ikan itu, kalau hanyir sangat janganlah diambil ye.

Itu sajalah yang mama nak kongsi. Semoga bermanfaat.

41 comments:

  1. Seronok pergi pasar....tengok sayur segar....boleh pilih ikan..banyak pilihan dan banding harga...

    ReplyDelete
  2. Lama tak ke pasar...psr semua fresh

    ReplyDelete
  3. Best tu macam2 gak boleh beli dengan kupon tu

    ReplyDelete
  4. bagus tips ni. Bukan itu sahaja, pemberian kupon RM20 tu boleh juga bantu beli barangan lain kan.

    ReplyDelete
  5. Good sharing kak.aina pun part2 pilih ikan ni lemah sikit.

    ReplyDelete
  6. wah....bagus tips dari mama ni...

    ReplyDelete
  7. bestnyer,,dapat kupon yer.Sayalah orang yang rajin pergi ke pasar.Memang suka sangat.ibarat terapi bagi mak mak lahh ni

    ReplyDelete
  8. kadang semua nampak cun tp.... tertipu jgk heheheh

    ReplyDelete
  9. Geram tengok gambar ikan tue, nampak segar jea.. Anyway, tahniah pada mamapipie kerana menjadi salah sorang top commentator dalam jurnal saya..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/05/top-commentor-april-mei-2018.html

    ReplyDelete
  10. usaha murni macam program Jom Pi Pasar ni terbaik lah!

    ReplyDelete
  11. Aha .. mak mak .. anak-anak pompuan silalah ambil tahu ye.

    ReplyDelete
  12. kalau pi pasar dpt kupon ni kan best..harap sgt dpt diteruskan

    ReplyDelete
  13. Kupon RM20 tu pun macam-macam gak boleh beli. Siapa nak bagi kan ;)

    ReplyDelete
  14. kdg2 ikan yg sampai tu memang x de yg segar jd terpaksa beli je la. kalau x, meme x make nasi la ari tu. huhuhuhu

    ReplyDelete
  15. Good sharing Adda.. Kak Sue bab pilih ikan tak reti sangat sebab selalu Abang Man yang tolong pilih kan..

    ReplyDelete
  16. tq bagi tips menarik pilih ikan segar ...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum. Selamat pagi Sabtu. Ibu singgah blog walking. Semoga cuti huung minggu ini membawa keberkatan dalam diri sis mamapipie,

    Mama pun pakai petua yang sama

    ReplyDelete
  18. Thank you share tips beli ikan..lepas nih boleh la g beli ikan and yg penting dapat kupon..hehe

    ReplyDelete
  19. Mengurangkan kos sara hidup seharian walau hanya RM20 shj

    ReplyDelete
  20. sha selalu jugak beli ikan kat pasar macam ni, bagus tips yang mamapie share tu- sha dah la takpandai sgt pilih ikan hihi

    ReplyDelete
  21. Ibu singgah blog walking di petang isnin. Semoga sis jumpa ikan segar yang di cari

    ReplyDelete
  22. jom pi pasar lagi-lagi dapat kupon syoknya

    ReplyDelete
  23. Marsha kalau beli ikan mmg tengok mata dulu

    ReplyDelete
  24. Setiap hari jumaat rabia pergi pasar dengan family.

    ReplyDelete
  25. wau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu

    ReplyDelete
  26. wah lama cuya tak pergi pasar dengan ayah..rindu pulak...

    ReplyDelete
  27. Tanx mama sharing tips yg berguna. Mmg lg bagus p pasar sbb fresh. Rm20 tu bertuahnye kalau dapatkan. Mcm2 bole beli.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum dan salam sabtu dari Ibu. Singgah blog walking. Dapat beli ikan sendiri dan pandai pilih lebih untung

    ReplyDelete
  29. Memang nak kena pilih betul-betul. Tapi bila beli tu kadang-kadang terselit yang tak elok juga. 😊

    ReplyDelete
  30. Mama singgah blog walking ke blog sis mamapipie. Lama tak update?

    ReplyDelete
  31. Selamat menjamu selera saya ucapkan. Singgah blogwalking petang isnin ni.

    ReplyDelete
  32. Apa khabar hari ni, ibu singgah ke blog sis

    ReplyDelete

Words of wisdom