Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, April 27, 2018

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Salam Jumaat semua.. hari ni mama nak join Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 anjuran HH yakni Hasrul Hassan. Sebenarnya seronok bila join segmen sesama blogger ni sebab dapat mengeratkan silaturrahim sesama blogger selain dari memeriahkan lagi dunia blogging kita. So, jom kita support Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 beramai-ramai. Klik link ni kalau nak join ye https://www.hasrulhassan.com/2018/04/segmen-blogwalking-ramadan-raya-2018.html.

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018


Lima aktiviti yang mama berazam akan lakukan dalam bulan Ramadan ini, insya Allah.

1. Seperti biasa, mama nak masak hari-hari santapan berbuka puasa bagi kami sekeluarga. Selalunya memang mama memasak aje sendiri kerana lebih puas hati. Kalau beli di pasar Ramadhan belum tentu sedap dan segar.

2. Ingin membaca Al-Quran setiap hari dan kalau boleh nak khatamkan 30 juzuk. Doakan mama berjaya ye. Biasanya tak berjaya sebab bila datang masa "cuti" tu memang ketinggalan jauh la mama.

3. Nak pergisolat tarawih bersama Syafi dan ayah Syafi. Doakanlah mama tak penat sebab biasalah kan setelah seharian bekerja dan memasak pula selepas pulang dari kerja.. mama harap stamina semasa bulan puasa bergandalah..

4. Nak buat beberapa jenis biskut raya untuk santapan sendiri. Mama plan nak buat beberapa jenis aje dan nak cuba buat guna air fryer mama. 

5. Ingin memperbanyakkan bersedekah atas nama arwah mak dan ayah mama yang sedang sakit. Semoga pahalanya sampai kepada mereka.

Rasanya itu sajalah azam mama sepanjang bulan puasa nanti..

Ni mama copy dari blog HH
---------------------------------------------------------------------------------------

Dah lama tak nampak rakan-rakan blogger buat segmen ni. Kali ini, saya nak anjurkan sebuah segmen untuk semua blogger Malaysia. Rasanya inilah segmen pertama saya buat untuk tahun 2018. Segmen khas untuk rakan blogger ini dinamakan Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018.

Segmen ini saya anjurkan untuk projek blogwalking sempena bulan Ramadan dan Raya 2018. Jadi, apabila disebut blogwalking tu, pastilah saya akan sediakan satu bloglist khas menggantikan senarai blog yang ada di sidebar blog saya tu. Nak join tak?

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Segmen ini akan berlangsung bermula dari 24 April hingga 29 April 2018. Jadinya, ada tempoh selama 5 hari untuk rakan blogger menyertai Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 ini.

Cara Sertai Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Syaratnya mudah sahaja.
  1. Mestilah blogger Malaysia dan ada blog yang aktif.
  2. Tulis sebuah post berkaitan segmen ini.
  3. Gunakan banner segmen ini dan muatkan dalam post tersebut.
  4. Senaraikan lima aktiviti yang akan anda lakukan dalam bulan Ramadan (macam kira azam la) dalam post tersebut. Kalau boleh aktiviti ini mesti sesuatu yang boleh jadikan anda lebih baik dari Ramadan sebelum ini. Contohnya: Saya akan sholat berjemaah terawih selama 20 malam pertama tanpa tinggal atau Saya akan cuba banyakkan sedekah awal pagi sepanjang Ramadan.
  5. Pastikan ada satu link yang menuju ke blog ini atau blog post ini.
  6. Dah siap, tinggalkan URL post segmen tersebut ke ruangan komen di bawah.

Mudah sahaja kan?

Saya akan sediakan satu post khas untuk senaraikan semua peserta untuk mudahkan blogwalking dilakukan antara peserta segmen mahupun rakan blogger lain. Malah, saya akan sediakan satu blog list untuk peserta segmen di sidebar blog saya dan akan kekal berada bermula dari 2 Mei hinggalah abis semua orang beraya Aidilfitri tahun ini .. hehe...

Orait?

Jom meriahkan segmen ini. Ingat ye, saya akan terima penyertaan sehingga 29 April 2018 sahaja. Bila link post penyertaan diberikan selepas tarikh tersebut, saya tak terima dah.

Segmen ini bertujuaan untuk semarakkan lagi hubungan antara rakan blogger dengan aktiviti blogwalking, selain melafazkan azam untuk ibadah dan amalan baik di bulan Ramadan tahun ini.

7 comments:

  1. Good Luck Azam Ramadhan Tahun ni Mamapipie, Moga ibadah puasa kita diterima dan berkat yea Aamiin.

    ReplyDelete
  2. insya-allah semoga ibadah kita diterima

    ReplyDelete
  3. wow..menarik sungguh..

    sayang saya sangat ke'busy'an dekat dekat PRU14..

    apa boleh buat..sudah tugas dan kerja hakiki

    ReplyDelete
  4. semoga aktiviti aktiviti tu semua dapat dilaksanakan oleh kak adda dengan lancar & dilimpahi rahmat amin :)

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan untuk menempuh bulan ramadhan kali ini

    ReplyDelete
  6. Semog mama dapat capai impian ramadhan mama ye

    ReplyDelete

Words of wisdom