Penginapan murah keluarga pesakit Di Anjung Penyayang PPUM - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, March 13, 2018

Penginapan murah keluarga pesakit Di Anjung Penyayang PPUM

Assalamualaikum semua. Terima kasih atas doa kalian. Semalam ayah mama telah selamat di bedah dan sekarang masih di CICU. Semoga dia kuat, sabar dan cepat proses penyembuhannya. Sejak beberapa bulan lalu bila ayah checkup atau warded di PPUM kami adik beradik ada yang menggunakan Penginapan murah keluarga pesakit Di Anjung Penyayang PPUM. Dengan adanya kemudahan begini maka ia memudahkan ahli keluarga pesakit especially yang duduk luar dari KL untuk melawat dan menjaga pesakit. Tapi berdasarkan perbualan mama dengan ahli keluarga pesakit rupanya ramai yang tak tau tentang Penginapan murah keluarga pesakit Di Anjung Penyayang PPUM ni.

Contohnya, ada sorang uncle cina ni ulang-alik dari Teluk Intan untuk menjaga isterinya yang juga pesakit jantung. Kesiannya dia. So, ada baiknya kalau yang duduk jauh tu book lah di Anjung Penyayang ni. Tak mahal pun cuma RM 74.00 inc gst tau. Cuma preferably booking la dulu sebab ada tarikh yang tetiba ramai pula yang duduk sini. No telefon dan alamatnya mama letak di bawah. .


Area lobi Anjung Penyayang. Anjung Penyayang ni terletak di dalam kawasan PPUM bahkan boleh diakses melalui laluan dalam bangunan PPUM pun.

Boleh tahan juga landscape di Anjung Penyayang ni. Dulu banyak ikan dalam kolam ni tapi sekarang dah takde dah.


Mama tak sempat nak ambil gambar dalam bilik tapi boleh refer pamplet di bawah ni. Memang sebijik macam gambar dalam tu. Terdapat kemudahan seperti air panas, 2 tuala, 2 Katil single Dan aircond. Walaupun tiada TV di dalam bilik tapi ada bilik TV disediakan kat situ. Parking pun jangan risau. Kat sini FREE parking. Kat sini pun ada kedai makan yang boleh tahan sedapnya juga.


Detail package di Anjung Penyayang
 
Harga Standard Room : RM 74.20
Masa Check-in : 2.00 petang (Additional RM30.00 will be charged for early check-in)
Check-out Time : 12.00 tengah hari (Additional RM30.00 will be charged for late check-out up to 6.00 pm)

Anjung Penyayang PPUM
Pusat Perubatan UM (Lembah Pantai, Petaling Jaya)
59100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Malaysia
No Tel: 03-79494611 / 79582649

18 comments:

  1. semoga ayah mama cepat sembuh dan sihat seperti biasa

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ada penginapan murah
    Allah permudahkan urusan

    ReplyDelete
  3. Memudahkan buat mereka yang memerlukan.. :)

    ReplyDelete
  4. Sangat membantu dan memudahkan keluarga yang datang melawat...terutama yang anak anak-anak kecil...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah ayah mama dah selamat dibedah. Moga cepat sembuh aamiin.

    Bagus ada tempat macam ni, mudah utk ahli keluarga menginap kan. Very good initiative.

    ReplyDelete
  6. Singgah blogwalking. Selamat pagi puan mamapipie

    Murah banding sewa hotel

    ReplyDelete
  7. bagus ada perkhidmatan macam ni. kita bukan nak apa..dapat tidur cukuplah kan

    ReplyDelete
  8. mujur ada perkhidmatan macam ni kan...harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  9. cukup berkelas penginapannya dan cukup murah.
    kalo di hotel mahal..

    ReplyDelete
  10. bagus ada service macam ni so family tak payah la penat cari bilik untuk disewa

    ReplyDelete
  11. Oh bgs ada penginapan murah mcm ni.. Tkla terbeban keluarga pesakit if kena menunggu pesakit dlm jangkamasa yg lama

    ReplyDelete
  12. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, ada penginapan macam ni, sedikit sebanyak kurangkan beban keluarga pesakit yang datang melawat. Tak perlu nak cari susah2 sangat

    ReplyDelete
  14. Bagus usaha dari hospital untuk memudahkan urusan keluarga pesakit ni

    ReplyDelete
  15. Bgaus ada kemudahan macam nih memudahkan keluarga pesakit.

    ReplyDelete
  16. Baru tahu ada kemudahan macam ni, terima kasih kongsikan ada juga info PPUM sebab tak pernah kesitu

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah smua di permudahkan. :)

    ReplyDelete

Words of wisdom