Hukum menggunakan set pinggan mangkuk "fine bone china"

Mesti ramai dah tau apa itu pinggan mangkuk fine bone china kan. Memang cantik-cantik design nya dan kalau tengok memang terasa nak beli aje. Tetapi mama came across dengan persoan Hukum menggunakan set pinggan mangkuk "fine bone china". So, info yang mama ambil ini adalah dari laman web Mufti Selangor so mama raja wajar juga mama share dengan korang semua tentang Hukum menggunakan set pinggan mangkuk "fine bone china".








Kalau nak tau Bone china adalah produk porselin yang mengandungi abu tulang, kaolin, dan Cornish Stone. Campuran ketiga-tiga bahan ini menghasilkan Bone china yang amat berkualiti.Di tambah pula dengan lukisan seni yang halus memang menjadi kegilaan bagi ibu2 di luar sana, betul tak?



Sekadar gambar hiasan.

Soalan
Saya baru membeli set pinggan mangkuk 'fine bone china'. Tetapi baru saya ketahui dari khidmat pelanggannya bahawa serbuk tulang atau "bone ashes" digunakan untuk membuatkan pinggan nampak translucent.

Jikalau tulang tersebut dari babi, bolehkah saya menggunakannya?. Jikalau dari binatang lain seperti lembu, kambing yang tidak disembelih, bagaimana pula?. Harap dapat penjelasan yang sewajarnya. Terima kasih.

Jawapan
Menggunakan serbuk tulang babi untuk membuat pinggan adalah najis Mughallazah. Haram digunakan pinggan tersebut. Begitu juga tulang binatang lembu, kambing atau binatang halal yang tidak disembelih. Hukumnya najis sama seperti bangkai, kecuali bulu binatang halal yang diambil masa binatang itu masih hidup adalah suci dan boleh dimanfaatkan seperti membuat pakaian.

Kata Imam Nawawi dalam Al Minhaj :

Bererti :

Dan bahagian yang terpisah daripada binatang yang masih hidup hukumnya adalah sama seperti bangkai kecuali bulu binatang halal dimakan. Maka hukumnya bersih.

Sumber: Mufti Selangor


Ini pula petikan dari Utusan Malaysia, kalau nak baca Artikel Penuh di sini: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120508/dn_07/Pinggan-mangkuk-Bone-China-kanta-ICL-haram#ixzz55qsiAQ5u

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan pinggan mangkuk atau perhiasan daripada tulang babi atau Bone China adalah haram.
 
Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, biarpun tulang tersebut sudah bertukar rupa selepas diproses hingga menjadi abu ia masih dikategorikan sebagai najis berat.
Katanya, ia berdasarkan hukum syarak yang mengharamkan apa jua peralatan diperbuat daripada babi.

"Pada umumnya muzakarah berpandangan peralatan pinggan mangkuk yang dibuat daripada tulang babi walaupun sudah dihancurkan tidak dibenarkan.

"Pihak kami dimaklumkan sebanyak tujuh juta babi disembelih untuk tujuan ini. Biarpun sudah menjadi debu dan dibentuk seperti cawan hukumnya masih haram pada syarak," katanya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-99 di sini, semalam.
Beliau berkata, pihak muzakarah membenarkan sekiranya peralatan diperbuat daripada tulang haiwan yang halal dan disembelih mengikut hukum syarak.

"Jika tulang itu daripada haiwan halal contohnya lembu, maka ia dibenarkan dan tiada masalah dengan syarat ia disembelih mengikut syarak terlebih dahulu.

"Bagaimanapun, jika haiwan itu boleh dimakan dalam Islam tetapi tidak disembelih hukumnya haram. Perkara-perkara subahat kita patut elakkan," katanya.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Saya tak minat sangat pinggan ni..pinggan viral kan? Pakai pinggan apo yg hado je..tak lawa pun xpe lah heheheh

    ReplyDelete
  2. Ohhh... better guna pinggan lain...

    ReplyDelete
  3. Info Terbaru !!

    Ayo ikuti Kontes Seo dan menangkan hadiahnya dengan total uang 30juta rupiah.
    Tunggu apa lagi ? Segera daftarkan diri anda dan raih hadiahnya !!

    Pendaftaran dimulai pada Tanggal 22 Januari 2018
    Pendaftaran berakhir pada Tanggal 22 April 2018
    Pemenang akan diumumkan pada Tanggal 7 Mei 2018
    Hadian akan dibagikan pada 8 Mei 2018

    Info lebih lanjut silahkan hubungi kami di : seoitu99@gmail.com
    Bisa juga kunjungi : http://www.itu99.host/kontes/


    Syarat dan Ketentuan Berlaku !!

    ReplyDelete
  4. baik kita guna pinggan yg terbukti halal pembuatannya.

    ReplyDelete
  5. Viral kan pinggan ni kak. Selamat lah ana tak terbeli juga. Cantik memang cantik.

    ReplyDelete
  6. pakailah pinggan mangkuk dari tupperware .. hehehe..

    ReplyDelete
  7. design cantik dah tapi kena hati2 menggunakannya. kalau mufti dah keluarkan haram, kena betul2 alert :) tq mamapipie atas perkongsian

    ReplyDelete
  8. Nice sharing, kena periksa betul2 sekarang ni...

    ReplyDelete
  9. sudah jelas dan nyata.
    kena la kita ikut hukum syara', kan.

    ReplyDelete
  10. Tq for sharing Adda, Kak Sue pun risau juga nak beli..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian nya ye mama..

    ReplyDelete
  12. Sayangnya kalau ada..nak kena buang la kan.

    ReplyDelete
  13. pernah dgr pasal pinggan mangkuk ni, tapi xtahu pula mmg btul btul diperbuat dr "bone" thanks for the share....

    ReplyDelete
  14. jadi tak boleh guna la eh.. huhu..mujur aku tak beli lagi..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post