Betul ke Paracetamol kekal dalam badan bila dimakan? - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, February 5, 2018

Betul ke Paracetamol kekal dalam badan bila dimakan?

Paracetamol atau orang selalu panggil panadol sudah tak asing lagi dalam kehidupan Kita. Kalau demam, sakit gigi atau apa saja sakit biasanya inilah ubat Yang selalu diberi Oleh doktor kan. Kadang-kadang mama naik risau juga kalau kerap sangat makan panadol ni sebab ramai orang kata nanti buah pinggang lama nak proses dan sebagainya. Betul ke Paracetamol kekal dalam badan bila dimakan? Maka, eloklah kita tu serba sedikit tentang perkara ini supaya kita lebih berpengetahuan dan lebih yakin tentang panadol dan pengambilannya. Jika terdapat maklumat yang salah boleh membawa kesan negatif kepada cara orang ramai menilai ubat yang sudah dipercayai seterusnya cara menguruskan kesihatan mereka. Betul ke Paracetamol kekal dalam badan bila dimakan? Jom baca.

Betul ke Paracetamol kekal dalam badan bila dimakan?

Apa itu Paracetamol atau Panadol? Panadol adalah sejenis ubat analgesik (lebih dikenali secara umum sebagai penahan sakit) dan boleh digunakan sebagai ubat ‘rawatan utama’ bagi kesakitan ringan hingga sederhana.

Betul ke Paracetamol Kekal dalam badan kita lebih 24 jam selepas dimakan?
Antara mitos ialah paracetamol kekal dalam badan kita lebih dar 24 jam. Malah, ada juga maklumat tersebar dalam media sosial mendakwa parasetamol boleh kekal dalam badan sehingga lima tahun selepas dimakan. Wah lama tu.

Fakta
Sebenarnya, parasetamol terurai secara menyeluruh dalam badan, dengan separuh hayat plasma (masa yang diambil bagi parasetamol dikurangkan sebanyak separuh dalam plasma darah) 1.5 hingga 2.5 jam. Walaupun kadar parasetamol terurai bergantung pada usia dan dos, kajian mendapati apabila diambil mengikut dos yang disyorkan, parasetamol disingkir daripada badan dalam tempoh 24 jam bagi mereka yang sihat.

So, di sini kita boleh lihat sebenarnya paracetamol akan terurai dan diproces dalam masa 24 jam sahaja bagi orang sihat kan. Ini serba sedikit buat mama legalah juga hihi.. Walau apapun silalah daptkan nasihat doktor sebelum mengambil panadol kerana ia mungkin akan bertindakbalas dengan ubat lain yang kita ambil seperti warfarin, Metoclopramide, etc. Selain itu, jangan lupa minum air dengan banyak untuk flush out kan ubat ni ye..

22 comments:

  1. Kena rajin membaca dan bertanya pada orang yang btul untuk fakta yang sahih kan mama.. Nice sharing mama.. Sha akan makan paracetamol ini bila diserang migrain yang serius.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. ya jangan sering-sering saja Makannya
    Harus tunggu beberapa hari lagi agar paracetamol larut dulu di dalam tubuh

    ReplyDelete
  3. Saya memang fobia dengan pengambilan Panadol bila dihebohkan bahawa ia membawa kesan tidak baik kepada ginjal. Justeru itu kalau setakat demam atau pening sikit sikit, saya tak layan sangat dengan ubat...

    ReplyDelete
  4. Nice info kak. Ana jarang makan paracetamol. Makan kalau terdesak je sebab ana tak suka aka takut makan ubat. Hehe

    ReplyDelete
  5. Nice sharing.Saya jarang makan paracetamol..tak suka rasa paracetamol ni.nama pun ubatkan

    ReplyDelete
  6. cikyan sama mcm ana suhana...kalau terlalu sakit je baru mkn ubat.. means kalau dah takde cara lain...sbb kalau ta silap cikyan, paracetamol ni pon sejenis pain killer jugal...slalu pain killer ni kuat action dia...

    tapi kalau doktor kata makan, kena la mkn kan..kalau mcm stakat pening sikit2 tu tak payah la kot... paracetamol tak sama mcm antibiotik...antibiotik ya, mmg kena habiskan..kalau tak, kuman pon acah2 pengsan jela sbb dos ubat pon tak habis kan..hahaha

    ReplyDelete
  7. Nice info. Perna dengan orang kata sampai 5 tahun laa. Fuhh naik seram dengan paracetamol. Selamat jenis tak suka makan ubat. Kalau sakit sanggup tahan dari hadap makan ubat. Hahaa.

    ReplyDelete
  8. betul. kite kene tahu bab-bab ni

    ReplyDelete
  9. Macam-macam mitos yang orang percaya kalau tak ambil tahu tentang fakta

    ReplyDelete
  10. Tq sharing infonya.. ada kot 5 tahun tak makan panadol mahupun paracetamol. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. Salam sis mamapp, salam selasa lama ibu tak blog walking. Demam seminggu. haha

    inilah lauk harian masa kurang sihat seminggu tu.

    Yang penting kita makan berpada pada.

    ReplyDelete
  12. Nice sharing info Mama.. Walaupun saya tak makan sangat panadol nie jika sakit sikit2 tapi sekurang-kurangnya dapatlah sikit ilmu mengenainya..

    ReplyDelete
  13. minum obat yang mengandung Paracetamol sangat tidak disarankan bagi yang sedang berkendara, pun bagi penderita penyakit lainnya.
    untuk itu tetap berhati-hati dan baca saran dokter sebelum minum Paracetamol...okeh

    ReplyDelete
  14. saya makan 1/2 je.. tu pun kalau dah tak tahan sangat

    ReplyDelete
  15. owh, baru tahu pcm akan terurai dalam masa 24jam..thanks for the info mmpp

    ReplyDelete
  16. kalau dah terlampau skt br sy ambil... pernah dgr jg mitos ni tp bla fikir balik semua bendasing dalam tubuh akan disalur keluar sama ada melalui najis atau pun kencing...

    ReplyDelete
  17. yes sebelum nih ada baca...sekarang memang apa2 kena rujuk pakar jer :)

    ReplyDelete
  18. Good sharing Adda, Kak Sue kalau sakit kepala sangat-sangat baru ambik Panadol nie..

    ReplyDelete
  19. Tq semua sudi.datang baca. Kat sini boleh Kita simpulkan ramai antara Kita yg beringat masa.nak makan panadol Kan. Mam pun Sama juga. Kalau dah tak tahan juga baru makan

    ReplyDelete
  20. time ada sakit seperti demam lah makan panadol ni.

    ReplyDelete
  21. info terbaik ni adda.. ramai yg keliru pasal ni kan

    ReplyDelete

Words of wisdom