Hari pertama yang huru hara - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Tuesday, January 2, 2018

Hari pertama yang huru hara

Hari ini adalah hari pertama anak-anak memulakan persekolahan di tahun 2018 dan juga hari pertama mak-mak dan pak-pak memulakan pekerjaan. Semoga lebih bersemangat dan positif ye semua. Mama memang positif bermula dari pagi lagi. Tetapi.. akan tetapi telah terjadi hari pertama yang huru hara dalam tahun 2018 buat  mama hari ini. Apa tu hari pertama yang huru hara? Haha nak gelak pun ada nak meraung pun ada. Jom baca.



Alkisah, mama dah bangun seawal pagi untuk menghadapi hari pertama harini. Semangat tak semangat malam tadi dah siapkan baju sekolah, beg sekolah dan bekalan untuk anak harini. Akan tetapi.. bila nak keluar dari rumah ajer.. tetiba korek2 dalam handbag tak jumpa kunci baby blue mama. Garu sini garu sana tak ketemu juga.. Alahai, rupanya kunci keta tertinggal dalam keta ayah Syafi. Semalam masa round2 One Utama mama bawa beg kecil, tak muat nak letak kunci kereta tu. So, mama "tumpang sekejap" lah dekat dalam dashboard keta ayah syafi.

Nampaknya "sekejap" tu dah jadi tak sekejap dah. Lupa nak ambil balik sudahnya. Ayah syafi pula memang keluar rumah sesudah subuh sebab kerja di Kepong. Haha padan muka mama..

Akibatnya anak mama pun terlambat ke sekolah. Sebab masa tengah cari kunci kedua tetiba mama sakit perut pula terpaksalah melepaskan hajat hihii.. Syafi dah tak keruan dah. Last-last pinjam keta pak mertua hantar Syafi gi sekolah.

Lepas tu balik rumah sambung cari kunci. Rupa-rupanya ayah Syafi combinekan kunci kedua kereta dia dgn keta baby blue mama. Patutlah dua tiga kali mama kembur laci tak jumpa. Bila dah jumpa ingatkan dah bolehlah pergi kerja. Masalah baru pula yang muncul. Alarm tak berfungsi. Ingatkan bateri habis so mama pergilah kedai cari bateri.

Bila dah tukar bateri alarm tak mo juga dia huhuu.. Kereta tu dah menyanyi2 aje bila guna alarm manual dia berbunyi-bunyi. Sudahnya, hari ni mama guna keta pak mertua.. Haha itu saje  nak cerita. Kesimpulan di sini jangan rasa down walau pun hari pertama dah macam ni. Esok masih ada haha.. Tata u ols..

18 comments:

  1. Kalau akak duduk-duduk...mesti teringat boleh senyum sorang-sorang kan...menjadi coretan dihari kedua tahun baru ye kak...

    ReplyDelete
  2. Nasib ada keta paj mertua ya.. kalau akak pun jadi huru hara gak tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. haha..macam-macam kisah di hari pertama. selamat bersekolah dan kembali bekerja untuk famili mama

    ReplyDelete
  4. hari pertama jga kai ada macam2 urusan mujur lancar..tak terklik blog jg ..sibuknya

    ReplyDelete
  5. Wah, dugaan di awal pagi hari Mama. Takpe, chaiyokkk Mama. Huhu. :)

    ReplyDelete
  6. Haha. Yg anak dah ready kunci pula hikang dr radar ye kak. Dua2 sekali pula tu. Hehe. Semoga hari ni berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  7. jalan-jalan semua rame alias busy
    banyak orang mudik juga

    ReplyDelete
  8. Hahaha...memang jelam kabut dibuatnya ye kak

    ReplyDelete
  9. Selamat tahun baru 2018 mamapp..

    Bagus mamapp..
    Semangat kuat tak emosi pun..
    Terus cari solusi..💪💪👍👍

    ReplyDelete
  10. Allahu akbar. Dugaan tahun baru. Hari pertama peraekolahan kan, semua org kalut.

    ReplyDelete
  11. Tak jumpa satu kunci banyak yang terganggu kan.

    ReplyDelete
  12. Cobaan buat mama.. memang nak gelak aje rasanya. Nasib baik boa memahami bila minta masuk lambat haha

    ReplyDelete
  13. Hahaa kalau ari pertama tu memang selalu laa kelam kabut tuee. Selalu jugak laa jadi centu.

    ReplyDelete
  14. so much struggle for the first dat tp xpe, ade la sbbnya kenapa jadi mcm tu.

    ReplyDelete
  15. Pengalaman 2018 nie.. Chayook Chayook mama..

    ReplyDelete
  16. Pengalaman Yang manis juga ni Bola dikenang semula haha

    ReplyDelete

Words of wisdom