Erti Bacaan dalam Solat

Salam Jumaat penuh keberkatan. Solat itu adalah tiang agama. Setiap hari kita mengerjakan 5 solat fardhu. Adakah solat kita itu khusyuk? Susah kita nak menilai kekhusyukan solat kita sendiri kan. Tetapi kita boleh meraih khusyuk itu sendiri dan berusaha ke arahnya. Salah satu caranya adalah dengan memahami Erti Bacaan dalam Solat. Jom kita refresh diri dengan memahani Erti Bacaan dalam Solat bersama-sama ye.


Marilah kite bersama2 memahami erti bacaan dalam solat kite. insya allah akan membantu kite utk menjadi lebih khusyuk.. aminn

 Firman Allah,

“Dan berjayalah orang yang beriman, yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.” [Surah al-Mu’minun 23: 1-2]




Erti doa iftittah :
Allah maha besar dengan segala kebesaranMu
Segala puji hanya bagiMu ya ALLAH , yang tidak terhitung banyaknya
Maha suci ALLAH diwaktu malam dan siang.
Aku hadapkan wajah dan diriku hanya kepada ALLAH
Yang menjadikan langit dan bumi dan diantaranya
Aku adalah muslim yang sejati
Bukan dari kalangan orang-orang musyrik (yang menyengutukanNYA).
Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku
Kesemua semata-mata keranaMu ya ALLAH
Tuhan sekelian alam.
Tiada aku menyekutukan Mu
Sepertimana perintahMu kepadaku
Dan aku adalah dalam golongan orang-orang muslim.


ERTI BACAAN AL- FATIHAH.
Segala puji-pujian hanya untukMu ya ALLAH
Tuhan sekelian alam
Engkau yang maha pengasih dan maha penyayang
Raja , yang menguasai hari pembalasan (qiamat)
Hanya kepadaMu kami menyembah
Dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat , kejayaan dan kemenangan
Bukan jalan-jalan orang-orang yang Engkau murkai
Dan orang-orang yang sesat.
Kabulkanlah doa kami.


ERTI BACAAN DALAM RUKU’.
Maha suci Tuhanku yang maha hebat
Segala puji hanya untukMu.


ERTI BACAAN DALAM IKTIDAL.

Allah maha mendengar puji-pujian keatas Nya
Ya ALLAH , segala puji-pujian hanyalah untukMu.


ERTI BACAAN DALAM SUJUD.

Maha suci Tuhanku yang maha tinggi kedudukanNya dan maha menguasai.
Segala puji hanya untukMu.


ERTI BACAAN ANTARA DUA SUJUD.

Tuhanku
Ampunilah segala dosa-dosaku
Rahmatilah keatasku
Elokkan keadaanku
Muliakan diriku
Berilah petunjuk kepadaku
Selamatkan aku dari segala bencana
Dan ampunkan segala dosa-dosaku.


ERTI TAHIYYAT.
Segala kehormatan yang amat berkat
Segala sembahyang dan amal yang baik
Semua hanya keranaMu ya ALLAH.
Salam sejahtera keatasmu wahai sekelian para nabi
Dengan limpah kurnia rahmat serta berkat dari ALLAH.
Salam sejahtera keatas kami
Dan hamba-hamba ALLAH yang beramal ibadah
Dengan amalan yang soleh
Aku BERSAKSI TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
Dan Muhammad itu pesuruh ALLAH.


SELAWAT IBRAHIMIAH.
Ya ALLAH ya Tuhanku
Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan
Kepada junjungan mulia , Muhammad saw
Juga ke atas ahli keluarga baginda yang mulia
Sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim.
Limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad
Seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim
Sesungguhnya Engkau ya ALLAH , yang amat terpuji lagi amat mulia.


ERTI BACAAN QUNUT.
Ya ALLAH
Kurniakan aku petunjuk dan hidayahMu
Bersama-sama mereka yang Engkau beri petunjuk dan hidayah
Selamatkanlah aku bersama-sama mereka yang telah Engkau selamatkan
Kurniakan pertolongan kepadaku bersama mereka yang telah Engkau beri pertolongan
Berkati bagiku segala apa yang telah Engkau kurniakan
Pelihara aku dari kejahatan yang telah Engkau tentukan
Sesungguhnya Engkau maha menghukum dan bukan Engkau yang di hukum.
Tiada hina mereka yang Engkau tolong dan
Tiada mulia pula mereka yang Engkau musuhi
Segala ketinggian hanya bagiMu
Segala puji dan syukur atas apa yang telah Engkau kurniakan
Ampunilah aku dan terimalah taubatku.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. sangat berguna info anda inieh pada diriku yang harap je blaja agama :p
    teruskan2 atas info2 yang sangat berguna nie :-)

    ReplyDelete
  2. sama2 la kita menghayati....insyallah.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    setiap bacaan tu memang ada maksudnya

    ReplyDelete
  4. utk panduan n peringatan kite bersama. utk memperingatkan diri sendiri gak ni.. harap2 bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Solat lebih kusyuk jika memahami apa yang kita bacakan ketika solat. Good info mama. :)

    ReplyDelete
  6. good sharing.. bila tahu maksud, lagi bagus kan..lagi khusyuk !

    ReplyDelete
  7. kalo udah tahu ertinya, sholat makin fokus dan mantap..

    ReplyDelete
  8. Alhamdullilah, terima kasih perkongsian. Kita akan lebih rasa gerun dan khusuyuk bila dalam solat :)

    ReplyDelete
  9. Thank you kak atas perkongsian ni :) Salam Jumaat.

    ReplyDelete
  10. Hari tu ada terlintas dlm hati nak mencari makna ayat ayat bacaan dlm solat... Tapi belum tercari, biasalahkan ..... Alhamdulillah dipermudahkan berjumpa di sini rupanya. Terima kasih MP

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah salah satu cara nak dapat khusyuk dalah tahu apa erti yang kita baca

    ReplyDelete
  12. nice sharing. ingatan buat kita yang terlupa. tahu arabnya tetapi tidak mengerti pada maksudnya

    ReplyDelete
  13. Ana tgh nak faham makna bacaan iftitah. Yg lain InsyaAllah dah boleh faham. Tq kak for sharing.

    ReplyDelete
  14. Good sharing Adda, Kak Sue belum sepenuhnya paham makna bacaan dalam solat Adda.. huhuhu..

    ReplyDelete
  15. Lebih khusyuk apabila memahami bacaan dalam solat kita kan.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. Bila tahu makna, solat akan jadi lebih kusyuk.. Nice sharing sis..

    ReplyDelete
  17. Solat akan jadi lebih kusyuk bila kita tahu maknanya kan

    ReplyDelete
  18. entry yang bagus dan bermanfaat. thanks share mama..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post