Cara Alter Baju Tanpa Jahitan, Cepat dan Mudah

Cara Alter Baju Tanpa Jahitan, Cepat dan Mudah. Korang nak tau tak macam mana? Biasalah bila beli baju sekolah anak-anak kadang-kadang kena alter jahitan tu kan. Selalunya, seluar kena pendekkan sikit, atau panjang lengan kena pendekkan sikit, etc. Alkisah, selepas 2 minggu bersekolah mama dapati seluar sekolah agama Syafi yang asalnya putih berseri dah jadi macam belacan. Rupanya seluar dia terlebih labuh.. Masa fitting dulu nampak OK aje. Nampaknya kena alter lah sikit. Sakit mata mama tengok kaler seluar dia. Dan every time nak basuh, mama jugalah yang kena sental nak kembalikan putihnya tu. Dengan masa yang terhad, mama jumpa Cara Alter Baju Tanpa Jahitan yang cepat dan mudah.






Sejak Syafi masuk tahun 4 ni, waktu malam mama memang sangat busy. Jangan gelakkan tau haha. Anak baru sorang dah macam ni. Malu pula mama dengan supermak-supermak di luar sana. Ye lah, balik kerja dah penat. Sampai rumah kena uruskan hal rumah. Dan yang paling time consuming adalah masa untuk Syafi buat homework yang sebabun tu. Memang banyak homework dia tau. Dia buat hingga waktu tidur dia pun tak siap2 lagi.

Memandangkan mama kena alter seluar dia, maka mama kena Cara Alter Baju Tanpa Jahitan, Cepat dan Mudah. Untuk kebaikan mama juga kan. Begini caranya..







Alatan yang diperlukan. Gam UHU, saputangan, kertas keras Dan spray

Mula-mula gosokkan dulu bahagian Yang nak Di pendekkan tu


Kemudian, letak gam UHU disepanjang lipatan Yang hendak dijahit tu

Alas bahagian bawah dengan kertas keras Dan letakkan saputangan Di atas bahagian Yang diletak gam tadi. Kemudian spray ke atas saputangan tu

Gosok/iron saputangan lembap tadi

Tadaaa.. dah siap.. Cuba tengok melekat Kan. Hasilnya selepas seminggu mama buat Dan baju dibasuh beberapa kali tampalan Masih melekat.




Kalau tak faham boleh refer video tutorial ni. Senang aje, seminit dah setel. Sebenarnya Cara ni mama improvise Dari Cara tampal lencana guna gam UHU Dari entry ni  http://www.mamapipie.com/2017/12/tampal-lencana-sekolah-guna-gam-uhu.html. Haa.. kretip tak?

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

24 Comments

Words of wisdom

  1. Senangnya kak.. Nanti boleh praktikkan

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Senang nie.. Tq for sharing..

    ReplyDelete
  3. Adoiii senangnya, ni jenis nak cepat buat kerja boleh guna cara ni. Auni pun kalau beli seluar, asyik labuh je. Dah laa malas nak menjahit. Hehe

    ReplyDelete
  4. Wah... Boleh di praktikkan ni... Kadang2 beli baju tangannya labuh.. malas jahit, boleh buat cara ni.... hehe!

    ReplyDelete
  5. Bukan baju sekolah je ni..baju dewasa pun bleh buat ni kan..

    ReplyDelete
  6. Amboi senangnya Adda, boleh cuba nanti nie. Tq for sharing..

    ReplyDelete
  7. pake lem uhu ya untuk merekatkannya

    ReplyDelete
  8. pandainya mama! kena buat camnie la kalau baju koyak dsb.

    ReplyDelete
  9. wow. good idea ni.
    kalau sesak-sesak boleh digunakan idea ni kan.
    aida kalau beli baju skola anak-anak, aida akan tanya dulu kat tukang kedai tu, boleh terus alter tak? ye le. kekadang terpanjang, kan.
    aida akan suruh diorang terus kelepet dan jahitkan.

    ReplyDelete
  10. good idea sgt ni...sy pun ada bj nk kena alter ni..bole try la cara nii

    ReplyDelete
  11. good sharing.. bestnya pandai jahit...cikyan xpndai. tp minat la jugak..

    ReplyDelete
  12. Kreatifnya kak. Tak terpikir boleh buat mudah cmtu.

    ReplyDelete
  13. Wahhhhhh, bagus idea guna gam uhu ni..

    ReplyDelete
  14. Okeh nak cuba nanti sebab ada seluar agak labuh sikit kena alter. Nak hantar ke orang suruh jahit bercinta sungguh. Bagus tutorial ni.

    ReplyDelete
  15. Memang kak anak laki ni baru pakai baju dah jadi belacan hehehe.....
    Lagi-lagi kalau jenis kuat main berdaki baju.
    Bagus tips ni untuk macam saya tak berapa mahir menjahit baju.

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing!! ^^ senang dipraktikkan... nanti Hana cuba :)

    ReplyDelete
  17. Kretipnya diaaaa!.
    Kalaulah benda ni saya tahu dr zmn skolah kan best!.

    ReplyDelete
  18. Kreatif mamapipie! Apapun kerja akak nampak kemas betul...

    ReplyDelete
  19. kalau ada bahagian yg tertinggal boleh laa digam tp kalu memang dah terbelah... x leh tolong lg da kan ;-)

    ReplyDelete
  20. Mama Rasa kalau yg terbelah Tu boleh juga dgn syarat pandai lah Cari tempat nak letak gam Tu. Apapun Cara ni mmg senang kan

    ReplyDelete
  21. Thanks sis! Senang untuk sya yg jenis xreti pegang jarum benang segala tu 😅😅

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post