Keselamatan anak-anak ketika berkelah

Menjelang cuti sekolah ni mesti ramai yang plan bercuti-cuti dengan membawa keluarga kan. Inilah masanya untuk lakukan aktiviti bersama keluarga. Biasanya kalau ada anak kecil tempat favourite mereka mesti yang ada air untuk tempat bermain dan berendam.Walaupun tempat-tempat begini sememangnya best, tapi kena sentiasa berhati-hati kerana malang itu tidak berbau. Lagipun budak-budak kecil apalah tau nak jaga keselamatan. Keselamatan anak-anak ketika berkelah perlu sentiasa diutaman teruama di tempat yang ada air. Tanggungjawab ibu bapalah yang memastikan keselamatan anak-anak ketika berkelah.

Gambar Syafi semasa dia berusia 5 tahun. Percaya tak masa ni adalah pertama Kali mama bawa dia berkelah Di tepi pantai. Memang seronok yakmat dia.  Sebelum ni mama memang tak pernah bawa ke pantai sebab mama risau tentang keselamatan dia. 

Berikut adalah panduan selamat agar perkelahan menjadi percutian yang menyeronokkan dan bukan membahayakan nyawa;

  • Berkelah di Sungai
  • Pastikan jarak tempat melepak bersama keluarga tidak terlalu jauh dari lokasi anak-anak bermain. 
  • Berikan pengawasan semaksimum yang boleh oleh keluarga atau orang yang lebih dewasa sepanjang aktiviti dijalankan sama ada mandi atau bersuka ria di pinggir sungai. Langkah ini penting bagi memberikan bantuan kecemasan yang cepat jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
  • Membawa alatan bantuan berenang seperti pelampung, floating, noodle agar anak dapat berseronok dalam keadaan selamat..


  • Berkelah di Laut
  • Lokasi perkelahan santai keluarga haruslah lebih dekat dengan pantai supaya aktiviti anak-anak masih boleh dilihat dari jarak yang dekat.
  • Agihkan tugas pengawasan secara sistematik supaya tidak timbul isu kelekaan atau kecuaian dalam pengawasan anak-anak.
  • Usah pandang ringan kepada tahap kedalaman air laut. Meskipun nampak seperti tidak dalam, maka harus berhati-hati dan pesan pada anak-anak agar jangan terlalu berani untuk mencuba. 
  • Pemantauan orang dewasa dan mereka yang pandai berenang adalah penting.

  • Berkelah di Kolam Renang
  • Pengawasan oleh orang dewasa dan yang pandai berenang sepanjang aktiviti berlangsung terutamanya kepada anak-anak kecil atau yang tidak pandai berenang. 
  • Pengawasan yang berterusan amat penting meskipun di tempat yang tidak dalam kerana bahaya ada di mana-mana.
  • Pastikan anak-anak memakai pakaian renang yang bersesuaian dan mematuhi ciri-ciri keselamatan kerana jika pakaian tidak sesuai, kemalangan dalam kolam juga akan berlaku dan mengakibatkan lemas dan sebagainya. Pakaian dan kelengkapan renang perlu disediakan.
  • Pastikan kolam renang tersebut lengkap dengan pengawal keselamatan atau bantu mula/kecemasan (safe guard) bagi memberi bantuan kecemasan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.


  • Berkelah di Taman Tema Air
  • Membuat kajian atau pembacaan tentang taman tema air tersebut dari segi kebersihan, keselamatan dan juga kesesakan.
  • Jika ia diragui tentang kebersihan, maka elakkanlah dari mengunjungi tempat berkenaan kerana ada kes kencing tikus atau virus dijangkiti di taman tema air.
  • Memberi arahan keselamatan yang jelas kepada ahli keluarga terutamanya anak-anak sebelum mengunjungi tempat berkenaan.
  • Usah ambil mudah jika anak-anak ingin mencuba permainan yang ada di taman tema. Pastikan ia selaras dengan usia dan kemampuannya. Seboleh-bolehnya, teman anak-anak dalam apa jua aktiviti yang ingin dilakukan.


  • Berkelah di Tasik Buatan
  • Sensitif dan peka dengan tahap kedalaman tasik terutamanya risiko pasir jerlus yang membahayakan. Maka pemantauan juga asas yang paling penting.
  • Usah terlalu leka dengan aktiviti orang dewasa, tetapi sebaiknya sentiasa memerhatikan anak-anak sepanjang masa.
  • Mencari informasi secukupnya tentang tempat yang ingin dikunjungi. Informasi yang diperlukan meliputi hal keselamatan, kebersihan, kemudahan asas dan lokasi yang tidak terlalu jauh daripada kemudahan awam. Jika berlaku kemalangan, maka bantuan adalah mudah diperoleh. 


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. betul. semoga semua sentiasa berada dalam lindunganNya. ameen. in shaa Allah

    ReplyDelete
  2. Keselamatan anak2 ketika berkelah menjadi tanggungjawab utama kita.

    ReplyDelete
  3. tu lah yg dah ada anak2 bila bwk p berkelah mmg kena alert kan mamapp.

    ReplyDelete
  4. setuju sangat! bebudak ni mmg lincah, kita sebagai parent panntang leka, mula laa ada masalah. mata tu kena awak, kasi buntang mata tu sebesar bola golf, baru la semua berjalan lancar. By LubukSeni.com

    ReplyDelete
  5. Setuju. Anak anak saya cuti sekolah mesti nak balik kampung sebab seronok wan dgn tok ayah dorg suka bawak jalan jalan. Jadi Mimi akan cakap dekat suami tolong pesan dekat adik adik dan mil/fil perhatikan dorang. Risau bila tak ada depan mata

    ReplyDelete
  6. Walau ke mana pun, lagi lagi tempat yg melibatkan air, memang kena lebih berhati hati kan MP. Takut kita terlepas pandang. Daripada tgh gembira jadi duka pulak....

    ReplyDelete
  7. Tq semua sudi baca. Peringatan buat mama Dan Kita semua.malang tak berbau kan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post