Tips jimat bil elektrik

Tips jimat bil elektrik. Zaman kemerosotan dan kegawatan seperti sekarang ni nak tak nak terpaksalah kita berjimat cermat dan menggunakan wang secara berhemah. Yelah, barang semakin mahal, gaji pula tang tu juga. So, cara yang terbaik adalah berjimat cermat. Di Malaysia pula kebanyakan ruman ada aircond dan peralatan elektrik yang lain. Maka, bil elektrik pun mencanak naik jugalah kan. So kenalah tau Tips jimat bil elektrik agar kita dapat berjimat.

Tips jimat bil elektrik



Jom kita baca tips jimat bil elektrik;

  • Jangan basuh pakaian dalam kuantiti yang sedikit dan kerap. Sebaliknya, gunakan ruang dalam mesin basuh sepenuhnya.
  • Cuci filter aircond bagi agar ia boleh beroperasi secara efficient. Gunakan aircond yg energy saver.
  • Tutup tingkap dan pintu semasa menggunakan pendingin udara. Lagi kecil ruang yang perlu disejukkan, lagi kurang bil elekrtik kita.
  • Belilah mentol lampu yang menggunakan tenaga yang sikit dan energy saver.
  • Gosok baju dalam kuantiti yang banyak. Kalau gosok sikit2 nanti bil akan bertambah.
  • Isi pemanas air elektrik ke tahap maksimun setiap kali isi air.
  • Cari barangan elektrik yang mempunyai rating 5 bintang. Dalam erti kata lain, beli produk berkualiti.
  • Beri ruang kepada peti sejuk untuk 'bernafas'. Jarakkan peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm bagi membolehkan peredaran udara yang lebih efisyen. Selain itu, jangan dedahkan peti sejuk secara langsung kepada sinaran matahari. Apabila keadaan sekeliling panas, lebih banyak tenaga diperlukan peti sejuk untuk sejuk kembali.
  • Pastikan pintu peti sejuk tertutup rapat agar dapat kekalkan suhu di dalam peti sejuk. Suhu yang paling optimum dalam peti sejuk adala 4-5 celcius dan di bahagian sejuk beku pula adalah minus 15-18 celcius
  • Tutup komputer / laptop/monitor lcd jika tidak digunakan. Jangan biarkan ia berada dalam keadaan 'standby'.
  • Gunakan timer untuk peralatan yang hanya diperlukan untuk masa-masa tertentu. Seperti contoh lampu spotlight di luar rumah.
  •  Penggunaan soket tambahan yang berlebihan juga adalah satu punca kenaikan penggunaan meter elektrik. So, kurangkanlah tambah soket tu ye.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

24 Comments

Words of wisdom

  1. betul tu mama...serba serbi kena jimat sekarang ni...nice tips mama

    ReplyDelete
  2. terima kash berkongsi tips yang bagus ni, zaman sekarang berjimat cermat ini perlu

    ReplyDelete
  3. Cari barangan elektrik ada 5 bintang tu win...tq kongsikan...suka baca.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih tipsnya, memang betul kaedahnya... berkesan..

    ReplyDelete
  5. Tips menarik. Kalau boleh jimat kita jimat..

    ReplyDelete
  6. Memang basuh baju dlm kuantiti yg byk...gosok baju tuh kalo rajin gosok utk seminggu terus...kalo mls hari2 gosok. Ptutla elektrik naik.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Terbaik..cuma kekadang terlupa nak buat

    ReplyDelete
  8. Bab baju tu memang tunggu bertimbun baru nak basuh, bab nak jimat elektrik pun ye juga

    ReplyDelete
  9. Betul..ada beberapa tips kat atas, saya amalkan juga..contoh basuh baju dalam kuantiti yang banyak & gosok baju sekali dalam seminggu..bukan nak pakai, baru saya gosok..satu sebab tak rajin nak buat macamtu & kedua, membazir letrik...

    ReplyDelete
  10. menarik tip ini..

    jika nak power penjimat guna kempen seperti Earth Hour..setipa mimggu

    ReplyDelete
  11. Bagua tips mama. Kadang terkejut tengok bil letrik. Rasa nak pengsan kejap huhu. Lagi satu Ain biasa dengar, kalau tak gunakan suis tu, better cabut plug dari situ. Dan ada betulnya jgak

    ReplyDelete
  12. betul betul. thnx for the tips mama ^^

    ReplyDelete
  13. asalkan jangan dibasuh terlalu serting pasti akan lebih awet

    ReplyDelete
  14. Salam kenal MamaPP. TQ singgah dan komen di blog.
    Wah good tips sharing ni ;)

    ReplyDelete
  15. Info tambahan..kalau plak yg tidak digunakan jgn dibiarkan terpasang walaupon dah off.bil tetap jln terutama charger. Lampu rumah pon ena pakai led.. mmg saving sgt..xsmpai 30rgt sebulan..

    ReplyDelete
  16. Terima kasih MP.... tulah tu, bil letrik rumah sekarang ni mmg Rm 200 lebih...
    Nak jugaklah kurang kurangkan kesian Encik Suami yg jadi tukang bayar tu. TNB jugak yg untung hihi

    ReplyDelete
  17. Tips yang cukup berguna di kala ekonomi yang tak menentu.. :)

    ReplyDelete
  18. Tips yang selalu perlu di ingatkan setiap masa

    ReplyDelete
  19. NICE TIPS 👍👍

    Ada yang selalu apply, memang jimat

    ReplyDelete
  20. memang selalu ingat tips jimat letrik ni.. :)

    ReplyDelete
  21. Ofismate pn ajar kalau nak keluar rumah cabut semua plug...mmg berkesan dpt jimat elektrik

    ReplyDelete
  22. Kena jimat cermat untuk save bajet. Banyak barang mahal skang.huhu.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post