Cara cepatkan penyembuhan batuk bayi dan kanak-kanak

Membesarkan anak memang satu tugas yang yang besar dan mencabar bagi seorang ibu atau seorang bapa. Biasalah kan.. dalam tempoh pembesaran bayi dan kanak-kanak selalu terdedah dengan sakit seperti demam, selsema dan batuk.. Syafi masa kecil memang kerap sangat batuk dan selalunya akan melarat ke asma sehingga warded beberapa kali. Sebenarnya ada Cara cepatkan penyembuhan batuk bayi dan kanak-kanak. Jom kita baca Cara cepatkan penyembuhan batuk bayi dan kanak-kanak.


Berikan anak rehat secukupnya di rumah
Elakkan membawa anak keluar rumah ke tempat awam jika tiada keperluan. Ini dapat mengelakkan virus berjangkit dengan kanak-kanak lain. Selain itu, anak akan berasa letih dan proses penyembuhan mungkin memakan masa yang lama.

Sentiasa bersama anak


Anak yang tidak sihat memerlukan pemerhatian. Jadi, isilah masa bersama mereka dengan sentuhan memujuk dan pelukan agar mereka berasa selesa dan selamat. Boleh juga bercerita dan membawa mereka berjalan-jalan di sekitar rumah untuk mengambil udara segar.

Bersihkan peralatan, rumah dan pakaian
Walaupun rumah kita lazimnya nampak bersih, tetapi tidak salah sekiranya kita membuat pemeriksaan dan membersihkan habuk. Mop lantai menggunakan air panas dan menggunakan bahan pencuci antibakteria. Lebih baik jika menggunakan yang mesra alam dan tiada bahan kimia.

Aliran udara yang baik
Pastikan setiap pagi, buka pintu dan tingkap supaya aliran udara dapat mengalir dengan baik.

Tepuk percussion
Menepuk bahagian badan depan dan belakang, dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung (seperti nak sendawakan bayi). Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak. (berhati-hati ketika menepuk terutama ketika diaplikasikan kepada bayi)

Wap bersama bawang putih dan minyak zaitun

Caranya seperti berikut:
  • Dua ulas bawang putih dibakar dengan kulit, kemudian lenyekkan sedikit didalam besen. Tambahkan sedikit minyak zaitun dan air panas.
  • Riba anak dengan menghadapkan mukanya ke besen. Tutup kepala dengan napkin nipis. Wap tadi akan masuk ke dalam rongga anak. Kemudian tepuk belakang anak seperti teknik percussion tadi. Insya-Allah teknik ini akan melegakan dan melancarkan pernafasannya. Batuk dan selesema akan berkurangan.

Penjagaan makanan ibu
Ibu yang menyusukan bayi, harus menjaga pemakanan. Ibu boleh makan sup dengan melebihkan bawang putih di dalam sup berkenaan. Ibu juga boleh mengambil makanan tambahan yang bersesuaian untuk ibu menyusu.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Kalo akk bagi madu, tapi kena bagi madu asli la

    ReplyDelete
  2. Zizie selalu tengok abg ipar buatkan garlic oil untuk anak saudara bila dia selsema atau batuk

    ReplyDelete
  3. Bagus tips mama. Yang ada anak kecik kena ambil tahu pasal ni. Sebab batuk bukan masalah yang jarang2 berlaku kat budak2. Tambah2 kalau baby, lagi kena ada ilmu dan tahu nak monitor.

    ReplyDelete
  4. Tip berguna untuk ibu bapa yang ada baby/anak kecil.

    ReplyDelete
  5. adoi.. kalau anak batuk, kesian.. kadang2 sampai merah padam muka.. huu~ semoga anak2 kita dilindungi selalu..

    ReplyDelete
  6. si anak harus selalu ditemani jika mengalami sakit

    ReplyDelete
  7. Tq for sharing..
    Bdk2 bila dh batuk mmg kesian sgt kan..

    ReplyDelete
  8. Teknik percussion dan wap tu susah nk buat sebab syafi xreti duduk dia. Selalu ana bg makan madu dengan lemon je. Lepas tu air masak byk2.tu utk kanak2 ok lah baby tak boleh lah kan kak.

    ReplyDelete
  9. anak batuk..memang tak boleh tidur lena

    sama ada bapa atau emaknya..

    lebih kasihan kalau anak belum sampai setahun umurnya.

    perlu lebih perhatian dan jagaan.

    ReplyDelete
  10. memang masalah terutamanya masa nak beri makan ubat

    ReplyDelete
  11. Even takde anak, GV risau juga tgk kalau anak saudara batuk2x. Kita yang dewasa kalau batuk dah rasa seksa, bayangkan kalu masih kecil atau bayi lagi. huhu.

    ReplyDelete
  12. Masa anak kecil dulu memang selalu buatkan minyak bawang putih ni sebab dia selalu sangat kena batuk dan selsema

    ReplyDelete
  13. Mmg kesian bila budak1 Dan bagi Batuk. Kalau Syafi mmg membawa ke semput lah.. cubalah petua Di atas. Kota usaha

    ReplyDelete
  14. Boleh try teknik percussion tuh..kebetulan baby tgh batuk selsema..kalau xde minyak zaitun dekat rumah boleh ganti dengan apa apa myk x mamapp?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post