Aura negative yang memusnahkan - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, November 10, 2017

Aura negative yang memusnahkan

Salam Jumaat semua. semoga kita mendapat keberkatan dan rahmat dihari mulia ini. Tidak dinafikan kita tak dapt lari dari aura negatif, kan! Bukan apa, kadang-kadang keadaan sekeliling membuatkan kita tak dapat lari dari merasai Aura negative yang memusnahkan ini. Korang tau tak dengan ada aura negatif lama kelamaan akan memusnahkan diri kita akhirnya. Jom kita tengok apa Aura negative yang memusnahkan dan sebolehnya hindarilah aura ini.

Aura negative yang memusnahkan

  • Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.

  • Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati.Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah )

  • Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.

  • Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.

  • Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

  • Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.

  • Jika kita sering biarkan diri kita rasa Takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.

  • Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia (penyakit sulit mencerna ). 

  • Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada  penyakit Hepatitis.

  • Jika kita sering merasa "Sombong"( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

  • Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

  • Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).

  • Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih )

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.
(Cnp dari whatsapp.)

26 comments:

  1. Stresa punca ana kena gastrik kak. Sebelum ni tak tahu pun. Skrg bila stress kena cepat2 cool kan diri semula.

    ReplyDelete
  2. Kena selalu berlapang dada dan berfikiran positif dah lepas ni. Takmo stress-stress dah...

    ReplyDelete
  3. alamak..

    hampir semua aura negatif itu pada saya.

    tengah berusaha untuk menghilangkannya

    ReplyDelete
  4. yang pasti kalau stress=tak cukup tidur. memang kena selalu happykan diri supaya badan sihat

    ReplyDelete
  5. Kadang-kadang saya ada buat juga benda2 kat atas... terima kasih peringatan ini...

    ReplyDelete
  6. Usah dilayan ganggun emosi tu..kena lawan dengan aura positif

    ReplyDelete
  7. Setelah dapat gastrik baru saya tahu 'stress' tu adalah salah satu puncanya...

    ReplyDelete
  8. Baru GV faham. Ada certain penyakit kat atas GV kena. Huhu. Good info Mama. GV suka info kesihatan cmnie. :D

    ReplyDelete
  9. good info..
    baru faham.. ada beberapa rasa terkena juga mungkin sebab stress..
    after this nak kena sentiasa cool je dan berlapang dada :D

    ReplyDelete
  10. memang patut hindari aura negatif ni.. lebih banyak keburukannya daripada kebaikan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  11. semakin sukar buang sikap negatif jika ia sudah lama bertapak dlm diri kita...

    ReplyDelete
  12. wah saya sering stres
    kepala sering pusing
    auraku gimana ya

    ReplyDelete
  13. Good sharing.. kena buang semua yang negatifkan Adda, baru hidup sihat dan ceria..

    ReplyDelete
  14. So kena positive vibes only kan mama.

    ReplyDelete
  15. Harap dijauhkan dari perasaan negative begitu.. Semuanya memudaratkan..

    ReplyDelete
  16. Sebab itu dlm Islam umatnya di ajar untuk kawal semua sikap negatif. Sebab mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan

    ReplyDelete
  17. good info ni dear,seboleh2nya tak nak aura negatif dalam diri

    ReplyDelete
  18. being positive is always the best

    ReplyDelete
  19. Semiga kita dapat menghindari sifat2 negatif itu pada diri kita.

    ReplyDelete
  20. Takutnyaaa...jangan dilayan sangat perasaan buruk ni, banyak buruk dari baiknya kan kak/

    ReplyDelete
  21. Memang sukar nak buang sifat negatif ini.

    Rasa lebih positif bila berada di kalangan yang bersifat positif.

    ReplyDelete
  22. tubuh / hati manusia ni bagi magnet. jika tarik negatif, dpt laa negatif. tarik positif dpt lah yg positif...simple as that

    ReplyDelete
  23. Bersiaran position jauhi silap negative. Nanti badan sendiri juga yg sakit. Betul kan

    ReplyDelete
  24. Kenalah cari punya stress, tangani lah ia baru boleh relax dan elak penyakit.

    ReplyDelete

Words of wisdom