Mari menyumbang untuk Syria - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, October 24, 2017

Mari menyumbang untuk Syria

Asaalamualaikum semua.. Di sini mama nak ajak semua untuk menyumbang kepada rakan-rakan Kita  Di Syria. Kesian rakan-rakan Kita Di Sana dah lah nak masuk musim sejuk sekarang. Pasti mereka memerlukan makanan semasa Dan pakaian winter di musim sejuk. Justeru itu mama sokong 200% usaha saudari Azila Dari telekung projek. Bukan Mahal pun cuma RM 1.50 untuk sekilo tepung. Semoga sumbangan Kita mampu menjadi amal jariah buat Kita. Jika tak mampu beri duit, berikan doa buat mereka pun tak pelah..



Ok.. ni mama copy dari fb telekung projek.

_________________________

ALHAMDULILLAH..... happy sangat dah masuk palet ke-22.... sikit lagi nak capai ke palet-25 (separuh dari target 50 palet)....

Sekurang-kurangnya ada progress hasil kasih sayang sahabat semua. Sujud Syukur.....

Walau dah rendahkan target kepada 50 tan gandum, tetapi masih berharap keajaiban dalam masa 7 hari ini mampu juga cecah 100 tan gandum.... DENGAN IZIN ALLAH.... selagi ada masa boleh berusaha bukan?

Copy paste progress update:

ALHAMDULILLAH, setakat ini dah dapat 42.3 tan gandum berbanding 100 tan yang diperlukan. Syukur pallet ke-21 dah penuh, now masuk pallet ke-22

#GANDUMUNTUKSYRIA #winteraid4ukhwah3.0 #target100tangandum

THE UPDATE 47 / DAY 22
24/10/2017 @ 6.00 petang

TARGET = 100 tan gandum = 100000 kg
NILAI = RM 1.50/kg gandum

JUMLAH DANA TERKUMPUL KINI = RM 63492.00
bersamaan dgn = 42328 kg (42.3 tan) berbanding 100000 kg (100 tan) yang diperlukan.

Peratusan gandum yang telah terkumpul;
(42328/100000 x 100) = 42.3 %

Alhamdulillah, telah terkumpul lebih kurang 42328 kg (42.3 tan) gandum untuk misi winteraid4ukhwah3.0 tahun ini. Semoga tahun ini juga berjaya dikumpulkan dana untuk 100 tan gandum untuk saudara kita di kem pelarian di sempadan turki-syria.

ANGGARAN DANA YANG DIPERLUKAN ADALAH;

(pengiraan mengikut harga tepung gandum di Malaysia)
<3 100000="" 1000="" 100="" kg="" p="" tan="" x=""> <3 1.50="" 1="" average="" di="" harga="" kg="" malaysia="" p="" tepung="">
Bermakna, anggaran dana diperlukan;
(RM 1.50 x 100000) = RM 150000 utk 100 tan tepung gandum.

Dana ini akan diserahkan kepada pihak NGO di turkey iaitu IHH untuk dimasukkan ke dalam tabung kilang roti syria.

Kepada yang sudi dan mahu menyumbang seikhlas hati boleh salurkan melalui;

🌺CIMB Telekung Project (8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek

🌺MBB Admin Telekung Project (5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz

(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan WINTER AID FOR SYRIA 2017

SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/ +60197357151

‼️‼️‼️Sgt penting: Mohon isikan borang di bawah utk tujuan DATA AUDITING KAMI:
https://fs30.formsite.com/telekungproject/winteraid4ukhwasyria2017/index.html

Kempen ini akan dibuka sepanjang bulan Oktober ini untuk mengumpulkan dana utk 100 tan tepung gandum buat bekalan makanan utk pelarian-pelarian di syria. Namun, jika jumlah yang diperlukan telah pun mencukupi, admin akan segera menutup kempen ini segera kerana jumlah dana yang diperlukan hanyalah untuk 100 tan gandum. Walaubagaimana pun, admin sentiasa memerlukan sokongan sahabat semua utk share posting ini, agar lebih ramai sahabat-sahabat turut membantu dan sudi berkongsi sekurang-kurangnya RM 1.50 (1 kg tepung gandum) untuk mengalas perut saudara kita yang diuji ujian kesejukan.

💡💡💡NOTA: JANGAN SERAHKAN SUMBANGAN BERBENTUK TEPUNG KEPADA KAMI KERANA URUSAN PEMBELIAN TEPUNG AKAN DIURUSKAN DI TURKEY, BUKAN DI MALAYSIA.

Kepada yang mempunyai PAKAIAN WINTER yang hendak disumbangkan boleh hantarkan/poskan kepada;

THE TELEKUNG PROJECT
NO.4 JALAN ELEKTRON U16/96H
DENAI ALAM
40150 SHAH ALAM, SELANGOR
0193597733 / 0197357151

(sila whatsapp puan saodah 0193597733 dahulu sebelum penghantaran)

💡💡💡NOTA PENTING: KAMI HANYA MENERIMA PAKAIAN WINTER SAHAJA DAN TIDAK MENERIMA PAKAIAN LAIN SELAIN DARIPADA KELENGKAPAN WINTER. HARAP MAKLUM. PASTIKAN PAKAIAN YG DIBERIKAN DALAM KEADAAN BAIK DAN BERSIH.

SEKALI LAGI, Admin sangat memerlukan jasa sahabat semua untuk kongsikan kebaikan ini kepada seramai mungkin agar kempen ini berjaya seperti yang disasarkan dan mampu membantu saudara kita yang bukan hanya diuji peperangan malahan bakal diuji dengan kesejukan. RM 1.50 tidak akan membuatkan kita jatuh miskin, malahan ia mampu memberikan sebuah nilai kasih sayang tanpa sempadan. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua dan juga usaha membantu saudara kita yang memerlukan.

Salam Ukhwah
Azila Aziz

10 comments:

  1. InsyaAllah semoga ramai lagi yang dapat menyumbang untuk rakyat syria

    ReplyDelete
  2. bagus inisiatif macam ni.. semoga lebih ramai yang menghulurkan bantuan dan memberi ruang untuk mereka menambah pahala.. in shaa Allah..

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian, moga mencapai target....Aminnn....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum & selamat pagi sis Mama pipie

    Semoga Allah lancarkan semua urusan kita hari ini

    Amin

    Semoga Allah murahkan rezeki mereka yang rajin membantu saudara kita yang dalam kesusahan

    ReplyDelete
  5. Insya allah .,..mari sebarkan kebaikan

    ReplyDelete
  6. Moga usaha yang baik akan dipermudahkan oleh Allah hendaknya....
    Insyaallah tak akan jatuh miskin kalau bersedekah ye MPP

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, moga cepat capai target 100tan yang diperlukan.

    ReplyDelete
  8. Kagum dengan azila ni, tak putus2 buat kebajikan. Moga Allah balas semua kebaikan dia.

    ReplyDelete
  9. moga misi bantuan ini akan berjalan lancar dan mencapai target demi saudara kita di syria sn...

    ReplyDelete
  10. Semoga usaha Murni Dan usaha berjalan dgn jayanya

    ReplyDelete

Words of wisdom