Istighfar buat Ibu dan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, October 13, 2017

Istighfar buat Ibu dan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Istighfar buat Ibu dan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia. Salam Jumaat kepada semua. Cuaca di Shah Alam sekarang adalah hujan. So, perasaan tu terasa macam syahdu dan tenang saja. Beberapa minggu ni asyik teringat kat arwah mak mama. Alfatihah buat Jamilah binti Abu Bakar. Rindunya dengan arwah. Dah 2 tahun tak dapat berborak, berkongsi masalah dan share cerita lawak dengan dia. Kepada sesiapa yang ibu dan bapa masih hidup hargailah momen yang ada bersama mereka kerana kita tak tau mereka ini hak Allah, dan Allah akan ambil semula haknya bila tiba masanya. Bagaimana kita nak Istighfar buat Ibu dan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia? Istighfar di sini adalah memohon pengampunan buat ibu bapa kita. Boleh baca post mama juga di sini Berbakti-kepada-ibu-bapa-yang-telah-meninggal-dunia

Saham akhirat mama . Semoga jadi anak Yang soleh ye sayang Amin. 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)


Sumber : https://rumaysho.com/1663-terputusnya-amalan-kecuali-tiga-perkara.html


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)



Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ الرَّجُلَ لَتُرْفَعُ دَرَجَتُهُ فِي الْجَنَّةِ فَيَقُولُ: أَنَّى هَذَا؟ فَيُقَالُ: بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ

“Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di dalam Syurga.” Lalu dia bertanya, “Dari mana ini?”

Lalu dijawab kepadanya, “Dengan sebab istighfar (permohonan ampun) anakmu untukmu.”
[Musnad Ahmad, no. 10610. Sunan Ibnu Majah, no. 3660]



Bersedekah bagi pihaknya
Hal ini berdasarkan sebuah hadis riwayat Aisyah RA bahawa seorang lelaki datang bertemu Rasulullah SAW:
إِنَّ أُمِّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَلَمْ تُوصِ، وَإِنِّي أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ لَتَصَدَّقَتْ، فَلَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا وَلِيَ أَجْرٌ؟ فَقَالَ: نَعَمْ
Maksudnya: ”Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia secara mendadak dan tidak sempat berwasiat. Saya kira, jika ia sempat berbicara nescaya dia akan bersedekah. Adakah baginya pahala jika saya bersedekah untuknya ?”. Maka Baginda SAW menjawab : ”Ya”.

Hadis riwayat Imam Ibn Majah (2717) dalam Sunan-nya
Berkata Imam al-Ramli: “(Pada menyatakan sedekah bermanfaat kepada mayyit) baginya, dan termasuklah contohnya ialah berwakaf dengan mushaf (al-Quran) atau selainnya, menggalikan perigi, menanamkan pokok daripada hartanya ketika dia masih hidup atau selepas matinya menggunakan harta orang lain.”
Rujuk Nihayah al-Muhtaj (6/92)


Melaksanakan haji
Daripada Buraidah, daripada ayahnya, bahawa seorang wanita bertanyakan kepada Rasulullah SAW perihal ibunya yang baru meninggal dunia:
يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّهَا لَمْ تَحُجَّ قَطُّ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ، حُجِّي عَنْهَا
Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku tidak sempat menunaikan haji, apakah boleh aku berhaji bagi pihaknya?”. Jawabnya: Boleh, berhajilah kamu bagi pihaknya.
Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (667) dalam Sunan-nya. Kata beliau, hadis ini hasan sahih.
Hadis ini menunjukkan bolehnya menunaikan haji bagi seseorang yang belum sempat melaksanakannya sewaktu ia hidup.

Rujukan muftiwp

15 comments:

  1. al fatihah buat arwah mama awak. Sama la, saya pun sayu jer pagi ni..ingat kat arwah suami and selalu pesan ngan anak...doa2 byk untuk daddy. tak pernah sehari pun tak rindu kat dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayu mama baca. Semoga mummy ayu Dan anak2 tabah ye. Kalau Yang disayangi meninggalkan Kita.. mana Ada moment yg x rindu. Semoga mereka dikalangan org beriman

      Delete
  2. thanks sharing this mamapp ....
    lepas ni, saya nak selalu istighfar juga...

    ReplyDelete
  3. Semoga arwah mak kak adda ditempatkan bersama org2 yg beriman. Bykkan bersedekah utk pihak beliau.

    ReplyDelete
  4. Allah kak...sayu saya kak. Alfatihah untuk mama akk.

    ReplyDelete
  5. Al fatihah buat yang telah pergi. Ibu saya pun dah lama pergi meninggalkan kami.

    ReplyDelete
  6. Al fatihah pada yang telah telah pergi....

    ReplyDelete
  7. Alfatihah untuk arwah...
    Kat tempat saya pun hujan dari pagi tadi ni MP...tak jumpa cahaya matahari satu hari ni

    ReplyDelete
  8. Semoga MEREKA ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin

    ReplyDelete
  9. Al Fatihah untuk arwah mama Adda.. terima kasih dengan perkongsian yang bagus nie Adda.. ingatan untuk kita semua..

    ReplyDelete
  10. Al- Fatihah
    Jasa dan pengorbanan mereka tak akan dilupakan walau pun mereka dah takde.

    ReplyDelete
  11. semoga anak-anak mama membesar jadi anak-anak yang soleh

    ReplyDelete
  12. al Fatihah ..

    semoga apa yang kita amalkan menjadi titipan saham amal untuk ibubapa kita yang sudah kembali

    ReplyDelete
  13. Alfatihah buat mereka Yang telah pergi. Masa kita belum tau lagi semoga kita punyai saham untuk Bantu Di alam sana

    ReplyDelete

Words of wisdom