Ikan Bakar Warung Kak Ton D’Condo

Hari sabtu lepas mama Ada urusan Di Publica Dutamas Dan selepas habis kerja ayah syafi terus ambil mama untuk ke  sana. Memandangkan appointment pukul 3  petang Dan Kami sampai baru pukul 2, masa Tu Pula  perut dah berkeroncong lapar maka ayah syafi pun bawa mama pergi makan Ikan Bakar Warung Kak Ton D’Condo Di Segambut. Tempat dia biasa makan dengan Officemate dia. So, apa salahnya Kan mama pula merasa Ikan Bakar Warung Kak Ton D’Condo ni.

Memandangkan Kami datang masa kedai almost tutup makan tak banyak lauk Yang tinggal. Tapi mujur juga ikan bakar Masih Ada. Rupanya kedai Ikan Bakar Warung Kak Ton D’Condo pernah masuk jalan jalan Cari  makan. Patutlah mama tengok crowd ramai juga, Ada melayu, cina, mat Saleh pun ada. Jom tengok apa Yang Kami makan..

Ikan Bakar Mata besar ni satu. 

Ikan pari bakar satu. Sedapnya makan cicah kuah Asam Yang disediakan. Speselnya ikan bakar kat sini rasanya fresh Dan dibakar Dalam daun pisang. So ikan bakar dia tak hangus. Air Asam dia Pula memang sedap, pekat dan masamnya seimbang. Lepas makan melekat baunya kat Tangan sampai Malam. Mama ambil kuah Asam pedas dia pun sedap Dan pekat.

Bagi prnggemar ulam-ulaman memang heaven kat sini banyak sangat ulaman Segar. Sayur pun Ada banyak pilihan. Makan Pula dengan sambal belacan, budu or cencaluk. Sedapnya..

Seperti biasa, ini lah menu anak bujang mama

Pemandangan luar Warung. kak ton ni dari luaran biasa-biasa je Kan.

Warung ni dibuka Dari pagi hingga Malam. 7.30 pagi-3 petang Dan mlm buka semula utk goreng2. Kalau ikut banner Tu Hari minggu Dan public holiday tak buka.

Inilah harga Yang Kami bayar. Seekor ikan RM7 sahaja. Berpatutan juga lah kan..

So kepada sesiapa Yang nak datang sini berikut adalah alamatnya:
Warung Kak Ton D’Condo
Jalan Dutamas Seroja 1, Taman Segambut SPPK,
51200, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.
No telefon  +60 12-337 7820

Mama tengok kak ton setia aje dikaunter pembayaran. Dan mama tengok pekerja dia pun cekap juga menurut arahan kak ton.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Kita baru nak terjah, mama dah sampai dulu hihi... Nampak sedap belaka tu.

    ReplyDelete
  2. Ikan bakar beraroma daun pisang...sambal asam..huiii..nikmat sangat..

    ReplyDelete
  3. Laaa kenapa ana tak tahu kedai ni kak. Boleh cuba nanti ni. Selalu ana beli makanan dekat restoran Mawar jln kuching. Dekat sini pun org punya ramai. Makanan dia pun sedap.

    ReplyDelete
  4. Boleh try nanti ni.nampak sedap makanan dia

    ReplyDelete
  5. Ni warung Kak Ton produk kosmetik tu ke? Saya suka makanan macam ni... menyelerakan...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya, boleh cuba nanti nie..

    ReplyDelete
  7. Kerlass nama kak Ton, ada D'Condo lagi. nampak sedap. harga pun OK

    ReplyDelete
  8. Huish, sedapnya ikan bakar! Lagi-lagi bila cicah dengan air asam.

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
  9. Lagi bagus makan kat gerai gerai makan yg dah selalu kita pergi mcm ni MP. Puas hati sebab dah tau lauk pauk dia mmg sedap. Lagi lagi dpt ikan bakar fresh mcm tu...puas hati!

    ReplyDelete
  10. wow..tengok pun dah rasa sedap ...

    apa lagi kalau keadaanya yang sebenarnya

    ReplyDelete
  11. Sedapnya. Mai kalau pergi gerai lauk campur suka ambil ikan jaket sumbat belakang dengan ulam,hehe. Ayam kureng sikit.

    ReplyDelete
  12. tengok dekat gambar pun dah nampak macam sedap. kena cuba ni nanti

    ReplyDelete
Previous Post Next Post