7 tips makanan selamat ketika melancong

7 tips makanan selamat ketika melancong. Assalamalaikum semua.. minggu ni budak-budak dah mula periksa kan. Esok syafi pun dah mula exam di sekolah kebangsaan. Good luck kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Lepas habis exam, mestilah cuti panjang pula kan.. Korang ada perancangan makan angin ke mana-mana tak? Kalau ada, mari baca 7 tips makanan selamat ketika melancong. Penting tips ini untuk elakkan keracunan semasa kita jalan-jalan makan angin.


Korang macam mama tak? Kalau ke mana-mana mesti nak Cari makanan Yang best area tu.

Ketika kita melancong tak kiralah di dalam atau di luar negara, kita sebenarnya terdedah kepada risiko keracunan makanan kerana perubahan imunisasi badan secara semulajadi. Kalau balik kampung pun dikira melancong juga kan sebab kita kan travel juga. So, untuk melancarkan perjalanan kita semasa bercuti tu eloklah kita amalkan 7 tips makanan selamat ketika melancong ini supaya mendapat keseronokan maksimum semasa bercuti.

1. Persediaan Sebelum Melancong
Mula-mula kita kena kenalpasti dulu destinasi yang kita pilih dari segi budaya, cuaca dan lifestyle masyarakat kat sana. Dari situ kita boleh buat anggaran makanan apa yang ada di kawasan tu dan kita boleh elakkan makanan yang mungkin mendatangkan alergy kepada kita. Di samping itu sediakan siap-siap ubat-ubatan juga ye.

2. Pemilihan Premis Makanan
Kita kena pilih gerai makanan yang bersih sebelum membuat keputusan makan di situ. Try usha-usha dulu keadaan dapur dan keadaan persekitaran gerai. Pilihlah makanan yang dijual oleh orang yang mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.

3. Air Minuman
Pastikan air yang diminum adalah bersih dan dimasak. Jika was-was beli je lah air mineral. Kurangkan beli air ikat tepi tu ye..

4. Cuci tangan dengan sempurna.
Boleh refer 7 cara cuci tangan yang sempurna dari risalah kementerian kesihatan di bawah.

5.Pengendalian Makanan
Pastikan makanan yang dibeli di makan segera. Jangan simpan lama-lama. Jika beli makanan bertin pula pastikan tin / bungkusan tidak kemek, rosak dan sebagainya.

6. Hindari Makanan Berisiko
Elakkan makanan yang tidak berbungkus. Seeloknya belilah makanan yang bungkusannya meyakinkan. Kalau makan buah dan sayuran mentah pula, pastikan yang di cuci dengan bersih ye. Seeloknya elakkan makanan mentah seperti oyster, clamps, etc. Tapi kalau perut korang tahan takde masalah.

7. Percayakan Deria Kita
Dalam buku teks syafi pun ada mention tentang ni. HIDU-LIHAT-RASA. So, sebelum makan tu hidu dulu jika ada bau kurang enak seeloknya elakkan lah makan makanan tu. Lepas tu Lihat pula keadaan makanan tu. Kalau rupanya berlendir dan sudah berlainan warna, janganlah dimakakn pula ye. Last sekali rasa sikit makanan tu. Kalau ada rasa masam dan basi jangan lah pula teruskan pemakanan

Kalau ada tanda-tanda keracunan makanan seperti loya dan muntah, demam dan kesejukan, sakit perut memulas dan cirit-birit eloklah terus pergi ke klinik. Itu sajalah tips yang mama nak share harini. Kalau nak senang bawa je periuk dan portable stove dari rumah dan masak sendiri. Insya allah 90% makanan tu selamat.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. SA kalau melancong baik dalam atau luar negara sure nak makan makanan negara tu yang sedap dan pastinya yang halal..tapi sediakan payung sebelum hujan la..ubat kena ada sentiasa takut perut tak bleh terima masakan orang kan

    ReplyDelete
  2. Kena hati-hati takut cirit-birit nanti dah rugi masa melancong...

    ReplyDelete
  3. Baru2 ni suami Ana kena keracunan makanan padahal sebelum ni berpuluh kali beli makanan dekat kedai tu. Muntah cirit berlumba2 nk keluar dr badan. Siksa sangat. Memang kena berhati2 lah lepas ni. Tu selamat dkt rumah. Kalau masa tgk bercuti haru juga kan kak.

    ReplyDelete
  4. susahnya kalau melancong kat oversea , nak cari makanan halal

    ReplyDelete
  5. Betul tu..street food memang menggoda tapi kena hati2. Yang penting, trust instinct kita. Kalau rasa x kena then berhenti makan

    ReplyDelete
  6. Terima kasih datang ke laman saya ya..wah tips melancong memang bab makanan kena fikir juga bila melancong

    ReplyDelete
  7. Tios yg bagus kalau pergi melancong ke mana mana

    ReplyDelete
  8. bc entry ni tingat sy kena food poisoning kt bandung.... allhu akbar... rs nk tercabut semua isi perut

    ReplyDelete
  9. klu melancong memang kn tengok makanan tu.. hilang mood kalau dah sakit perut

    ReplyDelete
  10. Minum air yang mencukupi itu sangat penting..

    ReplyDelete
  11. Betul sangat last sekali tu kena percayakan deria rasa kita. kalau rasa something wrong somewhere tu adalah tu

    ReplyDelete
  12. Try to avoid street foods. Thay what a guide tell me when I was in Bandung. She said Malaysian stomach not the same with Indonesian stomach. Perut org Malaysia manja katanya.

    ReplyDelete
  13. Tq u ol sudi dtg baca. Sama2 share pengalaman mmg best kan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post