Sup gearbox kedai makan Zuraini Kota bharu kelantan

Semasa mama outstation ke Kota Baru 2 minggu lepas mama Di bawa merasa Sup gearbox kedai makan zuraini Kota bharu kelantan. Menurut boss mama kalau dia ke branch KB memang inilah kedai wajib dia singgah. So, mama memang teringin juga nak rasa macam mana lah sup gearbox orang Kelantan. Padahal masa ni perut takdelah lapar sangat sebab dah sarapan nasi berlauk kat area airport Kota bharu. Tenyata tak rugi mama makan Di sini. Memang sedap Dan kalau turun ke KB lagi bolehlah ke sini lagi makan Sup gearbox kedai makan zuraini Kota bharu kelantan.

Inilah sup gearbox nya. Sedapnya terasa-rasa lagi Di tekak haha.. supnya pekat dimakan bersama nasi. Tak payah letak sambal kicap bagai pun dah Rasa dah.

Pemandangan luar kedai makan zuraini. Terletak Di panji Kota bharu Kelantan. Nak buat tempahan pun boleh rupanya. Mama makan Di bahagian non smoker area kat dalam kedai

Daging bakar. Sedapnya. Daging pun tak Liat.

Kerabu mangga sebagai sayur bagi melengkapkan lagi masakan Kelantan mama.pada Hari tu. Style kerabu mangga sini lain sikit ye sebab macam kuahnya bersantan. Tapi memang sedap lah. Kaw rasanya.

Mama minta air suam tetiba dibaginya air ni. Saspen juga ingatkan air karat haha.. rupanya ini adalah air herbal. Hmm.. not bad juga rasanya. Baik untuk kesihatan. Boleh minum lagi nanti..

Tu dia.. 2 pinggan sup gear box licin 4 orang makan haha.. cuma Dalam 4 orang Tu takde siapa pun berani nak sedut Dalam tulang Tu. Takut kolesterol you.

So, Kepada sesiapa Yang nak Cari sup gear box ni boleh lah ke alamat ini ye
D6, 16100,
Bandar Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia

Jangan ditanya Arah nak ke Sana sebab mama pun tak tau haha.. so, silalah guna Waze atau Google map korang je ye. Nanti lepas ni kalau Ada masa mama nak share satu lagi kedai Yang best Di KB. Tunggu...

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

22 Comments

Words of wisdom

  1. tudia licin habes smua ye mamapp ? takpe tak rugi bayar hehehe

    ReplyDelete
  2. wahh sodappnyer sup gearbox tuuuh., ;p

    ReplyDelete
  3. terliur dahh tgok makanan kampung sendirii T.T

    ReplyDelete
  4. ya Rabbi... terliur Misaki tengok TT^TT tak merasa pun sup gearbox raya kali ni TT^TT teringinnn nyaaa

    ReplyDelete
  5. adoi mama.....meleleh2 air liur lina tengok sup gear box tu....sedapnyerrrrr

    ReplyDelete
  6. Ya allah..terus SA rasa sedapnyaaaa..dh la selera tgh xde...huwaaaa..mn nk cari ni..

    ReplyDelete
  7. macam best je sup tu..air herbal tu pun menarik untuk dicuba..sukaa...

    ReplyDelete
  8. Sedaaapnya! Terliur tengok lagi lagi kerabu mangga tu.

    ReplyDelete
  9. Balik kg Di Kelantan sy nak cari kedai ni la.tq info

    ReplyDelete
  10. I believe one of your advertisements caused my web browser to resize, you might want to put that on your blacklist. john deere transmission

    ReplyDelete
  11. Keep up the great piece of work, I read few posts on this web site and I think that your blog is rattling interesting and has got bands of great information. online audio

    ReplyDelete
  12. Good – I should certainly pronounce, impressed with your web site. I had no trouble navigating through all tabs as well as related info ended up being truly easy to do to access. I recently found what I hoped for before you know it in the least. Quite unusual. Is likely to appreciate it for those who add forums or something, site theme . a tones way for your customer to communicate. Nice task. Windshield Replacement

    ReplyDelete
  13. Wow, this is really interesting reading. I am glad I found this and got to read it. Great job on this content. I like it. Used Jaguar Parts

    ReplyDelete
Previous Post Next Post