Resepi daging goreng kunyit berkuah

Resepi daging goreng kunyit berkuah.. Assalamualaikum semua.. mama nak tanya korang tahun ni dapat banyak ke daging korban? Alhamdulillah tahun ni rezeki mama dapat 3 kilo daging. Maka, bermulalah pencarian nak masak apa daging ni. Perkara biasa selepas musim raya Haji Kan. Semalam mama sempat memasak 1 kilo daging goreng kunyit berkuah. Kenapa berkuah? Sebab bila lembab-lembab berkuah Tu Yang Terasa best nak makan especially kalau dengan nasi panas. Wow.. Resepi ni tak boleh kering sangat  nanti daging jadi liat. Sesiapa nak tengok Resepi daging goreng kunyit berkuah Ada Di bawah ye. Kali ni mama buat versi lembap2 gitu. Sebelum ni mama pernah masak daging Rusa goreng kunyit juga tapi kuah nya mama lebihkan. Apapun terpulanglah kepada korang nak masak macam mana..

Baca juga













Daging goreng kunyit berkuah

Resepi daging goreng kunyit berkuah







Bahan-bahan

1 kg daging
4 Sudu besar serbuk kunyit
1 biji bawang besar dihiris
2 biji cili merah dihiris
4 biji kentang - dipotong 6
Air asam jawa dari asam sebesar ibu jari
1/2 cawan Minyak masak
Garam

Cara memasak

1. Rebus daging Yang telah dipotong Nipis. Air biar menutupi Keseluruhan daging.
2. Campurkan serbuk kunyit  ke Dalam periuk rebusan daging. Kemudian rebus sehingga daging empuk.
3. Setelah daging empuk, rebus lagi sehingga air rebusan tinggal sikit. Masukkan kentang
4. Masukkan minyak masak kedalam periuk.
5. Goreng daging Dan masukkan bawang besar Serta cili merah. Masukkan air asam jawa dan masukkan garam secukupnya. Boleh tambah air jika suka kuah lebih. Masak hingga mendidih.
6. Siap untuk dihidangkan. 

Alhamdulillah.. selesai satu pertiga daging korban mama..  Hmm.. lagi 2 kilo daging nak masak apa ye...


Jom join channel telegram viral ni
Info Ibu Hamil https://t.me/ibuhamilmalaysia Info Resepi https://t.me/ResepiKampungku Info Motivasi https://t.me/katasemangathidup Malaysia Blogger Influencer & Content Writer https://t.me/bloggersmalaysia


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. selamat hari raya adda..wow..npk sedap daging tu..hihi..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hariraya AidilAdha juga buat lily sekeluarga. Memang sedap lily, sesuai lauk ni utk budak2

    ReplyDelete
  3. Selalu makan yang tak ada kuah... nice resepi...

    ReplyDelete
  4. ermmm....yummy nya mama....tahun ni xde org bagi daging korban hihi

    ReplyDelete
  5. menu kegemaran ni!ratah macam tu pun sodap!

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya mama..lagi 2 kilo buatlah masak bulgogi korea tu ke..haha. pandai cakap je saya ni

    ReplyDelete
  7. Selatan hariraya AidilAdha utk semua ye.

    ReplyDelete
  8. makan pula dengan nasi panas kan. memang sedap lah. biasa saya buat yang kering, belum pernah buat versi berkuah. boleh la cuba kelainan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap mar makan versi berkuah ni. mama suka dulu buat buka puasa pehh

      Delete
  9. Simple saja resepinya.. boleh dicuba nanti.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post