Hikmah Dan Perihal Berwuduk

Assalamualaikum aemua. Sekejap saja dah Hari jumaat kan. Sambil mama belek-belek draft Dalam blog ni  terjumpa Pula post berkenaan Hikmah Dan Perihal Berwuduk dalam senarai draft blog ni. Draft tahun 2011 Tu. Tak pernah publish pun. Dah lama sangat so mama pun tak ingat sumbernya Dari mana. Jom sama-sama muhasabah diri.

Pic credit to iLuvIslam

Sebahagian ulama menjelaskan, bahawa di antara hikmah dijadikannya anggota wuduk adalah wajah, tangan, kepala dan kaki adalah kerana keempat anggota badan inilah yang banyak digunakan untuk beramal. Sehingga kita berharap dengan wuduk yang kita lakukan akan menjadi sebab dihapusnya kesalahan-kesalahan kita yang muncul dari keempat anggota badan tersebut.

Baik yang berkaitan dengan wajah seperti kesalahan-kesalahan mata dalam memandang mahupun kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh lisan ketika berbicara. Begitu pula yang berkaitan dengan kepala, seperti kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh telinga dalam mendengar. Ataupun yang  berkaitan dengan kesalahan-kesalahan kedua tangan mahupun kedua kaki. Oleh itu semestinya kita berusaha menghadirkan hati ketika berwuduk untuk mendapatkan  keutamaan tersebut.

Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemudahan kepada kita dalam menjalankan perintah-perintah-Nya dan menerima amalan-amalan kita serta mengurniakan kepada kita berbagai keutamaan yang telah Allah SWT janjikan bagi hamba-hambaNya.

Marilah kita berusaha untuk menjalankan agama Islam ini dengan sebaik-baiknya. Iaitu dengan mengikuti para sahabat dan para ulama dalam memahami petunjuk Allah SWT di dalam kitab-Nya dan petunjuk Rasul-Nya di dalam hadis-hadis yang sahih.

Menunaikan wuduk adalah amanah yang seseorang akan dimintai dipertanggungjawabkan dalam pelaksanaannya di akhirat kelak. Oleh itu, seorang yang beriman tentu akan menjalankan wuduk dengan sebaik-baiknya.Kerana orang yang beriman adalah orang yang memiliki sifat amanah, sebagaimana disebutkan dalam firman- Nya:
“Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya.” (Al-Mukminun: 8)

Oleh itu tidak boleh bagi seseorang untuk bermudah-mudahan dalam menunaikan wuduk. Seperti yang dilakukan sebahagian orang yang hanya menyiramkan air ke tangan atau kakinya. Sementara itu dia tidak memerhatikan apakah airnya telah merata mengenai seluruh bahagian yang harus terkena air wuduk atau belum. Padahal apabila ada bahagian anggota wuduk yang harusnya terkena air namun tidak dikenakan dengan air, maka wuduknya tidak sah. Sehingga boleh jadi seseorang selama bertahun-tahun berasa telah menjalankan solat namun pada kenyataannya dia belum menjalankannya kerana wuduk yang dia lakukan tidak sah.

Begitu pula dalam menggunakan air, maka tidak boleh bagi kita untuk berlebih-lebihan sehingga menyelisihi apa yang dicontohkan oleh Nabi s.a.w. Semestinya kita berusaha seboleh mungkin untuk berjimat dalam menggunakan air. Kerana demikianlah yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. , sebagaimana tersebut dalam hadis:
“Dahulu Rasulullah s.a.w.ketika berwuduk hanya menggunakan air sebanyak satu mud (secakupan 2 telapak tangan).” (Muttafaqun ‘alaih) 

Dari hadis tersebut kita mengetahui bahawa apa yang dilakukan oleh sebahagian orang yang berlebih-lebihan dalam menggunakan air sehingga terkadang untuk mencuci satu kaki sahaja menggunakan satu atau dua gayung air adalah perbuatan yang menyelisihi apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. .

Mudah-mudahan Allah SWT senantiasa menunjukkan kepada kita jalanNya yang lurus dan memasukkan kita semua ke dalam syurga-Nya. Amiin.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. Mudah2an wuduk kita sempurna dan mengikut tertibnya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..terima kasih peringatan dan perkongsian..hari demi hari kita belajar untuk perbaiki.

    ReplyDelete
  3. dengan berwudu maka pikiran bisa menjadi cool dan dingin
    selain itu, wajah menjadi bersih

    ReplyDelete
  4. Sharing yg baik skali mama. Terima kasih. Wuduk ni asas kepada solat juga. Sebenarnya bila2 pun boleh berwudhuk kan mama. Tak semestinya waktu nk solat je.

    ReplyDelete
  5. Allahu..semoga sempurna wuduk kita sebelum ini..
    terima kasih ats perkongsian,mama =)

    ReplyDelete
  6. Subhanallah... moga sempurna wuduk kita dan menggugurkan dosa bersamanya...

    ReplyDelete
  7. Tq sudi baca semoga memberikan manfaat kepada Kita semua

    ReplyDelete
  8. ya..saya perlu berhati-hati berkaitan dengan pengambilan wuduk..

    tak sah wuduk ..bagaimana pula dengan keadaan solat

    ReplyDelete
  9. Insha Allah...air wudhu akan membersihkan jiwa, raga, dari keburukan baik yang berasal dari diri kita maupun yang lainnya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post