Maiswim Shah Alam

Setelah 2 bulan berehat, maka Hari ni Syafi start balik kelas renangnya. Syafi memang suka sangat berenang. Sebab dia minatlah mama masukkan dia kelas berenang Di Maiswim Shah Alam. Selepas kelas Yang ke 3 dia dah boleh berenang dengan confidentnya. Natural swimmer kut budak ni haha..

Siapa nampak Syafi kat mana?

Masa darjah dua dulu mama masukkan dia kelas taekwondo Di sekolah tapi nak buat macam mana, sempat belajar setahun saja. Dia kurang gemar sikit almaklumlah kelas tengah hari dengan cuaca panasnya. Budak ni dah le memang jenis tak suka panas. Sebelum kelas taekwondo budak2 disuruh berlari keliling gelanggang badminton 5 pusingan, haa tau-tau je lah peluh Tu Macam mana Kan. Bagusnya taekwondo ni adalah pergerakan badan Yang pantas Dan untuk pertahanan diri.

Tapi nak buat macam mana dah dia tak minat mama takkan paksa. So, last-last ke kelas berenang sajalah Syafi oii.. kalau berpeluh pun dalam air, so sejuk aje badan dia Tu Kan haha...

Masa mula-mula survey tempat dulu mama try Supersharkz Di Shah alam ni juga tapi yurannya agak Mahal rm200++ walaupun sebenarnya bagusnya Supersharkz ni kalau Ada intention untuk masukkan anak ke Dalam sukan renang. Kerana pengajarnya Ada dikalangan atlit tau Dan memang berbaloi lah Kan dengan pelaburan Tu.

Tapi setelah difikir-fikir maka mama masukkan dia belajar Di Maiswim sajalah sebab bukan nak belajar bertanding, tapi sekadar bagi aktiviti hujung minggu bagi Syafi. Kalau duduk rumah pun asyik main handphone saja.

Yuran bulanan Maiswim rm140 Dan tenaga pengajarnya pada mama ok la.. Syafi dah belajar dengan beberapa coach so far so good lah. Kelas Pula 4 Kali sebulan (setiap minggu satu kelas la Kan). Setiap kelas duration 2 jam.

Selain Dari Shah alam kelas berenang Maiswim Ada juga Di buat Di Putrajaya tau.
Kalau nak daftar kelas renang Di Maiswim seperti berikut. Ni mama ambil Dari website Maiswim:
1. Daftar terus di laman web kami
2. Daftar melalui Telefon @ email
3. Daftar terus di Pejabat Operasi kami (No. B1, Pusat Akuatik Darul Ehsan)

CARA BAYARAN :
1. Tunai / Cek atas nama A&B SWIM
2. Melalui Pindahan atas talian (Online transfer) ke Akaun Maybank 5621-0622-6147 (A & B SWIM)

Detail harga Dan kelas Maiswim Shah Alam

Detail harga Dan kelas Maiswim Putrajaya

Kalau nak tau lebih detail tentang  Maiswim antaranya seperti berikut.

Pejabati:
No. B1, Pusat Akuatik Darul Ehsan,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
 Phone: 019-3767 111 @ 019-311 6887/0262
 Website: www.maiswim.com
 Email: ombak@maiswim.com
 Follow us on Facebook

Syafi ambil kelas renang kanak-kanak dimana ia terbuka  kepada semua kanak-kanak yang berusia 4 tahun hingga 17 tahun. Dalam kelas beginner dia akan diajar water confidence, Breaststroke dan Freestyle. Setakat ni mama tengok dia dah boleh berenang freestyle dengan jayanya. Cuma breaststroke sedang belajar sekarang. Dah boleh berenang breaststroke tapi belum mahir sangat. Takpelah belajar la nak selagi minat. Mama dengan ayah payung selagi mampu.

Sebenarnya mama pun tak tau sampai bila Akan teruskan Syafi belajar disini. Selagi Ada minat Tu mama ok je lah.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. Wow bestnya...saya pun banyak betul plan tuk yaya...mcm sama je dgn mama punya...hahaha

    ReplyDelete
  2. Berenang satu aktiviti yang menyeronokan.

    ReplyDelete
  3. mama pandai berenang tak?

    berenang ini bagus sangat untuk slim kan badan..

    budak-budak kalau minat memang cepat belajar

    ReplyDelete
  4. best la.syafi dapat join kelas renang

    ReplyDelete
  5. kagum tengok budak2 kecik pandai berenang. saya yang tua ni, campak dalam air terus tenggelam la jawabnya😅

    ReplyDelete
  6. bestnya kecik2 dah pergi kelas.. bagus build kemahiran. CT ni tua bangka da baru blaja hihi.. dulu kecik main tibai ja berenang ikut suka hihi..

    ReplyDelete
  7. cool! at least adalah jugak aktiviti berfaedah nak buat time hujung minggu kan. :) bagus bagus.

    sy pun cam teringin nak belajar swim. huwaaaa tak pandai swim pun! haha
    dulu kat sekolah aktif jugak bertaekwondo, dah masuk univ ni krik krik pulak. mmg rindu! main time training mmg penat, tapi aktiviti2 sukan mcm ni dpt kurangkn tension jgk. :) <3

    ReplyDelete
  8. nanti anak2 lain dah besar nak antar kelas berenang jugak. suka mandi kolam tapi xpandai berenang. kesian. hehe

    ReplyDelete
  9. Bagus. nanti boleh jadi wakil sekolah dalam acara kejohanan renang.
    WP berengang kat sungai aje.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post