Thursday, August 10, 2017

Cubaan prank lagi!

Alahai anak mama yang sorang ni..Tak berlajar agaknya dari kesilapan dia dulu. Cuba baca sini -- prank-makan-diri . Kali ni dia cuba nak prank mama pula. mentang-mentanglah dia tau binatang yang mama paling tak suka ni.. dia cuba nak prank mama pula guna handphone dia yang screen pecah seribu tu.. Nasib baiklah Cubaan prank lagi ni tak menjadi.. haha

Ni lah dia binatang yang paling mama tak suka, tapi tak tau kenapa dia suka sangat kat mama.. Mama sampai pernah mimpi duduk di satu pulau yang ada binatang ni ajer tau. euwww...

Ada sekali dulu tak tau macam mana masa mama tengah drive tetiba muncul sejenis cicak yang mama tak penah nampak sebelum ni. Dia melekap di dashboard kereta antara aircond tengah kereta tu. Punyalah terperanjat besar mama sampai hampir eksiden dibuatnya.. Eeee.. sampai sekarang mama terbayangkan cicak tu. Serius mama tak pernah nampak species tu. Badan dia lebar, kepala besar dan badan dia... eee.. seram sejuk dah ni.. badan dia macam menggerutu sikit. Bila dia gerak macam slowly tapi badan dia beralun macam ular tu.. huhuuu..

Ingat lagi sambil drive tu mulut mama membebel-bebel bagi warning kat cicak tu suruh dia duduk diam2. Terasa macam dia nak lompat kat mama aje bila2 masa uwaa... Sekali je dia bergerak selangkah tapi mama dah terlompat2 dalam kereta sambil terjerit. Ya Allah betapa horrornya pengalaman tu huhuu..10 minit paling horror dalam hidup mama. Bila sampai opis lintang pukang lari keluar kereta sambil warning cicak tu suruh pergi. Elok nak balik kerja petang tu dia dah takde. Misteri betul cicak tu sampai sekarang mama tak tau dari mana dia datang..

Aikk, terpanjang pula cerita pasal binatang yang paling mama tak suka, tapi dia suka pada mama haha.. sebab dia suka kacau mama dan kalau kat rumah tu pun selalu terperanjatkan mama. Banyak lagi cerita bagaimana binatang ni memunculkan diri tapi takpelah simpan ajer.. mungkin satu hari mama cerita. badan dah sejuk panas.. sejuk panas.. dah ni hehe

Nasib baiklah syafi bagi disclaimer dulu sebelum prank mama. Ayat dia macam ni, "Mama, dalam ni ada binatang yang mama tak suka.. mama nak tengok tak"

Nasib baik dia cakap macam tu sebelum bagi handphone dia kat mama. Kalau tak, nasiblah handphone dia, bukan screen aje yg pecah, kang terus hancur mama kerjakan.. Adoi laa anak mama sorang ni. Mama siap marah cakap "Syafi tak berlajar lagi ke macam mana screen handphone boleh pecah haritu".

Lepas tu, dia pun remove application tu.. fuh, legaa...

25 Responses so far.

  1. adik saya pun pernah ada cicak masuk dalam kereta dia..mmg masam mencuka muka dia sbb ada benda ni dalam kereta..

  2. hehehe.. comel je prank dia tu

    Review saya amalkan Set Hamil Shaklee sepanjang hamilkan Lutfi

  3. syafi2x..pandai dia prank mama ya..hihi

  4. Mrs. A says:

    Oh! baru tahu Mamapp fobia cicak rupanya.
    Mujur Syafi bagi amaran dulu ya kalau tak mesti menjadi prank dia

  5. Kita pun minggu lepas tiba2 je anak cicak muncul atas cermin keta. Anak no 3 terus menangis meraung2 takut. Nasib baik Umi dia tak takut hehe...

  6. Sebenarnya bukan takut, tapi geli geleman

  7. mrhanafi says:

    hahaha kasihannya..

    kena prank..

    mesti terkejut sakan mama Pipie

  8. saya cicak ok lagi...kalau lipas, lintang pukang saya lari kalau nampak..

  9. nini says:

    Gahaha...rasanya kalau cicak si yaya mesti lagi suka...suka betul dia tengok ccicak...haha

  10. Kuat menyakat dia ya...

  11. Hihi....nak manja manja ngan mama tu.
    Saya kalau dgn cicak ni tak delah geli sangat. Kalau ulat mmg saya tak boleh...

  12. haha..sabar je la...nasib syafi warning awal2..klu x, mmg retak 1000 la pecah skrin tu...

  13. sy pun tidak suka cicak kak huhu T-T pernah nampak cicak masuk dlm tin susu.. nasib baik sempat tgok cicak masuk dlm .. seram bila ingat balik

  14. nini says:

    Mamaaaaaaaa....afb tu apadia...haha

  15. hihi tak suka jugak..suami saya pun ada dload screen gitu..mmg kite tak sentuh la phone dia huhu

  16. aRzMoHa says:

    amboi sukanya dia sakat mama dia...bijak

  17. ahahahah geli punya pasal eh mama..sy pon geli gak

  18. Hahaha....samalah dgn mimi..ari tuh nak basuh pinggan terus mimi jerit alaaaaaaa sambil vampak span dlm sinki. Hubby tny knp.mimi ckp cicak dlm sinki...padahal cicak tuh kecik je...tp dah nama pun cicak ko beso ke kecik cecoet ke tetap geli

  19. Assalaamu'alaikum wr.wb, Mama Pipie....

    Lucu membaca pengalaman mama di atas. 10 minit bukan masa yang singkat bersama si cicak yang pelik dan mengecutkan hati ya. Saya juga geli dengan cicak. Reaksi saya pun sama dengan Mama kalau lihat cicak ni. Anak pula rileks aje pegang cicak.

    Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

  20. mamapp says:

    Sesiapa yg fobia cicak mesti faham perasaan mama Kan.. huhuu.. tapi korang yg fobia lipas kenapa ye? Tang mana fobianya? Lipas xdelah badan feli2 mcm.cicak. saje nak tahu hihii

  21. sibbaik x kene bekhen anak mama tu kann., hahar2

  22. mamapp says:

    Haha baik x kena pelangkung

  23. Kalau mama tgk cicak tokek yamg saiznya macam anak kucing tu mesti mama boleh pengsan. GV pun geli ngan cicak. huhu.

  24. Alahai.. Sha pula yang geli nengoknya.. Binatang nie memang menjadi kefobiaan Sha.. Ngeri.. Sep sikit mama.. Hehehe

  25. mamapp says:

    Cicak tokek? Nauzubillah xmau jumpa huhuu. Sep Sha sikit. Yeay Ada grng

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors