Cara Solat dhuha Dan kelebihannya

Solat Dhuha mempunyai manfaat yang sangat besar. Mereka yang mengerjakan solat Dhuha akan sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT sepanjang hari. Dosa-dosanya diampunkan, terhindar dari perbuatan-perbuatan buruk, Allah melimpahkan rezeki sepanjang hari serta pelbagai kebaikan lain. Mama salute siapa Yang hari-hari buat Dhuha tak miss. Kalau dah biasa buat, tetiba tak buat Terasa lain sangat. Mari baca tentang Cara Solat dhuha Dan kelebihannya.

Rasulullah SAW sangat menganjurkan umatnya untuk melakukan amalan solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah RA:
“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”

Rasullullah SAW  juga bersabda;
“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”  – HR Al-Hakim dan At-Tabrani

Waktu Solat Dhuha
Solat Dhuha iaitu solat sunat yang dilakukan pada waktu Dhuha, iaitu pada ketika matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari -waktu syuruk) sehingga matahari berada tepat di tengah-tengah langit iaitu sebelum menjelang waktu Zuhur.

Cara Solat Sunat Dhuha:

Berapa rakaat: Cara solat sunat Dhuha iaitu boleh dilakukan dengan 2 rakaat atau boleh diulang sehingga enam 6 kali solat atau 12 rakaat. Ada yang berpendapat paling banyak yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah lapan rakaat.

Lafaz Niat Solat Dhuha;
Cara Solat Sunat Dhuha“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan Solat Sunat Dhuha:
Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu lebih afdhal untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha.

Doa Solat Dhuha;
“Allahumma innadh dhuha-a dhuha-uka, wal bahaa-a bahaa-uka, wal jamaala jamaaluka, wal quwwata quwwatuka, wal qudrata qudratuka, wal ishmata ishmatuka. allahuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu, wa inkaana fil ardhi fa-akhrijhu, wa inkaana mu’asaran fayassirhu, wainkaana haraaman fathahhirhu, wa inkaana ba’idan fa qaribhu, bihaqqiduhaa-ika wa bahaaika, wa jamaalika wa quwwatika wa qudratika, aatini maa ataita ibadikash shalihin.”

Maksud Doa Solat Dhuha Dalam Bahasa melayu:
“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

Jom kita sama-sama jadikan solat Dhuha sebagai kelaziman harian kita, semoga dipermudahkan. Mulakan dengan 2 rakaat, bila dah biasa boleh tambah kepada 4 rakaat Dan seterusnya. Boleh terasa kelainannya selepas buat solat Dhuha tau.

Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Panduan solat Dhuha ini merujuk kepada Panduan UniSZA.



Cara Solat dhuha Dan kelebihannya





mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. Terima kasih atas perkongsiannya MP....moga kita terus istiqomah.

    ReplyDelete
  2. insyaallah, sama2 kita cuba mulakan buat dhuha yek

    ReplyDelete
  3. Betul kak. Byk kelebihan solat dhuha ni dan salah satu sebagai tanda kesyukuran kita sbg seorang hamba. Semoga kita sentiasa istiqomah dlm melakukannya.

    ReplyDelete
  4. Mudah untuk orang nak buat rujukan. tq mama..")

    ReplyDelete
  5. Mudah2an menjadi amalan yg dpt diistiqamahkan.

    ReplyDelete
  6. memang mudah solat Dhuha ni tapi kita kerap alpa..good sharing Mama

    ReplyDelete
  7. Terima kasih berkongsi berkenaan solat dhuha ni..
    Ira pernah dgr, ustaz ebit liew kata, kalau kita ada masalah yg kita rasa x boleh selesai, kita buat solat dhuha 12 rakaat 6 salam. Lps tu minta la doa..
    InshaaAllah.. Masalah kita dpt diselesaikan.
    Betul tu, bila da biasa buat, bila tinggal rasa x sedap.. Tapi nk istiqomah tu bkn senang..
    Semoga kita semua istiqomah dlm melakukan solat dhuha..

    ReplyDelete
  8. alhamdulllilah..

    saya memang suka solat Dhuha..

    pesan saya ..

    selamat beramal

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah perkongsian yang bermanafaat
    Pada yg belum mula "berdhuha" tu kena rajin2kan lah
    Semoga Allah terus beri kita istiqomah sehingga keujung usia
    Allahumma Aamiin

    ReplyDelete
  10. Solat Dhuha memang banyak kelebihannya

    ReplyDelete
  11. betul tu, kalau dah biasa buat dhuha memang tak senang duduk kalau tak buat.

    ReplyDelete
  12. Tq mama... Tu la... Saya pun susah sangat nak buat dhuha... Kadang2 bila dah buat tu Alhamdulillah... Lama jugak bertahan... Tapi bila dah terstop sekejap... Nak start balik tu ya Allah... Susah betul... Bila baca balik mama tulis ni bagi kesedaran sikit... Kikiki... In shaa Allah... Nak cuba amalkan smule...

    Saya baru blaja buat blog... Jemput la jalan2 blog saya...

    http://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com

    ReplyDelete
  13. semoga kita sama2 dapat istiqomah jadikan Dhuha sebagai amalan harian =)

    ReplyDelete
  14. Semoga kita tergolong dalam golongan oranv yang sentiasa beristiqomah dlam melaksanakannya.

    ReplyDelete
  15. Selain memohon diperluaskan rezeki solat dhuha juga cara kita tunjukkan syukur kepadaNya kan?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post