Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Assalamualaikum semua.. Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki.. Err.. Terlalu sensitif ke tajuk post mama harini? Sorilah kalau ada yang tak selesa tapi pada mama tak kira lelaki atau perempuan perlu ambil tau tentang perkara ni kerana walaupun seorang perempuan, kita akan mempunyai suami dan anak lelaki. So, informasi sebegini perlu kita tahu sebagai ilmu Dan ink boleh kita advise Dan suruh anak atau suami amalkan... Mama tak ingat sumber dari mana yang mama ambil, cuma ini memang info dari pakar kesuburan. Sebelum kita baca Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki, mari kita kenalpasti dulu apakah faktor yang mempengaruhi ketidaksuburan lelaki.

Antara faktor mempengaruhi ketidaksuburan lelaki:
1. Cryptorchidism (kegagalan zakar untuk berada di dalam keadaan normal sejak lahir).
2. Menjalani rawatan kemoterapi atau terdedah kepada sinaran radioterapi.
3. Pernah mengalami serangan virus beguk.
4. Keupayaan sperma untuk bergerak sendiri.
5. Pembedahan zakar.
6. Pembiakan hernia.
7. Kecacatan Reproduktif (ketiadaan vas deferens).
8. Persekitaran bekerja yang terdedah kepada racun perosak, logam berat, bahan kimia toksik atau radiasi.

Antara faktor lain turut mempengaruhi kesuburan lelaki ialah gaya hidup masa kini. Ini termasuklah tekanan atau stres,pemakanan makanan segera yang mengandungi kandungan karbohidrat yang
tinggi dan sodium (garam). Berat badan berlebihan juga boleh memberi kesan negatif ke atas sperma seorang lelaki dan ia boleh mempengaruhi libido dan prestasi lelaki semasa hubungan kelamin.


Takde gambar. Ni gambar buat sendiri aje haha..


 Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki


1. ELAK DARIPADA MENGUNJUNGI SAUNA ATAU MANDIAN WAP
Jika ingin meningkatkan kesuburan, ia harus dielakkan sama sekali. Namun, untuk tujuan kesihatan, anda disarankan untuk berada di dalam sauna kurang daripada 15 minit dan hanya dua kali seminggu. Ini kerana struktur fizikal lelaki di mana testis berada di luar badan kerana sperma hanya boleh dihasilkan antara suhu 35-37 Celsius. Sekiranya terlalu panas, ia akan menjejaskan penghasilan sperma.

2. JANGAN LETAK TELEFON BIMBIT DI DALAM POKET ATAU KOMPUTER RIBA DI ATAS PAHA
Kesan radiasi boleh menyebabkan pengeluaran sperma yang rendah. Ia perlu diletakkan di pinggang
atau mungkin di kocek kemeja sekiranya mempunyai kocek.

3. KURANGKAN MENAIKI BASIKALSEBAGAI RIADAH
Sekiranya menaiki basikal selama 10 atau 15 minit dan cara duduk adalah di antara celah kelangkang, berat badan berkemungkinan boleh menekan urat saraf, saluran darah dan boleh mengganggu erektil zakar.

4. ELAKKAN MEMAKAI PAKAIAN YANG KETAT
Banyak kajian telah menunjukkan penggunaan seluar dalam yang ketat boleh mengurangkan jumlah sperma kerana suhu kerandut menjadi tinggi lalu menjejaskan kualiti sperma.

5. JALINKAN HUBUNGAN KELAMIN ANTARA 4.00 PAGI HINGGA 6.00 PAGI
Ini merupakan waktu paling subur untuk kaum Adam kerana waktu pagi dan musim sejuk, jumlah sperma adalah lebih tinggi berbanding ketika suhu atau musim panas.

6. JAUHI PENGGUNAAN AIR LIUR DAN PELINCIR FARAJ
Pengambilan pelincir faraj atau menggunakan air liur mempunyai asid atau kuman yang boleh menjejaskan kualiti sperma. Sebaliknya, dapatkan nasihat doktor sekiranya perlu menggunakan pelincir.

7. TINGKATKAN PEMAKANAN YANG BAIK
Antara makanan yang disarankan ialah pisang, coklat gelap, kacang walnut, bawang putih, bayam serta banyakkan minum air kosong.

Semoga saranan yang diberikan ini boleh dijadikan sebagai panduan. Namun, adalah penting untuk berjumpa dengan pakar kesuburan kerana setiap individu mempunyai isu kesihatan yang berlainan. Jangan berputus asa dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat. Semoga berkat usaha dan doa yang berterusan, impian untuk memiliki cahaya mata akan berhasil dengan izin-Nya.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. Sesekali kena amek tau juga kan mama...hihi

    ReplyDelete
  2. sy bc kat mn ya... yg no 3 tu menyokong fakta yg sy bc tu...

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat bagus utk semua para jejaka. Kesihatan kena jaga supaya senang untuk beribadat dan menjalani kehidupan kita seharian nanti. Good info mama. :)

    ReplyDelete
  4. Info berguna utk Kita semua. Tq sudi baca

    ReplyDelete
  5. Memang lelaki pun kena ambik tau bab ni. Bukan wanita je yang ada masalah kesuburan



    Jemput baca kisah benar ibu ini nekad ikhtiar cara lain untuk naikkan Hb kerana takut disuntik zat besi disebabkan mengalami anemia yang teruk sepanjang kehamilan

    ReplyDelete
  6. Tak pe ...namanya pun ilmu MP. Kenalah tau. Memasing bukannya budak bawah umur lagi hihi...

    ReplyDelete
  7. Sensitif atau tidak, bukan isunya. Saya beranggapan semuanya sudah matang pemikirannya :) Bekerja di dalam bidang saind kesihatan ni, I've seen a lot of male patients yang punya masalah dengan "mati pucuk" atau sperma yang tidak boleh produce dengan banyak, hence, susah untuk mendapatkan anak. Ada juga yang hampir-hampir ingin membunuh diri (not too sure whether he was joking or what)... tapi benda ni bukan boleh dibawa main-main. Tercalar ego mereka.

    So buat lelaki sekalian, jagalah kesihatan. Bukan perempuan saja punya masalah kesuburan, tetapi boleh terjadi juga kepada lelaki.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  8. Ngeri Pula baca Komen panphila. Memang perkara yg tak boleh ambil ringan Kan. Tq ye semua for reading and sharing.

    ReplyDelete
  9. menarik sangat juga terutama no 5.

    untung la bagi pasangan memahami keperluan masing-masing..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post