Review d'village resort melaka - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Saturday, July 22, 2017

Review d'village resort melaka

Mama ke sini 20 Disember tahun lepas tanpa Ada apa-apa tujuan, haha boleh gitu? Biasalah bila dah hujung tahun kerja kat opis terlalu banyak Dan Terasa agak stress. So kesempatan balik kampung waktu Tu mama saja minta extra cuti untuk tenangkan fikiran. Pada mama dapat keluar ke tempat Yang baru dan berehat-rehat Serta bermalas-malasan cukup lah buat stress mama pun hilang hihi..

So, mama pilih hotel Yang dekat dengan laluan mama balik Dari muar ke kl, jadinya pilihan mama Di Melaka je lah, Yang paling best Di air keroh. Senang satu jalan. X stress haha. Pilihan mama adalah D Village Resort Ayer Keroh Melaka. Mama pilih sini sebab Ada pool, breakfast included, WiFi, Ada aircond sudah kemestian lah Kan.


Mama booking bilik melalui Agoda. Harganya rm206.00. tapi bila mama check harini tengok harga rm227.27. bilik Yang mama book adalah family chalet sebab Ada 2 adjoining room Dalam satu chalet. Kebetulan mama bawa mak mertua so bolehlah Syafi tidur sebilik dengan nenek nya Di bilik sebelah .

Bila dh sampai kat Sana tak sangka Pula d village ni hampir betul dgn mydin Ayer Keroh. Tgh Bandar jugalah resort ni. Betul2 tepi jalan dekat dengan lampu isyarat mydin Tu. Family chalet yg mama book Dari segi bilik memang best. Ada 2 bilik Dan 2 bilik air. Berbaloi lah. Rupanya family chalet berdekatan dengan pool tau. So sampai jr ke chalet Syafi dah gedik nak Mandi dah. Disekeliling pool memang semuanya chalet. So kalau korang ke sini nak duduk dekat dgn pool kenalah book chalet. Motel room jauh sikit.

Dari segi bilik Pula, masa mula2 masuk Tu mama Ada terbau seperti sesuatu Yang basah kat dalam Tu. Alaa.. bau macam terpengap Tu.. . Ye lah Dalam Tu Ada carpet Dan dah tentu org Yang straight balik Dari pool Akan basahkan carpet Tu Kan. Ambil masa juga untuk kering. So, mama pun complaint kat receptionist kat depan Tu Dan sekejap aje Ada orang datang bagi pewangi bilik. Pada masa Yang sama mama pun minta tuala Mandi sekali sebab Dalam bilik tak disediakan Pula. Katil Syafi Ada masalah sikit tak tau apa, jadi senget. So, pekerja situ terus juga repair.


Bilik kami

So far hilang jugalah stress mama lepas duduk sini. Lega sikit straining kat bahu ni. Breakfast Yang disediakan  ok jugalah Ada nasi  lemak, roti bakar, sandwich, etc. Wifi cuma Ada Di area reception je ye. Pemandangan kat sini cantik tau tak sangka tempat ni Di bandar. Jom tengok antara gambar Yang mama snap.

Kalau nak tau lebih lanjut boleh ke website https://www.dvillageresort.com.my

Seronok si Syafi mandi pool 2 hari berturut-turut. Tempat breakfast Di sebelah Tu je


Gambar Di area reception


Cantik kan susunan chalet kat sini. Banyak chalet Yang disediakan

Di bawah ni adalah penerangan tentang bilik Di sini beserta harga. Kalau nak murah book melalui Agoda atau booking.com

Standard Motel


STANDARD MOTEL

  • Beds:1 double bed / 2 single beds
  • Occupancy:1 persons
  • Rates from:RM 160
Standard Motel Triple

STANDARD MOTEL TRIPLE

  • Beds:1 double bed and 1 single bed
  • Occupancy:3 persons
  • Rates from:RM 180
Standard Chalet

STANDARD CHALET

  • Beds:1 double bed / 2 single beds
  • Occupancy:2 persons
  • Rates from:RM 180
Family Chalet

FAMILY CHALET

  • Beds:1 double bed and 2 single beds
  • Occupancy:4 persons
  • Rates from:RM 320

Ni adalah alamatnya Dan no telefon Air Keroh D Village resort Melaka;

Air Keroh D Village,
1726, Jalan Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Malaysia.P
honee: +606–232 8000
Fax: +606–232 7541 Email: info@dvillage.com.my

27 comments:

  1. Murah juga tu sis harga chalet dekat sini. Syafi sis sama je dgn syafi ana. Pantang nampak pool. Xreti nak naik kalau dah dapat masuk kolam. :)

    ReplyDelete
  2. wah bestnya :D boleh tahan jugak tempat tu .. done follow here salam kenal hihi
    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Wahhhh heaven dia dua hari berturut turut swimming....seronok kan =)

    ReplyDelete
  4. Murahnya harga resort nie, terima kasih mama kerana berkongsi info..

    ReplyDelete
  5. bila dah ada anak kecik, cari hotel dengan bath tub or pool itu satu kemestian. hehe

    ReplyDelete
  6. Pilihan hotel / chalet LZ pun akan cari pool besar dan best..
    Budak-budak bila tinggal hotel / chalet mesti cari pool..
    Itulah tarikan mereka kannn mamapp..

    ReplyDelete
  7. Salam singgah sini mama n follow.. wow beshnyaaaa. HIlang stress tengok tempat baru hiii tempat pon macam comfortable sangat

    ReplyDelete
  8. BESTNYAAA! ada private pool lahh

    ReplyDelete
  9. Ada pool best air nya nak warna biru . . .

    ReplyDelete
  10. cantiknya tempat tu...

    saya sebenarnya kaki hotel..

    maksudnya suka sangat duduk hotel...

    kalau saya masih muda..saya akan kerja kat hotel..

    sekarang dah tua..berangan jadi pemilik HOTEL hehehe

    ReplyDelete
  11. Saya tau tempat tu tapi belum pernah tidur situ. Entah bila agaknya dapat cuba se malam kat situ.

    ReplyDelete
  12. deco hotel yang cantik..harga pun not bad..

    ReplyDelete
  13. salam mama.
    wah ok juga la kalo mcm tu hrga klo bwa fmly sume kan..
    um.pernah jgk dgr nama d village ni..

    ReplyDelete
  14. Berpatutan Kan.. bolehlah sesiapa nk cuba duduk sini. Ambil gambar Di pool... Cantik

    ReplyDelete
  15. Bestlah ada pool.. Servis pun okay kan mama..

    ReplyDelete
  16. cantiknya... best juga kali bercuti di sini nanti. hihi.

    ReplyDelete
  17. Servis ok, bilik tak berapa ok tp servis dah setelkan haha. Best gak gv sini

    ReplyDelete
  18. Murahnya...tp selalunya jaaarangggg nak merasa tido hotel kt melaka or chalet sbb husben org melaka...kalo de fmly day atau kursus bru merasa

    ReplyDelete
  19. menarik juga yer...asalkan ada kolam renang budak2 memang suka

    ReplyDelete
  20. Budak2 kalau mandi kolam memang xnak naik kan. Hee

    Cantik view kat situ

    ReplyDelete
  21. hotel ni agak kurang skit la tp bersesuaian dgn harga dia.. huhuhu
    dulu selalu gak kursus atau mesy di sini

    ReplyDelete
  22. Ada pool budak2 mesti sukalah kan.. Iye sop.. dgn harga Dan pool Tu Kira bolehlah Kan..

    ReplyDelete
  23. Dh pernah menginap di sini.
    tempatnya ok cuma takde laut aje.

    ReplyDelete

Words of wisdom