Friday, July 7, 2017

Minum Air Panas Atau Air Sejuk, Yang Manakah Lebih Bagus?

Kalau Tanya mama memanglah kebanyakan masanya mama suka minum air sejuk lebih-lebih lagi time musim Raya Di tengah hari yg panas. Memang Cari air sejuklah nampaknya. Nak bagi badan sejuk.

Tapi Ada kalangan juga mama suka Minum air panas especially masa sarapan. Ada air yang sedap diminum panas seperti kopi Dan teh, tapi bila dah suhu bilik jadi kurang sedapkan. Anehnya kopi sejuk Dan teh sejuk sedap Pula. Apapun bergantung kepada individu lah apa jenis minuman Yang disukai. Tapi mama salute orang Yang minum panas walaupun cuaca panas terik berpeluh-peluh dia boleh rilek je minum air panas Tu haha.. Ada beberapa kawan mama Yang macam Tu, juga makcik Pakcik mama Di kampung.

Korang tau tak antara air panas Dan air sejuk mana Yang lebih baik? Ramai yang cakap amalan minum air panas lebih baik untuk kesihatan. Malah sejak dari dulu lagi orang tua kita pun mengatakan perkara yang sama. Tapi benarkah begitu? Mengikut kajian minum air sejuk juga ada banyak kebaikan terutamanya jika diminum pada waktu yang tepat. Jom kita tengok apa kebaikan ya air sejuk Dan air panas.
Gambar Ihsan Google

Kebaikan minum air sejuk

-Selepas bersenam: semasa bersenam suhu Kita akan meningkat  kan. Jadinya jika Kita minum air sejuk maka ia akan akan menurunkan kembali suhu badan kita.
-Ketika cuaca panas: minum air sejuk terutama pada musim panas disarankan bagi kesihatan tubuh. Air sejuk akan diserap dengan lebih cepat oleh tubuh berbanding air panas. Jadinya ia Akan segera merehidrasi Dan juga menyejukkan badan kita.
-Membantu menurunkan berat badan: ini sangat menarik kan. Kunci penurunan berat badan adalah menaikkan kadar metabolime tubuh agar dapat membakar kalori lebih banyak lagi. Antara cara paling berkesan untuk tujuan ini adalah minum atau mandi air sejuk, ia dapat meningkatkan metabolisme tubuh.


Keadaan dimana air sejuk perlu dielakkan

Elakkan minum air sejuk ketika sedang makan. Minum air sejuk semasa makan atau selepas makan akan menyebabkan tubuh membuang banyak tenaga untuk meningkatkan suhunya. Ia akan melambat pencernaan yang hujungnya berkait dengan masalah lemak pada perut. Maka semasa masa silalah elakkan air sejuk ye. Ni habit mama ni maka kenalah mama buang habit ni.


Kita dah tengok fakta berkenaan air sejuk. Jom kita tengok pula  Kebaikanai air panas Pula
Gambar Ihsan Google

-Mempercepatkan pencernaan: menurut perubatan Ayuverda dan masyarakat Cina kuno, sebaiknya minum segelas air suam pada pagi hari. Ia akan mengaktifkan sistem pencernaan dan mencegah masalah pada perut.
-Membuang toksin Dari Dalam badan: minum air suam boleh membantu mengeluarkan toksin dari tubuh. Hasilnya is akan membersihkan tubuh dan mencegah jerawat serta masalah kulit. Untuk menambah khasiatnya, tambah perahan jus lemon dalam segelas air suam dan minum setiap pagi.
-Melancarkan pernafasan: air panas juga baik bagi mereka yang memiliki masalah pada saluran pernafasan. Air ini membantu pengeluaran lendir di saluran pernafasan.
-Mengurangkan rasa sakit sendi Dan senggugut: sewaktu air panas mengalir dalam aliran darah, ia sekali gus berfungsi sebagai penghilang rasa sakit semula jadi. Oleh itu jika mengalami sakit pada sendi atau senggugut ketika haid, maka segelas air hangat dapat membantu mengurangkannya.

Rujukan Nona

18 Responses so far.

  1. Huhuhu sejak mengandung ni dok pulun air berais ajek lea..

  2. bagus info ni mama...selalu main bedal jer hihi

  3. Huhuhu..thanks share info ni...

  4. mrhanafi says:

    Saya suka minum air suam

  5. Bagus artikel ne. miza lebih suka minum air suam rasa puas sangat

  6. tengah panas minum air sejuk best...hehehe

  7. Terus rasa dahaga lepas baca entry ni hehehe. Time raya ni memang air sejuk je laaa.

  8. aRzMoHa says:

    wah perkongsian yang menarik...saya lebih kerap minum air panas...so lepas ni boleh minum air sejuk dah tahu kebaikannya

  9. Syah BaNu says:

    selalu kerap minum air sejuk, sekali sekala ada gak minum air panas..

  10. ehhh faktaaaa ehhh mama. ya allah kena minum air sejuk byk2 nih.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

  11. Good info ini. kena banyakkan minum air suam utk kesihatan. huhu.

  12. I am LZ says:

    Bila breakfast LZ akan pekena coffee panas.. Bila seharian minum plain water takde ais.. Lunch andai makan di luar baru pesan air berais..

  13. mamapp says:

    Apapun pilihan Kita jom kita pilih Yang terbaik utk diri Kita ye.. fakta dah Ada maka terpulanglah of diri sendiri nk pilih yg mana. Tq sudi singgah Dan Komen 😘

  14. banyak kebaikan air sejuk sebenarnya ye. tapi problem Cici ni, jenis makan bersulam dengan air. memang habislah lemak berkumpul

  15. Kalau ikutkan tekak, memang nak ais aje
    Tapi minuman panas bagus juga.

  16. mya kurang minum air sejuk tapi mya suka minum air kosong je tak ada ais.

  17. Mmmm bagi Nieve nak jaga inner beauty (ngeh3) selalu amalkan air mineral sahaja, kekadang berbotol2. Tak boleh dispisahkan sampai kalau ke kedai makan jew, tauke kedai mesti pandang serong huuu...

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors