Wednesday, June 7, 2017

Petrol RON95, RON97 dan diesel turun harga minggu ni

Siapa nak tahu harga minyak bagi tarikh 8/6/17 sehingga 14/6/17 nampaknya Ada penurunan. So, minggu ni bolehlah isi full tank ye kawan-kawan semua. Seperti Yang sedia maklum kerajaan Akan update setiap minggu perubahan harga minyak petrol Dan diesel kan. Ada Yang ambil tahu, Ada juga tyng tak kisah minyak Naik ke, turun ke sama aje.

Boleh refer berita Di bawah ni ye. Mama ambil Dari sinar harian.

Gambar dari google

 KUALA LUMPUR - Harga runcit mingguan petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 5 dan 7 sen, manakala diesel turun 8 sen bermula 12.01 tengah malam ini.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di laman Facebook, harga runcit bagi tempoh seminggu sehingga 14 Jun itu menjadikan harga baharu RON95 sebanyak RM2.05 seliter berbanding RM2.10 seliter minggu lepas.

Sementara harga baharu RON97 ialah RM2.31 berbanding RM2.38 seliter sebelum ini, dan harga diesel yang turun 8 sen menjadikan harga jualannya RM1.94 seliter berbanding RM2.02 seliter minggu lepas.

Harga bahan api itu adalah bagi tempoh 8 Jun hingga 14 Jun 2017 berdasarkan penetapan kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan oleh kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini. – Bernama

13 Responses so far.

  1. Nurhayati says:

    jarang amik kisah pasal harga minyak ni bila dah jadi surirumah hehe

  2. ok la..trun 5 sen kan..nnti nak isi full tank la..tahan smggu..

  3. bila setiap minggu berubah dah malas nak.tengok harga.sedangkan minyak.perlu isi ..benda wajib kalau tidak kereta tak jalan.
    namun kita sebagai pelanggan megharapkan harga minyak murah la kan?
    tkasih atas info mama syafi.
    selamat berpuasa

  4. bila setiap minggu berubah dah malas nak.tengok harga.sedangkan minyak.perlu isi ..benda wajib kalau tidak kereta tak jalan.
    namun kita sebagai pelanggan megharapkan harga minyak murah la kan?
    tkasih atas info mama syafi.
    selamat berpuasa

  5. Syukur Alhamdullilah.. Harap sampai lepas raya turun dan turun lagi harga petrol ni..Amin :D

  6. Unni Anje says:

    Allahamdulilah tuurn jgk sikit... salam perkenalanan mama pipie...

  7. Syukur turun jugak sikit

  8. mintak2 raya nt trn la bwh rm2..huhu

  9. hee~ kakak jarang amik kisah pasal harga minyak ni.. thanx untuk info..

  10. mamapp says:

    Tu la Kan Ada yg amik pot Ada yg x kisah. Walau apapun harga minyak mmg terpaksa juga kita beli. Dah keperluan kan

  11. Alhamdulillah boleh berjimat minggu ni

  12. Aiman says:

    ok la juga kan. turun sikit.

    helloaiman

  13. mamapp says:

    Jadilah as penurunan. Bolehlah isi full tank nanti. Nx week belum tentu

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors