Sunday, June 4, 2017

Nasi Arab Mandy

Semalam kak ipar Dan abg ipar mama datang berbuka Di rumah. Kebetulan mmg mama plan nak buat nasi Arab Mandy Dan juga bakar kambing perap. So, memang rezeki diorang lah. Mmg senang Sgt buat 2 lauk Tu sebab mama dah beli yg readymade aje haha...

Ni la gambo before and after. 

Nasi ain barada ni memang mama highly recommend sebab sgt sedap. RM15 je satu pack. Mama masak 2 pack maka penuh lah 1 rice cooker mama. Nak prepare pun senang aje. Mama sentiasa buat stok Di rumah. Tapi Tu laa.. mama ni jenis Tak berapa suka makan nasi Arab dengan salsa. So, biasanya mama buat acar jelatah aje. Selalu juga mama padankan dengan ayam masak merah dgn nasi Arab sebab kitaorg ni tekak melayu. So kena Ada juga makanan berkuah  atau bersambal barulah pecah selera hihi.

Alhamdulillah.. murah rezeki.. Ada yg buat sendiri Ada yg beli aje

Harum manis.. harum Dan manis.. mmg lah sedap sangat2

Pada mama nasi Arab ni jadi sedap sebab letak bara arang dàlam minyak masak selepas nasi mulai kering. Fungsinya untuk keringkan lebihan air Dan Yang paling utama beri aroma yg sedap sangat2 pada nasi Arab Tu. Alhamdulillah abg ipar mama sampai 4 pinggan makan Dan siap tapau lagi. Dan semua yg Ada pun makan lebih Dari sepinggan.

Ni Cara buat nasi Arab Mandy ain barada. Sedap..

Puas hati dapat main dengan Eeman comel. Tak lama lagi dah nak dapat adik dah dia.


Mana tumpang tepek resepi nasi Arab Mandy Dari blog masakan feberet mama. Sebab kalau nak buat sendiri nanti mama nak follow resepi azie, Dan nak gabungkan dgn Cara ain barada sikit.

Chicken Mandy Rice
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
4 cawan beras basmathi 
1/2 cawan minyak zaitun  
2 labu bawang besar - potong dadu 
5 ulas bawang putih - mayang 
1/2 cm kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
2 biji buah pelaga 
5 tangkai bunga cengkih 
1 helai daun bay
3 helai daun pandan - tak letak
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara 

Bahan B 
1 ekor ayam di potong 8
1/2 cm halia 
1 sudu teh serbuk ketumbar 
1 sudu teh serbuk jintan manis 
1 sudu teh serbuk jintan putih 
1 sudu teh serbuk kunyit 
1 sudu teh serbuk lada hitam 
1 helai daun salam 
1 sudu makan minyak masak 
1 liter air (agak2 ayam tenggelam) 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara cara
Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan utk memasak nasi. Ketepikan. 

Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau. 

Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi. Pindahkan ke dalam rice cooker.

Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam di atas nasi dan buatkan lubang ditengah2 nasi. Letakkan aluminium foil di tengah tengah nasi.  Masukkan  minyak dan arang yg telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan periuk nasi supaya aroma asap terperangkap di dalam periuk. 

Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.


Salsa 

Bahan bahan 
4 biji buah tomato - potong dadu 
1 batang timun dibuang biji - potong dadu 
1 labu bawang besar - potong dadu 
2 tangkai cili merah - dimayang halus 
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus 
1 biji lemon diperah ambil jusnya 
1 sudu makan minyak zaitun 
Garam  
Gula 

Cara cara 
Campurkan kesemua bahan2 di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.

16 Responses so far.

  1. Yummy..yummy..sedap nian tu..hahaa

  2. nmpk senang dan jg yg penting sedap kan..

  3. wahhh. takpena try makan nasi arab ni.

  4. Wahhh bestnya... Nanti mummy nak cuba buat jugaklah..nampak sedap!

  5. mamapp says:

    Try la u ol mmg sedap. Takpun beli je ain barada tu

  6. pergggh...mcm sedap..heee²

  7. sedapnye !!!!!!!!!!! kenapalah kita tak berjiran.. hahahaha~

  8. Wahhh.. nasi mandy <3

  9. Kalau makan nasi arab, mesti cari kambing.
    Kalau kat sini, ada nasi arab kambing 40 hari.
    Terkenal.

  10. mamapp says:

    Hihi sedap cikgu

  11. mamapp says:

    Kalau berkorban best juga kan atie pun pandai masak

  12. mamapp says:

    Nasi Mandy, bukan org yg Mandi ye hihi

  13. mamapp says:

    Nasi kambing 40hari kt Batu pahat kan. Dgn kambing baru sedap kan

  14. kat sekolah ada cgu jual yang ready made ni...boleh cuba nt...nyum nyumm

  15. mamapp says:

    Ready made senang nnti kita nk buat bulan2 puasa ni kan

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors