Makan ikan bakar Di Muara Anjung Batu Melaka - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, June 12, 2017

Makan ikan bakar Di Muara Anjung Batu Melaka

Kami kalau balik kampung mesti singgah ke kedai makan Muara Anjung Batu untuk makan ikan bakar kat sini. Sini memang tempat makan feberet ayah Syafi Dan keluarganya. Mama lepas kahwin baru berlajar makan ikan bakar dengan nasi lemak. Dalam banya-banyak kedai ikan bakar Di anjung batu, memang inilah tempat favourite  Kami.


Mula-mula Tu risau juga takut kedai ni tutup bulan puasa. Bila call no hp en Saifudin alhamdulillah Ada buka bermula pukul 5 petang. Yang bestnya boleh book meja siap-siap Dan lepas Tu datang terus makanan dah Tersedia. Order pun melalui WhatsApp aje mmg sangat2 convenient. Buktinya bila Kami datang jam 6.40 petang memang kebanyakan lauk dah Tersedia atas meja. Cons dia sotong goreng tepung dah agak sejuk masa Kami makan Tu so kurang ummmpph sikit. 


Tengok Tu semua seafood fresh.



Wefie sementara tunggu waktu buka


Inilah menu Yang Kami order. Alhamdulillah semuanya habis licin. Tak boleh nak order byk jenis seafood sebab byk Yang atuk syafi tak boleh makan (masalah gout, jantung..)

Penuh pinggan semua lauk Ada. 
Menu Yang mama order seperti Di bawah;

1. Ikan siakap saiz besar 1 ekor bakar biasa
2. Ikan pari size kecil masak sambal
3. Sotong 5 ekor goreng tepung
4. Sayur kailan 2
5. Nasi putih 2
6. Air kosong 1 jug
7. Air tembikai kurang manis 1 jug
8. Nasi lemak 10

Bayam goreng tepung adik mama buat


Alhamdulillah kenyang...setiap orang minimun 2 pinggan nasi/ nasi lemak. Memang kenyang sangat2 Dan puas hati. Nak tau tak kesemua menu seperti mama order Di atas termasuk tapau 2 ekor lagi sotong goreng tepung, 1 tapai Dan 1 nata de Coco jumlah harganya cuma RM152.00 (sepatutnya RM152.90 tapi dapat diskaun 😁​). Murah je Kan.

16 comments:

  1. Macam pernah dengar Muara Anjung Batu tapi di mana Ya???

    Eh! bayam gorent tepung 1st time tahu nih! tetiba macamnak buat jugak sharelah resepi Mamapp hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah Mrs a mama dh minta resepi dari adik mama dah

      Delete
  2. salam..

    kat mana yek muara anjung batu ni?

    terima kasih

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt sebelah serkam Melaka. Sumi. Refer bawah ni mama terangkan

      Delete
  3. freshhhhh lagi. Sedapnyaaaa tengok menu. haha.

    ReplyDelete
  4. Muara anjung batu ni dekat2 dengan Jeti anjung batu tempat orang Naik bot untuk pergi ke pylau besar Melaka. Dia besebelahan dengan ikan bakar serkam pantai Melaka.

    ReplyDelete
  5. Aish sedapnya la. Nanti bila ke Melaka nanti nak cuba la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena Cuba kin mmg sedap Dan berbaloi duit hihi

      Delete
  6. ishhh...pepagi bw ni nampak lak ikan bakar..terliur pulak..

    ReplyDelete
  7. Mrs fuzy jemputlah tengok. Kalau nak mkn kena hi sanà hihi

    Lokman.. mmg Segar kan

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap aje menu yang disediakan.. =)

    ReplyDelete
  9. Bagusnya dapat menikmati ikan2 segar yang baru naik.
    Selalu jugak cari ikan bakar kat Melaka, tapi belum pernah singgah sini.
    Harganya pun mampu milik.

    ReplyDelete
  10. Mmg sedap shikin padahal masak simple je. Mungkin mcm yg WP ckp kit sebab fresh

    ReplyDelete
  11. mcm pernah pergi...tp tak igt hehe

    ReplyDelete

Words of wisdom