Monday, May 15, 2017

Hukum sambutan hari ibu

Hari Ibu, yang direncanakan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei, diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia bertujuan untuk menggembirakan, menghargai dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang bergelar "ibu, mama, emak" atau apa sahaja panggilannya.

Pada hari itu, senarionya boleh dikategorikan sebagai sebuah pesta apabila kemeriahannya dilatari dengan kepelbagaian kreativiti anak dalam melahirkan "terima kasih" kepada insan istimewa ini.

Namun, dalam kemeriahan sambutan menggembirakan insan bernama ibu itu terdapat sesetengah pihak mengatakan umat Islam diharamkan atau tidak harus meraikan hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari 'Mother of Church'.

Akan tetapi, adakah benar dakwaan sedemikian?

Tidak haram

"Mereka kata sambutan Hari Ibu ini adalah haram kerana ada orang yang menyatakan sedemikian. Jangan cepat-cepat keluarkan fatwa, hukum. Apabila orang tanya saya apakah hukumnya menyambut Hari Ibu, saya jawab sila rujuk pada majlis fatwa.

"Setakat ini majlis fatwa tidak menyatakan ini haram. Malah, Jabatan Agama Islam Selangor ada mengeluarkan kenyataan bahawa sambutan Hari Ibu adalah 'harus', jelas pendakwah bebas Ustaz Mohd. Kazim Elias ketika menyampaikan tazkirah sempena Hari Ibu di Hotel De Palma, Ampang.

Mohd. Kazim berkata, sambutan Hari Ibu yang diraikan di Malaysia jauh berbeza dengan pengamalan Yunani purba atau Greece purba yang mana mereka mendewa-dewikan ibu pada hari berkenaan.

Berbanding di sini, sambutan Hari Ibu hanyalah berorientasikan atau meliputi aspek menceriakan warga ibu oleh anak dan tidak lebih daripada itu. Jadi tidak timbul akan kewujudan 'pengharaman' berkenaan.

Adakah menjadi satu 'kesalahan' untuk menggembirakan insan yang telah banyak berkorban jiwa dan raga dalam membesarkan anaknya itu? Itu persoalan dibangkitkan oleh Mohd. Kazim pada sesi tazkirah berkenaan.

Tiada dalam al-Quran

Biarpun begitu, masih lagi terdapat mereka yang 'sempit' pemikiran dalam pertikaian berhubung isu berkenaan apabila mendakwa sambutan Hari Ibu tidak termaktub dalam Al-Quran yakni kitab Allah yang maha agung.

"Memanglah tidak ada sambutan Hari Ibu dalam Al-Quran. Tetapi, ada satu perkataan yang disebut "berbuatlah baik kamu kepada ibu bapa kamu," katanya.

Islam sendiri telah meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi sehingga Rasulullah SAW pernah menegaskan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu.

Ini bermakna, anak sudah pasti tidak mendapat 'tiket' ke syurga tanpa keredaan ibunya biarpun sebaik mana pun amalan soleh yang dilakukannya itu.

Malahan, Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: "Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu". Justeru, biarpun sambutan Hari Ibu tidak termaktub secara jelas dalam al-Quran namun implikasi menunjukkan akan betapa besarnya pengorbanan seorang 'ibu' sehinggakan Rasulullah SAW telah menyebutkannya sebanyak tiga kali untuk berbakti kepada ibu mengatasi lain walaupun kepada bapa sekalipun.

Dalam meraikan orang yang tidak pernah mengeluh mahupun berputus asa mendepani onak dan duri membesarkan anak, ia juga harus dilihat dalam konteks pengisian sambutan Hari Ibu.

Mohd. Kazim menjelaskan bahawa sambutan Hari Ibu 'diharuskan' berlandaskan kepada beberapa faktor dan ini termasuklah ia bukan diraikan seperti perayaan hari raya Aidilfitri mahupun Aidiladha.

"Perbuatan meraikan Hari Ibu ini bukanlah seperti hari raya. Ia bukannya wajib, sunat pun tidak, haram pun tidak. Hukumnya harus, maknanya kalau kita hendak sambut pun boleh, tidak mahu pun tidak mengapa.

"Ini bukanlah satu perayaan khusus untuk orang Islam sambut sebab itulah tokoh ulama terkenal Dr. Yusuf al-Qaradawi menyatakan ia adalah harus," katanya.

Menggembirakan ibu sememangnya termaktub jelas dalam ajaran agama Islam namun ia juga perlulah berlandaskan kepada batasan syarak dalam pengisian sambutannya serta niat yang betul.

Tidak kisahlah apa cara sekalipun sama ada membawa ibu mengerjakan umrah mahupun sebagainya namun janganlah ia diisi dengan unsur-unsur yang menyalahi akidah, sekali gus menjadikannya sebagai haram disambut. — Bernama

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130529/ba_05/Sambut-Hari-Ibu-haram#ixzz4h6JXwlhJ 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Fuh.. lega lepas baca artikel ni,  sebab mama risau juga Ada yg kata haram.  So, kepada semua ibu Dan bakal ibu, mama mengucapkan selamat hari ibu ye..

2 Responses so far.

  1. Adoi.. macam-macam.. Ada kata haram.. ada kata boleh..

  2. mamapp says:

    Insya Allah harus hukumnya. Risau pulak tetiba terbaca org kata haram. Tak patut kita senang2 jatuh hukum. Tak elok

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors