Genap sebulan

Ya allah sekejapan je masa berlalu. Rindu pd arwah mak x terkata. Semoga roh mak tenang di sana. Terkenang sewaktu pemergiannya. .sempat kami ajar mengucap dan mama sempat menyeka 2 titis air matanya sebelum dia pergi. Masa tu dia heavily on morphine. Betapa sakitnya sakaratul maut tu kan.. berpeluang mama memandikan dan mengapankan mak.. itu saja bakti terakhir yang mampu diberi.

Kali terakhir berjumpa mak semasa badannya sudah dijangkiti kuman dan masa tu mak dah pakai oksigen. Dia macam nak bgtau sesuatu.  Matanya tak lepas dr wajah mama. Dia renung ajer dan try nk berckp tp apakan daya mama x faham..

2nd last bertemu mak, masa kami berjalan ke katil wad nya, terpancar sinar kegembiraan di wajahnya sambil tunjuk2 ke arah mama dan syafi. Inilah cucunya yang tidak pernah fail membuatkan neneknya tersenyum. Cucu kesayangan le katakan. Cuma agak terkilan kerana mak tidak sempat nk sambut cucu keduanya lg beberapa bulan nanti.

Terima kasih mak atas segala pengorbanan menjaga kami 6 beradik sehingga kami jd apa yg kami jd skrg. Semoga Allah menjaganya dan memberikan kasih sayang kpd mak di sana sama seperti mak menjaga kami semua dulu.

Semoga kuburnya luas dan diterangi cahaya. Semoga mak tidak kesunyian dan semoga segala dosanya diampunkan.  U always in our heart.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

3 Comments

Words of wisdom

  1. Allahuakbar.. takutnya saya kehilangan orang yang tersayang.. semoga roh arwah, dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang yg beriman..

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. semoga arwah tenang di sana..Al-Fatihah..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post