Tuesday, July 1, 2014

Serba salah

Diam tak diam dah nak masuk 3 hari kita berpuasa kan. Memang tahun ni mama nak mula ajar syafi berpuasa. Semalam dah pesan kt syafi kt sekolah nanti kalau lapar cuba tahan dulu. Tapi kalau tak tahan takpe, boleh berbuka. Tetiba semalam ustazah call pukul 4 ptg cakap syafi terjatuh kt sekolah. Ustazah minta kebenaran nak bagi makan. Alahai.. kesiannyer anak mama.. rupa-rupanya dia cuba nk puasa sampai maghrib. Huhu kesian sgt. So, hari ni mama and ayah tak bagi syafi puasa. Kesian kat dia. Gigi yg dulu pernah luka masa terjatuh kat tadika tu sakit semula. Ada darah sikit kat gigi kapak tu. Takpelah tunggu weekend baru training puasa semula.

 

Syafi ni masalah dia takmo makan. Mmg tetiap hari makan ciput jer dan tak suka makan nasi plak tu. Macam mana badan tak lemah. So, usaha mama akan diteruskan tapi takmo paksa dia sgt la

 

11 Responses so far.

  1. Syafi mkn ye... moga cepat sembuh. Salam Ramadan :)

  2. Rozita says:

    xpe la adda..biar dia nak puasa kalau larat.. tapi bekalkan sesuatu kalau dia tak tahan boleh berbuka..

  3. insyaallah, dalam bulan penuh keberkatan ini semoga syafi cepat sembuh.selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna kepada mama sekeluarga.

  4. Semoga Syafi cepat sembuhnya,tabahkan hati macam mama...salam singgah ramadhan dari Pulau Tinggi,Mersing,Johore

  5. moga cepat sembuh yer syafi
    anak sop pun dah mula puasa tahun ni
    tahun lepas percubaan gagal.. haha
    hari kedua blk sekolah nangis2 nak minum tp suruh tahan sbb dah jam 6
    hari ketiga semakin ok
    harap boleh puasa penuh. amin

  6. mamapp says:

    thanks ye.. syafi ni mmg ada makanan bawa dari rumah. cikgu pun sediakan makanan. cuma dia je malu nk bgtau cikgu nk makan. nampaknya kena percubaan mama gagal gak cam sop ye hihi. takpe weekend nanti nk cuba lagi. gigi syafi plak still sakit lagi. ingat arini nk bawa dia jumpa dentist

  7. wahhh! kecik2 dah bole puasa tu kira sangat bagus dah tu

  8. mamapp says:

    baru nak belajar ni ✿ pink velvet ✿ :)

  9. Sura Mohd says:

    alahai..kesiannya..nanti cuba lagi..betul tu mama..jangan paksa2..lgpun kecik lagi..
    itula masalahnya budak2 ni..tak selera makan nasi..anak akak yg bongsu pun sama..kurang makan nasi..

  10. mamapp says:

    tu la.. x faham nape bdk2 ni x suka mkn nasi kan. thanks ye kak sura

  11. Elok training di rumah dulu,baru boleh tahu samada dia boleh tahan tak.

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors