Monday, March 24, 2014

Berita terkini MH370-Takziah dari mama

Baru tadi dgr press conference dr pm kita.. akhirnya terjawab juga persoalan ttg mh 370. Pm dah siap2 ucap condolences.  Nmpaknye berita yg x ingin kita dengar terpaksa juga diterima..

Mama ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.. jauh disudut hati sebenarnya masih berharap ada yg survive. Kesian kan ada 2 baby dlm tu..

Ni mama dpt dr bernama.. press conference td lebih kurang gini le bunyinye..


Penerbangan MH370 Berakhir Di Selatan Lautan Hindi - Najib

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Selepas 17 hari menunggu dengan penuh debaran, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan bahawa penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Najib membuat pengumuman itu berdasarkan hasil analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan."Menggunakan sejenis analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberi beberapa petunjuk lebih jelas mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth."Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini, Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Perdana Menteri berkata Malaysia Airlines telahpun memaklumkan kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal mengenai perkembangan itu."Bagi mereka, beberapa minggu lepas merupakan tempoh yang memilukan, saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan di saat-saat sukar seperti ini," kata Najib.

Beliau berkata maklumat lanjut berhubung perkembangan ini akan diumumkan esok.Najib berkata sidang akhbar yang tidak dijadualkan malam ini diadakan bagi memaklumkan kepada dunia mengenai perkembangan baharu itu dengan secepat mungkin."Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada sikap terbuka dan menghormati anggota keluarga terbabit, dua prinsip yang menjadi amalan dalam siasatan ini," katanya.

Turut hadir Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.Ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya yang juga hadir pada sidang akhbar berkenaan kelihatan menitiskan air mata ketika pengumuman itu dibuat.--BERNAMA

Apapun kita tunggu esok ttg detail penemuan ini ye... huhuu

5 Responses so far.

  1. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya... sedih sama2 merasai kedukaan mereka... salam takziah

  2. speechless.... moga2 deme ditempatkan dalam golongan oghang yang beriman... Amin...

  3. Cheqna says:

    Sedih n sayu dengan apa yang berlaku..apatah lagi mereka yang mempunyai saudara mara...Allah SWT knows best...semoga ganjaran terbaik bagi muslimin dan muslimat dan takziah juga pada semua keluarga.

  4. mamapp says:

    ntah apa laa cerita sebenar di sebalik kehilangan MH370 ni kan.. sampai skrg lom sure lagi terhempas atau tidak..

  5. harap2 dapat ditemui MH370 ni.

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors