Terapi bercakap bantu pulih sakit perut

Terjumpa artikel ni kat BHarian.. hmm.. menarik jugak yer.. boleh kita amalkan utk anak nanti.

 

--------

 

Kajian mendapati bercakap adalah terapi berpotensi melegakan segolongan kanak-kanak yang kerap kali mengalami sakit perut.

Lebih separuh daripada kanak-kanak dan remaja yang bertemu dengan pakar terapi, mampu mengurangkan atau pulih daripada sakit perut dalam tempoh masa setahun. Sebahagiannya pula berada dalam keadaan lebih baik apabila berjumpa dengan pakar kanak-kanak dengan lebih kerap.

 

Kajian dalam Reuters Health itu turut mendedahkan, antara lapan hingga 25 peratus daripada semua remaja mengalami sakit perut kronik. Gejala sakit yang dialami mereka tiada sebab jelas dalam perubatan untuk menghidapnya. Ia bukan seperti radang usus tetapi lebih kepada sakit di bahagian perut saja.


Beberapa percubaan kajian menunjukkan dalam kes seperti ini, terapi tingkah laku kognitif (CBT) dilihat berupaya menangani kes sakit perut ini dengan lebih berkesan.

Ahli psikologi Hospital Kanak-Kanak Philadelphia, Paul Robins berkata, satu agensi sudah mengumpul bukti berkenaan kes seperti itu dan mencadangkan, terapi berkenaan adalah berkesan sebagai rawatan sakit perut.

Katanya, apa yang perlu dilakukan adalah mengajar anak teknik membantu mengawal kesan dan tindak balas tekanan dan membantu mereka menghadapi kesakitan, malah adalah lebih baik membantu anak kembali melakukan aktiviti harian mereka.

Strategi alih tumpuan
Dalam kajian membabitkan 104 kanak-kanak berusia tujuh hingga 18 tahun yang mengalami sakit perut kronik, Marc Benninga dan rakannya, dari Emma Children's Hospital Academic Medical Center di Amsterdam, secara rawak menghantar separuh daripada mereka menghadiri sesi terapi terapi CBT selama enam minggu.

Sesi berkenaan memenuhi keperluan sedia ada seorang kanak-kanak, termasuk aktiviti riadah dan strategi mengalih tumpuan dan menukar fikiran mereka terhadap rasa sakit perut.

Sementara itu, sebahagian kanak-kanak lagi berjumpa pakar pediatrik dan pakar gastroenterologi pediatrik. Menerusi sesi itu, doktor bercakap dengan kanak-kanak dan ibu bapa berkenaan diet, nasihat supaya meneruskan sesi pembelajaran di sekolah dan aktiviti harian serta memberi ubat jika ada keperluan.

Hasil kajian mendapati, kesakitan dan gejala berkaitan bertambah baik dalam kedua kumpulan dan menunjukkan, tiada perbezaan walaupun rawatan adalah berbeza.

Selepas setahun rawatan berakhir, didapati 60 peratus kanak-kanak menerusi kumpulan terapi CBT, lebih kurang atau tidak langsung mengalami sakit perut berbanding 56 peratus mereka yang bertemu doktor.

Walaupun ia dilihat berjaya, kejayaan dilihat lebih rendah daripada kajian lain kerana ia tidak termasuk, kanak-kanak yang tidak langsung menerima rawatan. Ini menyebabkan ia kurang jelas sama ada mereka juga berjaya menghilangkan rasa sakit perut dialami tanpa berjumpa doktor atau ahli terapi.

Tiada kesan sampingan

Kajian ini menjangkakan terapi bercakap lebih berkesan berbanding prosedur biasa iaitu berjumpa doktor.

Justeru, Robins menyarankan pediatrik mungkin boleh memasukkan beberapa elemen terapi CBT dalam rawatan mereka bagi kanak-kanak menangani kesakitan dialami.

Robins dan Benniga juga bersetuju terapi bercakap ini adalah amat bernilai dalam hubungan kanak-kanak dan ibu bapa menangi kesakitan perut, terutama membabitkan kes sakit perut yang meluas ini.

Kaedah terapi itu juga digalakkan kerana tidak memberi kesan sampingan dan lebih kepada bagaimana menangani kesakitan bahagian abdomen dan merawat rungutan yang sering diluahkan kanak-kanak ini apabila mengalami sakit perut.

 

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

5 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post