Header Ads

test

Salam Aidiladha

Salam semua.. rasanya belum terlambat lagi untuk mama mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada semua.. sambil2 tu.. meh la kit abaca artikel ni..

 

Iktibar pengorbanan tiga beranak

Pengorbanan tiga insan agung, Nabi Ibrahim, isteri Baginda Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail harus diteladani umat manusia sejagat. Nabi Ibrahim berjiwa takwa kepada Allah SWT, Siti Hajar pula seorang isteri solehah, bertakwa dan ibu penyayang yang mempunyai kesabaran unggul. Nabi Ismail, anak yang soleh berjiwa takwa, tawakal dan sanggup dikorbankan (disembelih) oleh ayahnya demi menjunjung perintah Allah SWT.

Keunggulan inilah harus dicontohi dan dijadikan iktibar setiap lapisan masyarakat terutama ibu bapa, anak-anak, isteri, pemimpin dan kalangan remaja. Semangat dan ketabahan harus dibina bagi kesinambungan sahsiah diri serta ketabahan menghadapi ujian Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Safa dan Marwah itu sebahagian daripada syiar (lambang) Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, tiadalah menjadi kesalahan ia bersai antara kedua-duanya. Dan sesiapa sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 158)



Pengorbanan tegakkan agama

Sesungguhnya jasa pengorbanan Nabi Ibrahim, Siti Hajar, dan Nabi Ismail sangat besar dalam menegakkan agama Allah SWT dan membangunkan kota Makkah sebagai kota suci umat Islam sedunia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata (di antaranya) Makam Ibrahim, barang siapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia, mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah (iaitu) bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barang siapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Surah Ali Imran, ayat 97)

Pembangunan kota suci Makkah banyak membawa kebaikan dan manfaat kepada umat Islam. Selain menjadi arah kiblat, Makkah juga menjadi tumpuan jutaan umat Islam untuk menunaikan haji dan umrah setiap tahun.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya rumah ibadah pertama yang dibangunkan untuk manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang mempunyai berkah dan menjadi petunjuk bagi sekalian manusia.” (Surah Ali-Imran, ayat 96)

Hari Raya korban mengingatkan kita penderitaan dan kesusahan dilalui Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail dalam usaha menegakkan agama Allah dan membangunkan Makkah. Hari Raya korban hendaklah dimuliakan sewajarnya dengan mengucapkan takbir.

Ibadah korban mengeratkan hubungan silaturahim, mengukuhkan pertalian dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat yang berkumpul melaksanakan ibadah korban melalui kerjasama menyembelih, melapah dan membahagikan daging korban.

Apabila selesai korban, tulang, perut dan segala sisa-sisa yang tidak berguna hendaklah ditanam supaya tidak menjadi busuk. Menjaga kebersihan adalah sebagai tanda orang beriman dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Ibadah ini juga dapat melahirkan rasa kegembiraan dan kesyukuran dengan melaksanakan perintah Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

 

-Bharian

 

3 comments:

Words of wisdom