Header Ads

test

Memandu lawan arus - tempah bala

Kesian mama baca ttg ni.. tp tak tau lah kenapa dia buat camtu.. pengajaran utk mama.. biar lambat, asal selamat!!

Rembau: Tindakan berani mati seorang pekerja kilang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan, malam kelmarin, bukan saja meragut nyawanya, malah nyaris membawa musibah kepada pengguna lain apabila keretanya merempuh tiga kenderaan.

Dalam kejadian jam 9.27 malam di Kilometer 228 itu, mangsa, Lee Yoke Seng, 44, yang memandu Proton Saga FLX dalam perjalanan dari rumahnya di Puchong Utama, Selangor menuju ke Melaka maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Tiga pemandu kereta lain, bagaimanapun terselamat dan mengalami kecederaan ringan serta dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Kemalangan itu turut mengakibatkan kesesakan teruk lebih dua kilometer.

KENDERAAN dipandu Lee remuk pada bahagian hadapan selepas kemalangan di Kilometer 228 Lebuhraya Utara-Selatan.

Isteri Lee, Tan Sau Lan, 47, berkata, suaminya bekerja di sebuah kilang di Melaka sejak setahun lalu dan setiap minggu akan pulang ke rumah.

-HM

6 comments:

  1. biar lambat asalkan selamat....ingat keluarga yang menunggu di rumah

    ReplyDelete
  2. konfius sikit...lebuhraya kan ni?

    ReplyDelete
  3. highway la ni ita.. mmg bahaya kan

    ReplyDelete
  4. kenapa la dia berani sangat memandu melawan arus? bahayanya..

    ReplyDelete

Words of wisdom