Kematian allahyarhamah Sosilawati, allahyarham Noorhisham Mohamad, allahyarham Ahmad Kamil Abdul Karim, dan allahyarham Kamaruddin Shamsuddin akhirnya terbela

Akhirnye mereka mendapat balasan yang setimpal.. alhamdulillah..

4 bersalah dihukum gantung

Pihak pembela gagal timbulkan keraguan munasabah

Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya selepas didapati bersalah membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.



Peguam N Pathmanabhan, 44; pekerja ladang T Thilaiyalagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44; di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam 30 Ogos 2010.

Akhtar ketika membacakan penghakimannya sebanyak 15 halaman, berkata ketiadaan mayat dalam kes pembunuhan itu tidak bermakna keempat-empat tertuduh tidak boleh disabitkan kesalahan.

Katanya, kes itu tidak seperti kes lain, kerana tidak ada mayat ditemui dan hanya ada satu kes yang hampir sama iaitu di Singapura membabitkan seorang lelaki bernama Sunny Ang Soo Suan yang disabitkan dengan kesalahan walaupun mayat mangsa tidak ditemui.

“Dalam kes Sunny Ang, mangsa pergi ke laut dan tidak pulang, manakala dalam kes ini mangsa ke ladang dan tidak pulang,” katanya.

Menjerit sekuat hati

Dalam kes ini, keempat-empat mangsa menjerit sekuat hati menerusi keterangan tanpa suara, satu kisah tidak amanah dan penipuan yang didorong rasa tamak dirancang oleh seorang lelaki yang profesionnya dihormati dan dipercayai.

“Golongan profesional yang tidak berprinsip ini tidak ramai, tetapi mangsa mereka bukan saja mereka yang miskin dan keseorangan, sebaliknya juga dalam kalangan mereka yang berkedudukan.

“Kes ini adalah bukti plot mengerikan yang dilakukan profesional yang tidak berprinsip dan rakan subahatnya dengan kezaliman melampau,” katanya.

Terdahulu, Akhtar berkata, pada akhir kes pendakwaan, beliau menyatakan kemungkinan motif dan alasan Sosilawati dibunuh ialah kerana tertuduh pertama gagal menjelaskan cek yang diberikan kepada wanita itu.

Bagaimanapun, katanya, selepas meneliti keterangan tertuduh pertama, beliau berasakan ada alasan lain yang secara tidak sengaja diberitahu oleh tertuduh dalam keterangannya itu.

Dua transaksi tanah

Beliau berkata, tertuduh pertama memberi keterangan mengenai dua transaksi tanah yang juga membabitkannya dan bertindak bagi kedua-dua belah pihak terbabit, selain memperolehi faedah melalui transaksi berkenaan.

Katanya, perbuatan tertuduh pertama itu, yang mewakili Sosilawati dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil bukan saja tidak beretika, malah kesaksamaannya turut dikompromi.

“Malah, dalam keterangan tertuduh pertama, beliau menyatakan keengganannya mengadakan satu perjumpaan antara kedua-dua pihak itu apabila dimin-ta oleh mereka.

“Apabila didesak, seperti apa yang berlaku pada tertuduh pertama dalam kes ini, dia mengambil jalan mudah dengan menghapuskan satu daripada kedua-dua pihak itu, dan malangnya ia terjadi kepada Sosilawati.

“Orang lain yang mengiringi Sosilawati berada di tempat dan waktu yang salah,” katanya.

INFO: Kes bunuh Sosilawati

Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati Lawiya, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001 Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

Tertuduh
N Pathmanabhan, 44;
T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33.

Hakim
Datuk Akhtar Tahir

Barisan pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani

Peguam bela
Manjeet Singh, Gurbachan Singh, Puspha Ratnam, Amer Hamzah Arshad dan Hasshahari Johari Mawi

 

-BH

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

4 Comments

Words of wisdom

  1. anda di tag:
    http://nuraqilahmuhamadnazori.blogspot.com/2013/05/1st-ga-by-hijab-valley.html

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..akhirnya terbela juga..hukuman gantung sampai mati mmg setimpal dengan perbuatan kejam mereka.

    ReplyDelete
  3. akhir..didapati bersalah...huhu

    ReplyDelete
  4. thanks nur aqilah..

    mama ila n normi.. alhamdulillah dpt pengadilan kan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post