Header Ads

test

Bayi hidup diselamatkan dari dalam paip kumbahan- kesiannyer

Alolo ciannyer baby ni.. Allah panjangkan umur dia..

Jinhua: Seorang bayi baru lahir diselamatkan anggota bomba selepas dia dibuang tersumbat dalam paip kumbahan di sebuah rumah di China.

Bayi berkenaan diselamatkan dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa pejalan kaki mendengar dia menangis.

Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang.

Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.

Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.

Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.

Jom tgk gambar kronologi bayi ni diselamatkan.. sayunya tgk..

PAIP kumbahan dipotong secara berhati-hati untuk menyelamatkan bayi di dalamnya.

ANGGOTA penyelamat cuba menarik keluar bayi, tetapi tidak berjaya.

 

PAIP dipecahkan sedikit demi sedikit agar bayi tidak cedera.

SEBAHAGIAN besar tubuh bayi sudah kelihatan.

BAYI itu akhirnya diselamatkan oleh anggota bomba.

Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.” Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak. - Daily Mail

 

-HM

5 comments:

  1. ada dengar berita malam tadi.. kasihan betul baby tu.. sanggup parents dia buang dia.. huhu.. undang2 di china pun ketat sangat, mana boleh nak rancang keluarga..

    ReplyDelete
  2. subhanallah..kejam btol..smlam kluar brita ni la kat tv

    ReplyDelete
  3. rule kt china mmg meraban.. takde nilai kemanusiaan langsung!! uish.. emo plak

    ReplyDelete
  4. tiada keperimanusiaan langsung.mujur Allah masih memberinya peluang utk hidup. senang2 je ibu bapa dia flush ank tu macam najis dia.memang dasar b***h

    ReplyDelete
  5. ni sumer sebab kerajaan China tak bagi setiap keluarga lebih daripada seorang anak saje.

    ReplyDelete

Words of wisdom