Thursday, April 4, 2013

Babak 'ranjang', Finas mohon LPF lebih tegas

Mama setuju sangat.. kenapa nak tiru orang luar.. letak babak2 18sx utk tontonan org ramai.. apa tujuannya?? Mama rasa mmg takde pekdah apapun melainkan nak kontroversi semata2.. lagi memalukan bila yg berlakon plak semua org islam kita.. mama doakan semua pelakon lebih bijak memilih watak sambil2 tu pikir2 kan impak lakonan diorg pada agama kita.. bayangkan budak2 tgk citer ni? Bukan ke memalukan diri sendiri ke?

 


Filem Mencari Cinta

SEBELUM ini, aksi 'panas' pelakon cantik, Nora Danish bersama Rusdi Ramli menerusi filem Mencari Cinta, mendapat kritikan hebat di kalangan masyarakat.

Namun, belum reda kontroversi itu, peminat dikejutkan lagi dengan adegan ranjang yang dilakonkan pelakon hebat, Remy Ishak dan Diana Danielle, menerusi filem Sembunyi: Amukan Azazil.

Walaupun babak itu dipotong dari tayangan asal, namun tindakan syarikat produksi, Grand Brilliance Sdn Bhd, yang memuat naik video berdurasi 1:07 pada 29 Mac lalu, mendapat perhatian segelintir peminat.

Ramai mula mengkritik adegan itu, malah ada yang mendakwa adegan ini sengaja dipertontonkan untuk meraih perhatian penonton.

Menganggap ianya berpunca daripada sikap pelakon dan pihak penerbitan sendiri, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) memandang serius mengenai perkara ini.

Menurut Raja Rozaime Raja Dalnish Shah, perkara sedemikian sepatutnya tidak berlaku di dalam industri seni tempatan.

"Memang saya akui, kebanyakan pelakon dan produksi semakin berani dengan menampilkan babak-babak yang tidak bersesuaian dengan budaya kita.

"Namun, Finas hanya mampu menasihati dan menegur tindakan itu kerana ia menjadi tanggungjawab Lembaga Penapisan Filem (LPF).

"Selain pihak produksi, pelakon juga harus bijak memilih untuk melakonkan sebarang aksi. Kita tidak boleh menuding jari menyalahkan sesiapa, jika artis itu sendiri sanggup melakukan aksi sedemikian," katanya yang berharap agar LPF lebih memainkan
peranan dalam memastikan babak-babak yang sepatutnya tidak terlepas daripada tapisan.

 

5 Responses so far.

  1. silap percaturan dalam filem kita...kita ni bukan negara barat yang mencari tarikan penonton dengan aksi sedemikian...banyak cara lagi...

  2. yuka says:

    pelakon2 kat malaysia ni macam x tak takut dosa je...pastu bila orang kata mula la depa kata depa hanya bekerja untuk mencari rezeki yg halal...kepala hotak depa ...

  3. mamapp says:

    ummiarissa, tu laa mama setuju sgt.. byk cara lain lagi kan..

    cp rara.. mama pn nyampah tgk..

    yuka.. betul tu.. matlamat tak menghalalkan cara..

  4. Rozita says:

    dunia akhir zaman...

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors